Once, very long time ago, saya membelek wajah yg mmg tak indah ini di cermin. Mencari2 tanda2 yg bisa mungundang bimbang kot2 ada. Hmmmm...belum ada lagi sebab masa tu muda remaja. Cuma yg ada paras rupa yg terlalu sederhana...itu sahaja. Alhamdulillah, sempurna.
Once, not very long ago, dalam debar saya belek lagi wajah yg masih kekal sederhana ini. Uhhh...tak perlu susah payah mencari, garis-garis usia makin jelas di wajah. Saat itu hati mula terdetik...ya, aku telah menjadi sebahagian anggota kelab 40's.
And now, saat menatap wajah di cermin setiap hari, acap kali saya mengucap syukur kerana terus dikurniakan kesihatan yg baik, terus diberi nikmat utk mengecapi keindahan dan kasih sayang meski wajah tidak setegang dulu lagi. Saya masih boleh bebas berlari ke langit, melangkah yakin, senyum seindah-indahnya dan ketawa sepuas-puasnya....
INDAHNYA HATI, MULIALAH PEKERTI
6 comments:
saya berusia 40an ... beberapa tahun dahulu.
saya berusia 30an ... sedikit masa dahulu.
saya berusia 20an ... suatu ketika dulu.
semoga Allah memanjangkan umur kita dalam keadaan sihat badan dan fikiran agar kita dapat mengumpul dan menambah bekal untuk ke sana.
Insyaallah...
Wajah sapa yang comel lote tu. Usia tak penting kerana ia akan bertambah sendiri walaupun kita tak minta. Yang penting kesihatan, ketakwaan dan keimanan.
wajah yg mana satu? foto yg atas ke yg bawah? Betul, usia bukan masalah pada saya, yg penting hati mesti ikhlas....
Yang bawah!
Hehehehe...malu I...Mata sdr. problem tu..biasa je sbnarnya. By the way klu ikhlas, thanks a lot
Post a Comment