BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 30, 2009

KITA BERTEMU LAGI


SALAMMMM...................

Hai friends, kita jumpa lagi, diluar kerelaan saya, saya berehat seketika sbb internet kat rumah problem, biasalah, musim hujan kan. Orang dok cakap saya ngadap pc non stop tapi sebenarnya plug komputer lupa untuk dipisahkan dari suisnya, so, bila hujan jadilah macam ni. Sementelahan komputer kan sensitif. Bukan rumah kami je yg berdepan ngan masalah ni, tapi ramai jiran kami yg kebetulan senasib dan di hari yg sama juga hal ini terjadi.

**MORAL OF THE STORY IS, CABUT PLUG SEBAIK SAHAJA HABIS MENGGUNAKAN KOMPUTER**

But now I'm back, dgn cerita yg banyak tersimpan....well....just wait!!!!!!!!!!!!!!! Sekalung terima kasih terlebih dahulu ingin saya bingkiskan di atas kesudian kawan2 untuk terus melayari blog saya yg DAH SAH2 TAK HEBAT INI...
LOVE U ALL

CERITA RAYA LAGI


Pada hemat saya yg tak berapa bijak ni lah, tahun ni rasanya Raya Haji saya sambut meriah dari tahun2 sebelum ni. Sebabnya saya bolehlah dikatakan sakan gak beraya. Sempat pegi beraya rumah Tutie kat Rembang Panas. Janji ngan Ujie jumpa kat sana.

Kawan karib 25 tahun dulu jumpa balik.... tak de tangisan tapi pelukan erat bagaikan tak sanggup utk dileraikan antara kami terjadi. Alahaiiii......klu lah dapat selalu macam ni......
Yang membelakangkan kamera kanan sekali tu adik Ujie, si angah, ex student SMVJ gak (1985-1986), apa lagi, dah memang kenal kan, hebatlah bercerita...(gambar atas)









Nampak gayo eh mcm nak mencabar kami ni pencabar2 finalis Programe Gadis Melayu yg posing maut kek dopan istano Seri Menanti tu....kau jangan Jie.....ketulahan karang (tau apo ketulahan? Org Pilah tak tau ketulahan - mengado namo eh..)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA - PART 2


Anak2 pengarang jantung, penglipur lara



My elder son - Nurfazrul Syahmi



Suami ku bersama birasnya (kakak ipar saya)....haaa, 'buat ketupat yea'....



Bonda saya yg semakin uzur....merenung dia dalam diam membuatkan hati saya diruntun hiba....

Untuk pertama kalinya selama usia saya dari dulu hingga sekarang (yg masih muda belia ni), tahun ni saya sambut Hari Raya kat rumah sendiri...makkk ai, rasa mcm dah veteran sangat pulak. Bukan tak nak balik kampung..don't get me wrong aaa...mak saya utk pertama kalinya gak mengoffer kan dirinya utk sambut raya di perantauan kali ni.. Kebetulan dia tak berapa sihat, jadi abang saya bawak mak duduk rumah dia kat Senawang ni gak, sambut raya kat sini. Kami pun berkumpul lah kat situ. Ok apa, sesekali raya kat rumah sendiri, tapi kemeriahannya tak lah sehebat kat kampung......

Cakap pasal raya, kali ni, di Raya Haji ni, rumah saya dikunjungi oleh seorang sahabat lama kat SMVJ dulu - saudara Karim atau lebih top dgn panggilan Ghencheh.....bersama ngan family dia. Dia janji nak singgah raya puasa dulu, tapi tak sempat, so raya haji ni dia sudi singgah pada malam raya pertama tu ari. Tapi lupa lak nak snap gambar barang sekeping dua..alamak!!!!!!!! Terima kasih Karim, jgn serik, datang lagi...


Pada yg tak kenal Karim @ Ghencheh, haaa...yg tengah syok korek hidung tu, itu lah Karim. Sakan berborak ngan dia, dekat2 nak pukul 1.00 tgh malam baru dia gerak balik ke kampung di Terachi. Orang rumah dia pun sporting...boleh ngam lah

DINNER AKHIR TAHUN




Biasalah landlady, mestilah enterframe....


Seperti tahun2 sebelum, sekolah tempat saya mencari rezeki pun ada buat dinner sebagai penutup sesi persekolahan utk tahun 2009 juga meraikan kejayaan anak2 murid yg cemerlang dalam UPSR dan meraikan persaraan salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang ini. Sebagai warga sekolah, saya tak melepaskan peluang turut hadir dalam majlis sederhana dan meriah tersebut.





Datang bukan sebarang datang yea, datang berlenggang, balik berbekal...ada luck acik malam tu...


Kawan-kawan se ofis, antara kakitangan sokongan yg hadir

Rakan sejawat saya kat Pra - Puan Siti Salha

SALAM PERPISAHAN



Kesian anak2 saya kat Pra ni, dah nak masuk 2 minggu cuti persekolahan, baru hari ni saya dapat masukkan gambar diorang dlm n3 ni, internet baru ok.

Hari terakhir bersama diorang buatkan hati jadi sebak, tahun depan dgn anak2 lain dah, bertambah lagi anak2...hmmmm, harapnya anak2 ni tak lupa kat 'ibu' diorang ni..INSYAALLAH.

ALHAMDULILLAH, anak2 sulung saya ramai yg cemerlang dalam UPSR mereka baru-baru ni. Berlari2  anak2 tu datang ke Prasekolah berjumpa dgn kami sambil melaugkan, "ibu....kami dapat 5A, kami dapat 4A"...SUBHANALLAH..tak sedar air mata saya mengalir menyambut diorang. Mereka bagaikan anak2 saya dah, kami akrab, tak mungkir menegur tiap kali bertembung kat mana2. Harapnya juga mereka tak lupa saya sampai bila2 pun..

Sunday, November 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY - MY LOVELY HUBBY


23hb November baru ni hubby I sambut birthdaynya yg ke 43 thn....aduhaiiii.....muda lagi tu kalau lelaki kan. Still maintain badannya. Sometimes jeles gak sbb orang yg tak kenal selalu ingat dia masih bujang. Lagi haru, kadang2 bila anta anak2 kami pegi sekolah, kawan2 diorang tanya, "tu abang kau ke?" Rabun ko apo? Tak leh beza ayah orang ngan abang orang.....Kono pogi check mato tu...

Tapi klu dipikir2, tu tandanya saya pandai jaga dia kan, tu yg maintain...hehehehe.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YG KE 43 BUAT SUAMI KU YG TERCINTA, moga cinta kita terus kekal bukan sahaja di dunia, malah di akhirat jua hendaknya........ AMINNNN

TUTIE @ LADANG SAWIT



Sesuai....rumah dikelilingi oleh pokok kelapa sawit, mug pun gambar kelapa sawit....memang sesuai amekkkk...kahkahkahkahkah....


Part ni climax journey kami tu ari. Sblum ke sekolah, kami pegi rumah Tutie, kat tengah2 ladang kelapa sawit milik ayahanda dia. Kelapa sawit ni pun one of the bussiness yg ayah Tutie usahakan di samping bisnes2 lain yg majoritinya berjaya belaka.  So Tutie dan her family duduk kat rumah ni di Kampung Rembang Panas, Juasseh.

Memang gilo bilo dah jumpo...walaupun tak cukup ahlinya, 4 orang pun jadi utk menjadikan suasana gamat dan hingar-bingar. Sakan...golak ngalah kan org lupo diri, tapi tak po..awet mudo!!!!!

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

ASSALAMUALAIKUM...Lama saya bercuti dari mengupdate blog, modem internet rosak, so tengah tunggu teknisyen TM datang rumah repair. Ni dapat pinjam kawan punya broadband jap, dapat lah update sikit, jgn tidak.

JUST WANT TO WISH....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil  Adha yg akan tiba esok. Moga kita dilimpahi barakah di hari yg mulia ini. Sama2 lah kita halusi dan dalami makna pengorbanan dan moga Allah berkenan memayungi kita di bawah limpahan Taufiq dan HidayahNYA INSYAALLAH...AMIN....

Friday, November 20, 2009

TUTIE @ NURSERY AYAHANDA


Sempat gak pegi ke Juasseh kat rumah mak ayah Tutie. Ayahanda Tutie seorang usahawan yg berjaya. Ni salah satu bisnes yg dia usahakan dan sukses!!! Ladang nursery kat depan rumah mereka. Kami dah kenal lama dgn kedua2 orang tua Tutie ni sbb rumah lama mereka kat belakang sekolah je, so time outing sesekali kami ke rumah mak ayah Tutie - jalan2. Saya siap bermalam lagi......syokkknyaaa.



SAKAN @ ISTANA SERI MENANTI LAMA

My dearest friends, jgn 'angin' ngan kitorang ya, ni memang gilo2 punyo take advantage namo eh. Klu ikut minah 2 orang ni mmg sume tempat diorang nak singgah and berposing. Dari pintu gerbang sampai ke istana lama Seri Menanti. Saya pun sebenarnya syukur sangat dapat berpeluang datang ke sini. Dah 41 tahun umur, tak pernah lagi masuk melawat dalam istana unik ni, tapi kali ni berkesempatan. So apa lagi, sakan lah. Tapi sayang dalam istana tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar, tak pe...memelihara khazanah lama diraja kan. Memang saya ralit melihat apa yg dipamerkan di dalam nya...kagum.




Pencabar finalis GADIS MELAYU di TV9....meliuk lintok kat depan istana.


Ni dalam gerimis ni, posing gak sampai kena horn kat polis yg tengah mengiringi Yamtuan berangkat pulang ke istana..Iya2 na si Fauziah nak abadikan replika tanduk lembu tu......


Istana yg dibina dgn tidak berpaku, sejak tahun 1700 lebih dulu, masih teguh dan kukuh....menakjubkan sangat. Sapa2 yg ada kesempatan ke Seri Menanti, jgnlah lepaskan peluang melawat istana yg telah diwartakan sebagai Muzium Diraja ni dan pelajari serba sedikit salasilah pemerintahan diraja Negeri Sembilan.

Thursday, November 19, 2009

RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN

Sekitar kenduri kat rumah pengantin perempuan (anak buah Noai lelaki). Makan mmg sedap sgt, kena pulak kerabu dgn sayur yg digoreng dgn ikan masin..Perhhhh....hujan dah berhenti tapi Noai tak stop lagi menjamu seleranya...mmg sedap gila

BILA MAK DARA DAPAT KAMERA


Haaaa....ambik kau, org jati Seri Menanti pun tak heran nak ambik gambar kat pintu gerbang ni, kitorang tak nak lepaskan peluang, tetap ambik kesempatan dgn vouge nya kat sini. Salah orang Sri Menanti lah tak nak hargai apa yg ada depan mata kan, tu yg sayang... tapi sebenarnya orang Seri Menanti dah tak heran dgn ni sume, maklumlah kg diorang...sekampung ngan kerabat diraja lak tu....

Sebelum pergi ke majlis kenduri, family Noai sepakat berkumpul kat sini dulu, kemudian baru konvoi ke rumah kenduri...

Tuesday, November 17, 2009

SPM - ESOKKKK.........


DAG DIG DUG......Gugur jantung acik.. baru je selesai si kak ngah PMR baru ni, esok si kak long pulak SPM!! Haiii... ibunya lah yg bagai nak rak menggalas debar. Cepat na lah besar nya budak2 ni, rasa ibunya muda je lagi.....kehkehkeh..
Ibu doakan along akan buat yg terbaik, mudah2an dipermudahkan oleh ALLAH Swt menjawab pepriksaan dgn tenang. Harus selalu ingat, doa ibu dan ayah seiring perjuangan mu......................

THOUSAND APOLOGISE


ASSALAMUALAIKUM,
Saya bagi pihak Noai dan Zie Duamin dan diri saya sendiri, menyusun jari jemari saya yg lembut gemalai ni (hahahahah  - sempat gak), memohon ampun pada kawan2 khususnya kwn2 perempuan SMVJ sbb terlupa utk mempelawa kwn2 join kami tu hari. Tak terlintas walau sebesar zarah pun utk mengabaikan U all, tapi Noai sendiri terlepas pandang dek terlalu sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak saudaranya (anak kakaknya sendiri), maka oleh itu, dah landlady sendiri terlupa, apatah lagi saya ni yg mmg dah seorang insan yg sah2 jenis pelupa....

But!!!! good news!!! kami tengah merancang satu program utk kita bertemu dan berkumpul serta melepaskan gelak sehebat yg boleh, wait aaa............ I'll let U all know time by time..ok

MELARAM SAKAN



KENDURI KAHWIN KAT GUNUNG PASIR SRI MENANTI.

Sebenarnya yg membuatkan kami melarat2 sampai ke sekolah hari Ahad minggu lepas tu adalah disebabkan  kami mulanya pegi kenduri kahwin anak saudara Noai kat Gunung Pasir, Seri Menanti. Tinjau2 gak kot ada Nizam ke kat majlis tu kan, dia kan orang Gunung Pasir, tapi tak pasti kampung apa, tapi tak nampak pun kelibat dia, bukan kampung dia kot.  Uikkksss..kerabat diraja ke member kita tu??? Maklumlah orang Seri Menanti..



Noai ngan Zie singgah rmh saya bersiap, berdandan, time ni mmg buat saya ingat balik masa kat asrama dulu, asal terluang je masa, mula lah melaram, ambik gambar... Si Noai lah mak andamnya...and wardrop nya pun...Gambar2 ni kat rumah saya lah, sebelum bertolak ke Seri Menanti.






Biasalah Noai, tgh menjalankan peranannya sebagai 'mak andam'
(for information, sulaman manik yg cantik kat baju saya tu adalah kerja tangan Noai, cantik dia buat dan memang puas hati)






Suami saya usik diorang, nak kenakan bayaran sbb ambik gambar kat studio kami kan, habis sudut2 yg tak indah dlm rumah saya jadi lokasi kami bergambar

MANIS SEMANISNYA RINDU


Toilet yg dah fully tiles...jeles den !!!


Ni lah gelanggang tenis yg mencatatkan memori duka tapi indah kat kami terutamanya saya sendiri. Sebab excited nampak Cikgu Marzuki kat gelanggang ni lah kami mendapat habuan yg sungguh 'lazat' dari Cikgu Zabedah...Adoiii....masih ku ingat dan tak mungkin akan kulupa selamanya..

Zie bergambar dgn anak2 junior, cuba perhatikan yg pakai baju biru kanan sekali tu, stail dia posing dekat2 nak sama ngan Shitah kan, rujuk balik gambar rockers Joseh...gambar Shitah mengganas !!
Asrama Puteri