BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 31, 2009

PUTERA-PUTERI NEGARA JAYA

PUTERA-PUTERI KAMI. DARI KIRI : Mira (anak SHA), Safwan (anak TUTIE) Farah (anak I le) , Mas (anak Tutie), and si kecik Didie (penglipur lara ku)
**anak2 Tutie sah diphotostate ibu eh 99.9% - sebijik**
Tu yang control macho kat depan tu sapa lagi, Hero Malaya lah konon eh...Si kembar Sha - Amir


Anak-anak Sha, tgh get ready nak keluar Seremban. Ada seorang lagi, low profil, tak nak masuk tv, tak do lah gambar dio.
Yg baju belang tu si kembar Amirul.
Kalau bab control hensem bagi lah kek budak beduo ni...abih awek kek S'ban cair tengok diorang nanti tu (yo ko?)

"Mir, cantik comin mato, jeles acik"

THANK YOU SHA


Macam biasa, setiap kwn yg datang akan saya heret pegi rumah Sha although Sha likes or not. Bukan selalu kan kawan datang, tapi lately ni ALHAMDULILLAH, ramai yg berkunjung.

Sha macam biasa, menghadiahkan kami dengan hasil air tangannya, masak mee rojak sebagai sarapan pagi (jgn main2, breakfast ngan rojak). Sebelah malam sebelum tu Sha belanja dinner.. Terima kasih daun keladi...



Apasal lak jauh na kebelakang tu Sha? Malu ko? Menyampah den lah hai....Kami metrai janji tadi, suatu hari akan serang rumah Tutie.












I MISSED THIS MOMENT

On the way nak ke rumah Sha (mcm jauh na>>)












Satu hari satu malam bersama dgn TUTIE sebenarnya tak puas...rasa nak sambung pergi tidur rmh dia macam yg selalu kami buat 25 tahun dulu, gilir2. Tapi komitmen menghalang segalanya. Tu pun syukur sgt sbb TUTIE sudi bermalam kat rumah dgn anak2 dia.
Bersama dia bagaikan kembali ke alam persekolahan. Kami tak jadikan usia sebagai penghalang kepada keinginan kami utk bergelak ketawa sepuasnya, mencurah perasaan sehabisnya dan berkongsi segala2nya. Kami lupakan seketika masalah yg mungkin ada membelenggu jiwa, persetan dgn tu semua sbb bukan acap kali kami dapat menikmati detik indah begini dan pastinya saya akan terus merindui memori ini.
++++Sayang Ujie tak dapat joint sekali, klu tidak lagi hapenning.....INSYAALLAH, di lain kali...HOPEFULLY

MILIK SIAPAKAH GADIS INI..

Hai comel eh anak dagho beduo ni..sapo lah yang dapek sok ni kan. Try usha yg baju putih tu, harapan tu macam ado tapi ibu eh demand lah pulak. Tak po...bolo yo dulu, untung sabut timbul, untung batu tongolam kan.

Yg baju purple tu pun dah ado yg punyo tu....

Familiar jo budak yg pakai baju putih tu kan, sapo ibu eh tu??



Friday, October 30, 2009

SYOKNYEEE........


Syokkk nyeee....best friend I dulu, kini dan selamanya nak datang rumah hari ni, tidur kat rumah..tak sabar tunggu. Mesti gamat dgn hilai tawa kami dan jadi budak2 balik lah gamaknya....

Thursday, October 29, 2009

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK







Tak tau nak cakap macamana lagi dah utk menghargai kesudian kawan2 berkunjung lagi ke blog saya yg serba kurang ini. Terima kasih tak terucap kepada kawan2 yg sudi lagi berkongsi gambar2 kenangan dgn kita semua.
Mudah2an persahabatan kita berkekalan terus di atas landasan keikhlasan yg tiada tepinya..
Hanya ALLAH yang mampu membalas.

TANGKAP LELEH..

Apa yang basah kat pipi ni? Aduhai.....gambar2 lama ni memang betul2 buat saya menangis.. SUBHANALLAH.

Kami sedang bergelut menghadapi peperiksaan SPVM dalam dewan.
Bangunan sekolah dan dewan. Dulu lengang sgt, tapi sekarang....penuh dah. Kalau balik kampung sesekali saya lalu jalan kat depan sekolah tiba2 rasa sayu sangat. Sentimental betul lah sekolah ni pada saya. Mcm ternampak2 kita main2 kat padang tu..Kelas Perdagangan, PPE, Menaip boleh nampak dari main road. Bangunan belakang, MM, BB, AUTO, KLK.....hmmmm...kelas apa lagi yea? Kalau ada yg tercicir, sorry, lama na dah, wajarlah saya terlupa..(bukan melupakan !!)


Sekalung ucapan terima kasih sewajarnya kita berikan kepada Cikgu Chan sebab atas daya usaha dia lah, maka selepas 25 tahun kita dapat menatap gambar2 kenangan masa sekolah seterusnya menyingkap balik nostalgia lama. Apa khabar lah Cikgu Chan..

TERKENANG2 LAGI

GAMBAR 1.) Preparation utk majlis apa ya? Saya lupa dah..klu sapa2 masih ingat boleh bagitau....





GAMBAR 2.) Kem Pengakap kat Jeram Toi, Jelebu


GAMBAR 3.) Majlis Sambutan Hari Guru. Kalau tak salah pandangan, cikgu yg pakai baju biru duduk kat belakang tepi sekali tu Cikgu Sadiqin, kan..kurusnya...saham tengah tinggi tu...
Yang tengah berucap tu Tuan Pengetua.

TERKENANG2

Ahli2 Persatuan Pengakap sedang mengikuti taklimat dan latihan bomba kat sekolah

I'M BACK



Hai !!!!!!! I'm back, Mood dah ceria balik. I kalau moody sekejap je, ambik masa dalam sejam dua, rehat, tengok tv cerita kelakar, buat lawak bodoh sikit, biar lah orang tak nak gelak, I gelak sorang2 sbb lawak tu lawak I.
Apa2pun gelak, tu je ubat kepada segala kedukaan saya dan petua kepada keawetan muda ku......ceh !!!!sompek memperasan kan diri lak tu.

OK, nantikan cerita2 terbaru dari saya ya....

Wednesday, October 28, 2009

NOT IN MOOD

MY APOLOGY....Hari ni tak de mood langsung nak update blog. Tension, stress, dukacita, dukalara, manjalara sume siap, lengkap - in one package. Esok lah sambung ya, INSYAALLAH...

OMAKKKK.........Apo mcm something wrong yo today ni......
what is actually going on to me??????????

Tuesday, October 27, 2009

MONGGO MAMPIR


JURULATIH ENCIK TUKIMIN @Cik Wak

OK, Kali ni entry saya lari sikit dari kebiasaan, kita rehat dulu dari cerita pasal sekolah kan, kita pegi ke cerita kompang pulak. Tambah2 sekarang ni dah musim orang kawin kan.




Di taman perumahan saya duduk, kami ada kumpulan kompang sendiri yg diberi nama KUMPULAN KOMPANG MONGGO MAMPIR (bahasa Jawa yg membawa maksud MARI SINGGAH - sebab jurulatihnya orang Jawa Muar).




Kami bukan sahaja mengiringi pengantin di majlis2 perkahwinan, tapi juga sering dijemput utk majlis2 besar yg dianjurkan oleh BELIA, sesekali juga dijemput mengiringi VIP2, Tok Mat (Menteri Besar NS) tu dah biasa sgt dah dan lain2 acara juga.




Jadi, andai ada yg berminat utk mendengar alunan kompang kami ini boleh lah membuat tempahan kepada saya melalui email, blog ni pun boleh atau di no: 017 2779795 (Ani @ Induk).




Pado sapo2 yg nak menyambut menantu ko, nak 'menambah' ko (ehemmmm) sila berhubung ngan saya di mana2 channel yg dah saya bagi tadi lah yea... HARGA BERPATUTAN..

















Yang istimewa dan menariknya kumpulan kompang ni, ia turut dianggotai oleh seorang anak kecil yg comel lagi hensem, baru berumur 3 tahun, yg selalunya akan jadi perhatian lah sbb dialah satu2nya ahli kumpulan kompang paling kecil yg ada dalam kumpulan kompang MONGGO MAMPIR ni. Ada lagi sorang tapi biasanya dia tak 'lekat', sekejap2 dia hilang, tapi yg ni kekal sampai habis. Nama dia DIDIE (macam kenal je..anak sapa tu?).














Monday, October 26, 2009

THANK YOU SO MUCH

ASSALAMUALAIKUM...






Saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada SHA, LIN, ITA dan ZIE DUAMIN (buat masa ni lah) sbb sudi berkongsi koleksi peribadi kalian utk dipaparkan di blog saya yg tak seberapa ini. Sesungguhnya sokongan dan kerjasama kalian telah sedikit sebanyak merapatkan kita sesama kawan2. TANPA ANDA SAYA TAK MAMPU ADAKAN INI SEMUA...


Suka saya nyatakan di sini, sebab blog jugalah, kita telah berjaya menjejaki seorang lagi kawan lama di SMVJ iaitu saudara RAZMAN MALEK (Kelas Cikgu Sani dulu). Terima kasih juga kerana blog ni (mungkin) ramai kwn2 lama yg jarang menghubungi saya sebelum ni, dah rajin contact balik mengucapkan terima kasih dan penghargaan sbb refresh balik memori diorang. ALHAMDULILLAH. Harap sangat kehadiran blog ini mampu 'mendekat' kan kita walaupun hakikatnya kita ni jauh...


SATU HARAPAN SAYA, mudah2an blog ini tidak menjadi punca kepada perkara2 nagetif seperti pertelingkahan pendapat, keretakkan silaturahim dan seterusnya mengundang fenomena yang tidak diingini berlaku. Jangan disebabkan blog saya yg tak semenggah mana ini, kita menjadi semakin jauh..



Kepada kawan2 yg masih lagi simpan gambar2 lama sewaktu di SMVJ, harap sangat sudilah apa kiranya mengemailkan gambar2 tersebut kepada saya utk kita kongsikan kenangan bersama kawan2 lain. Di atas kesudian kawan2 itu saya dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih..





FROM ME WITH LOVE


SLEEPY EHHH..





Cuti2 ni tido sodap kan.....arghhh..ngantuk, yg kojo teruskan lah bekojo yo..... sok time awak cuti tido lah.........
NICE DREAMSSS.........Kihkihkih...

TODAY IS A HOLIDAY....LALALALALA..


Diumumkan..sempena pertabalan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yamtuan Besar Negeri Sembilan, TUANKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR (Yam Tuan Besar ke 11), penduduk Negeri Sembilan hari ni cuti umum.... So..acik cutiiiii.......
Kawan2 luar dari N9, kwn2 org N9 tapi duduk luar N9, jgn jeles ekk....

ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA

Hari terakhir di SMVJ, bergambar bersama junior. Yg belakang sekali hujung sebelah kiri yg dua orang tu, Liza ngan Lin klu tak salah, tgh pandang asrama putera tu. Kamera kek dopan, kau org beduo kamera kek asrama putera ko? Haiyooo.. Mesti burung2 yg menenggek kek asrama sobolah tu tongah bersiul, tu yg hilang fokus budak beduo tu...

Hari ini, 24 tahun dulu, adalah hari terakhir kita menjadi pelajar di SMVJ, hari yg paling hiba, paling sedih, berat kaki utk melangkah meninggalkan sekolah yg kita cintai. Meninggalkan kenangan suka duka, pahit manis sepanjang menjadi sebahagian dari nadi SMVJ. Kita bergambar bersama junior - yg akan meneruskan kesinambungan sebagai warga SMVJ.



Sekarang, setelah 24 tahun berlalu, segalanya masih segar di ingatan. Tak kan saya padamkan. Betapa indahnya berada di sekolah ini. Kita seperti adik-beradik di asrama. Rindu utk tidur di katil 2 tingkat yg dah lama ditinggalkan. Locker kita, utk ketua dorm tiap2 bilik, kami ada kabinet kecil khas (mungkin sekarang pun masih ada tapi kabinet yg jauh lebih canggih kot). Kenangan hujung minggu gotong-royong membersihkan asrama, sesekali ada aktiviti. Sebelah malam belajar sama2 kat bilik belajar....sebelum tidur, kita nyanyi lagu ASMAUL HUSNA bersambung2 dari dorm ke dorm.






Ingat lagi, tgh malam saya satu dorm berlari2 turun beratur kat padang depan asrama bila terdengar fire alarm sedangkan kawan2 dorm lain nyenyak tidur sbb bila ditanya keesokkan harinya, mereka kata tak dengar apa2 pun. Satu pagi, Tutie nampak dgn mata kepalanya sendiri....ishhh, tak sanggup nak tulis, bulu roma dah tegak. Saya ada dgn dia masa tu tapi saya tak nampak apa2pun. Tak masuk lagi cerita Adik Masliza, jumpa dia tanyalah sendiri, saya dah tak sanggup nak teruskan.






INDAHNYA KENANGAN...terus melekat di jiwa.







ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA....Hmmmm


SAHABAT2 DI HATI



Kiri sekali-berdiri, Jurana (where aru U?), kanan sekali-depan, Yati (kami on the way nak pegi kampung Sha, sempat singgah ambik gambar kat jambatan sungai kat kampung saya..nostalgikkk



Berdiri dari kiri: Ujie, Zie, Wati, Suriati, Lipp, Zamrah (di mana anda).
Bawah dari kiri: Roziah (di manakah anda) dan Ita















Lin & Ami Antara sahabat2 yg dapat saya abadikan foto mereka di sini dan sume yg lain2 yg tak de gambarnya di sini, adalah sahabat2 yg kekal tersemat di hati sampai bila2-hingga menutup mata.


Sebaris kalimah yg mampu saya terjemahkan di sini buat semua sahabat2 (walau di mana anda berada dan apapun jua yg anda lakukan.....


SAYA SAYANG ANDA SEMUA






Sunday, October 25, 2009

SWEETNYA..... MEMORY

Adik tu pinjam spek den tu..jeles tengok den cun pakai spek pak sedagho den tu Time makan malam sume kena pakai baju kurung dan tudung, tak kiralah kau brutal ke, rockers ke, tomboy ke, sentimental ke, NO EXCUSES...AKUR!!!!!!!!!!



Noai..........bab posing je mesti 'maut', model2 SMVJ yg tak kesampaian hajat...





Ni apohal lak pulak, pertandingan kaki sapo paling panjang ko?

Ujie bukan main, monjoling.....


Rahimah (kanan sekali-duduk), Betty (depan-sebolah Rahimah,tengah ukur kaki ngn Ujie) and Suriati (belakang no 4 dari kiri)....DI MANAKAH ANDA BERADA SEKARANG???? WE MISS U ALL VERY MUCH!!!!!

INDAHNYA KENANGAN




Ni petang2 kami ada aktiviti riadah yg wajib diikuti tiap hari. Sompek ambik gambar, tapi muko den tak do, sampai ati kau org tak ajak den. Tu ateh tu sapo lah yg tutup2 muko tu, pemalu na lah tu...Lipp kalau tak salah tu..
Kalau hari2 biasa kami normal je, sopan-santun bak PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR, tapi hujung minggu kami mula hilang pertimbangan ndak2 bila permohonan utk balik ke kampung atau outing tidak diluluskan oleh warden. Sebab tu lah maka jadi mcm gambar2 yg pernah disiarkan sebelum ni...HEHEHE..Tak do lah, biasolah tu kan, maso tu budak2 lagi..dah ramai2 banyak lah perangai..