BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT DATANG 2010





SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010, MUDAH2AN TAHUN 2010 INI DAPAT KITA LALUI DGN TENANG, TABAH DAN SABAR.




SELAMAT TINGGAL DUKA,
SELAMAT DATANG BAHAGIA
Semalam adalah sejarah,
Hari ini adalah kenangan
Esok adalah harapan
Usah dikesal perkara yang lepas
usah ditakuti perkara mendatang


Semoga pergantian Tahun Masehi 2010 akan mampu meningkatkan silaturahim, ukhuwah dan segala yang baik2 akan memayungi sepanjang perjalanan kehidupan kita. SEMOGA TIADA LAGI DUKA DI TAHUN 2010 dan Harapnya lebih baik dari tahun2 yang telah kita lewati.

Dikesempatan yg ada ini ingin saya memohon maaf jika sekiranya di sepanjang saya merapu di blog ini secara tidak sedar, ada saya mengguris hati mana2 pihak, AMPUN JUA YG SAYA POHON

SESUNGGUHNYA YG BAIK DAN SEMPURNA ITU DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG HINA DAN DAIF ITU ADALAH KESILAPAN DAN KELEMAHAN SAYA SENDIRI..

                                 ******Subhanallah*******                                 


ASSALAMUALAIKUM *****

Tuesday, December 29, 2009

JANG MANJO


Cikgu Norman, klu tgk renungan si Jang ni mau kalah si Tarzan cikgu... Boleh ngam ni, sama2 punya renungan makrifat... nama pun cantik klu digabungkan, KAMCING...Hahaha, nasib baik sama2 jantan, kalau sekor jantan sekor betina elok dipasangkan, dapat anak kacukkan....Bebesan kita cikgu>>>
Hehehe, BIULLL >>>>




Al-kisahnya, hahahaha.....
Kambing ni diberi nama JANG. Bapak jinak, tapi....air tenang jgn disangka tak de buaya. Ramai dah terkena termasuk lah saya. Berlari2 datang kat saya, ingat menyambut kepulangan saya ke kampung, iya2 lah awak ni menanti dgn penuh manja dan kasih sayang, sekali dia bagi cantikkkk punya tang tanduk dia tu, ambik kau, menggigil acik wok oiiiiii................

Masa balik kampung baru ni dia tunjuk lagak, habis anak2 ngan anak2 sedara termasuk yg dah besar gajah masing2 tu lari lintang pukang sbb kena kejar dek JANG. Gelihati pun ada, sampai anak saudara saya bawak dia lari keliling kereta....kahkahkah


Siap kau Jang, dah cukup masa esok alamat jadi korban lah kau...

**** Lin, akak den pun jadi penternak kambing*** kihkihkih

SERONOKNYA DI KAMPUNG



Sesekali dapat balik kampung, jumpa sepupu2 sume, memang meriah lah anak2. Tambah pulak pokok rambutan mak tengah masak, haaa, sakan lah masing2. Dapat lak scrambler Uwan (tak de dlm gambar), keliling rumahlah round. Sampai terjerit2lah Uwan, "abihlah basikal uwan, cubo lah pijak bumi". Faham??? Lebih kurang maknanya macam ni lah, "jahanamlah basikal uwan, jalanlah, tak yah lah naik basikal je..." Lebih kurang...

Kalau kat Seremban, tanah sekangkang kera, apa dapat buat selain dari tanam pokok daun pandan ngan bunga 7-8 pasu...hahahaha...ndak tak ndak merempit je lah kat jalan depan rumah.

Monday, December 28, 2009

SELAMAT BERTUNANG

 Selamat bertunang buat kak lang Ain (cikgu Ain). Moga kekal abadi hingga hujung nyawa.

Bersama bakal suami, Ilyas


Haa, nilah yg org cakap, org dapek tunang, acik dapek lotih. Baru menantu akak, blum menantu sendiri, klu menantu sendiri tak tau lah, pengsan kot Tapi tak po, kepenatan berbaloi2, kenduri berjalan dgn lancar, lauk perhhh!!!!!!!! menjilat jari (tukang masak didatangkan khas dari Temerloh) ikan patin masak tempoyak, bakal menantu pun buleh tahan hensem. Tak po lah lotih sikit...



Berdiri no 2 dari kanan tu kakak saya yg tersayang, the one and only...Puan Fauziah  bersama bakal besan - baju biru


 
Kakak saya utk kali ni dgn brutalnya mengubah tradisi, lari dari kebiasaan yg org2 kampung saya buat. Kali ni tak de langsung buat masak lomak cili api, kami dera menantu dah sedia ada dia masak ikan patin tempoyak, lauk tradisi Pahang (memang favourite I). Dah tu bila nak tunjuk bakat, maknya pulak ada kedai makan kat Temerloh tu, mmg tip top, kebetulan mlm minggu tu kat Majalah 3 (TV3) pun cerita pasal ikan patin, apa lagi, MASAK kawan kena usik (nasib baik dah jadi menantu lama).


Ni dia, chef yg incharge lauk ikan patin tempoyak, Encik Arman Shah, memang superb lauk dia, Licin.....




Saya tolong kacau ngan rasa garam je, ntah2 berkat air tangan saya tu yg buatkan lauk tu menjilat jari..hehehe


Alhamdulillah, semua selesai dgn kesudahan yg melegakan, semua cukup, tak de yg kurang.


For information, sambal ayam tu I masak, dibantu oleh anak saudara tercinta, Hafiz



Si suami menggoreng, si isteri dok makan, bertuahhhh...


 

Bakal menantu (kiri) dgn menantu dah jadi (kanan) - sesi suai kenal, maklumlah kan, tak lama lagi nak jadi biras


MY LOVELY NIECES AND NEPHEWS

Ni anak saudara saya yg hangat diperkatakan oleh kaum keluarga yg menyalin rupa saya ke dalam wajah dia. Ye ke? Tapi mmg selalu pun mak dia (kakak saya) tersilap orang, saya disangkakan anak dia ni - angah NATRAH (Puteri ??). Tengah menunggu hari utk menyambut insan istimewa kat dalam kandungan dia tu. Moga selamat melahirkan zuriat yg comel dan sempurna. (Hubby dia yg masak ikan patin tu) 
Kecuali yg pertama dan kedua dari kanan tu, yg hero 3 org tu anak saudara saya lah...Control handsome lah tu.... yg dua2 belah kanan tu menantu kami
 
Kanan si adik, Sharina dan kiri si angah Shira (anak abang)




Gambar2 yg tertera di atas adalah sebahagian dari insan2 yg tak pernah lekang di minda saya dan menjadi insan2 kesayangan saya. Anak2 kakak dgn abang2. Ramai lagi sebenarnya tapi ni je yg sibuk nak enterframe kat blog mak saudara kesayangan diorang ni kan. So, LAYANNNN..........

MASIH KAH KAU INGAT???


Haaaa, kawan2 sesekolah Joseh, konal tak sapo ni? Ingat lagi? Ndak2 yg kelas Perdagangan Simpankira.

Ni Noraishah Ibrahim, orang yg bertanggungjawab menjual kepada warga SMVJ 84-85 nama glamour saya 'INDUK'. haiyooo, tak pasal2 satu sekolah panggil den namo tu. Ingat nak lah suruh kwn2 panggil ANNE ko, KATHY ko, HONEY ko kan, hahahahaha...tak sompek!!!!!!!!!!!

Friday, December 25, 2009

LONELY

Selalu klu malam2 minggu macam ni saya mmg keseorangan lah. Anak2 ada latihan kompang, Alhamdulillah time cuti sekolah ni banyak dapat undangan kumpulan kompang taman kami. Ayahnya pun sama.

So, what else I should do? Adaplah PC ni ha. Singgah 'rumah' kawan2, berborak apa yg patut. Klu ado kwn yg online, YM lah ngan diorang, mcm sekarang ni tgh sembang ngan Encik Salleh...hehehehe..Budak betuah ni klu sembang ngan dio tak do lain, mengutuk yolah kojo eh. Tapi tak po, tak jadi kudis pun sbb pada saya kwn2 sume macam adik-beradik. Adatlah dalam kehidupan klu tak diselang selikan dgn tawa rasa mcm muram je kan.

Esok pagi nak balik kampung, Ahad kakak saya buat majlis pertunangan anak perempuan dia. Jadi orang pangkal lah acik sementelahan dalam adik beradik kami berdua je perempuan.

Nak kata boring selalu cmni tak de lah pulak, nasib baik ada 'rumah no 2 ni', released tension....

Whatever pun, pada saya duduk rumah lagi tenang walaupun rumah kita tu tak se gah mana pun. Kannn :>>>



Walaupun selalu ditinggal2kan macam ni..

ENJOY YOUR HOLIDAY









Hmmmm....kalau tak salah pengiraan, bulan Disember ni sahaja 3 kali berturut2 hari Jumaat kita bercuti kan. Cuti Maal Hijrah, Krismas dan minggu depan cuti sambutan tahun baru 2010. Haiii, sakan lah gamaknya kita bercuti yea.

Pastinya ramai yg mengambil kesempatan untuk bawa family pergi bercuti ke mana2. Dan pastinya juga ramai yg mengadakan kenduri kahwin, bersunat dan sebagainya lah. So apapun yg kita lakukan, saya ucapkan SELAMAT BERCUTI DAN BERHUJUNG MINGGU.



BERHATI2 DALAM SETIAP GERAK LANGKAH, MUDAH2AN SUKA KITA TIDAK DI AKHIRI DGN DUKA.

Thursday, December 24, 2009

CONGRATULATIONS





TAHNIAH !!!!!!!!!!

Kepada anak2 yg cemerlang dalam PMR. Berbaloi usaha anda, makbul doa ayahanda bonda. Anak saya pun salah seorang drpd mereka. Alhamdulillah, keputusan memuaskan...


Wednesday, December 23, 2009

THANK YOU







APAPUN TERIMA KASIH KEMBALI SEBAB SUDI LAGI DATANG BERTAMU.
 
 
THANKS A LOT FOR ALL THE WILLINGNESS AND PLEASE COME AGAIN AND AGAIN

PLEASE !!!!!!!!! PLEASE !!!!!!!!! PLEASE !!!!!!!!



(HAHAHAHA....Sajo lah....kasi gempak !!!!!)




Haiyo lah, berapa kali mau bilang??????????
Blog ku yg dah sah2 tak hensem langsung ni dgn secara sukarelanya menambahkan bilangan blogger2 kat tanahair tercinta kita ni just utk suko2 jo. Selain dari itu blog ni adalah bertujuan utk acik meluah rasa, medan utk acik berkongsi cerita and pendapat. Kawan2 nun jauh merata pelusuk Malaysia, nak jumpo bukan main lah payah, rancang mcm2 programe siap berendam air mato lak sesekali, baru dapek jumpo. So alternatif yg paling mudah dan murah, saya wujudkan blog ni.



So, saya bukak gelanggang ini seluas2nya kepada anda semua tak kira siapa shj samada kawan yg saya kenal mahupun tidak, singgah memberikan sepatah dua kata - terpulang kepada anda semahunya di 'pondok' usang saya ini.



Saya relakan pondok ini menjadi pengantara dalam usaha  merapatkan silaturahim agar tidak terputus lagi. Jadikankan ia medan pertemuan, berbicaralah sepuasnya di sini, speak out whatever you want to asalkan tak menyinggung perasaan mana2 pihak.


LILLAHITAALA, I'm really sincere. Bukan menunjuk bagus, nak nama or apa shj. 



SO MY DEAREST FRIENDS, GUESTS DAN SESIAPA SHJ YG BERKUNJUNG, FOR ONE MORE TIME - 



PLEASE..PLEASE..PLEASE DON'T GET ME WRONG !!!!!!!!!! YO....huuuuwwwaaaaaaa

ASSALAMUALAIKUM







Ternyata mentari munculkan diri


Meninggalkan malam yg bermimpi


Moga hari ini kalian adalah lebih baik dari kelmarin

Tuesday, December 22, 2009

BEN 10



Salam, hehehe.....bunga yg kembang mekar semalam, hari ini menjadi bertambah2 mekar bila dapat bertukar2 sms dgn BEN10.

Never expect sebenarnya akan dihubungi oleh adinda2 maya ni, dan terharu sgt sbb ada gak insan yg sudi berkawan lebih dari berkawan di dunia blog shj. I'm really appreciated di atas kesudian itu dan terharu.

But something spoiled sikit lah, chating kita mcm biskut kan, now U see, now U don't. Kacau yo..tak po,
ESOK MASIH ADO

KEPADA BEN10  - nak air laut, datang rumah !!!  Hehehehe

PD PART TWO

angah & abang tu dah kelaparan maklumlah baru habis berendam, ...si along tu lak dah kekenyangan


Ok lah, ini sambungan dari cerita kami pegi picnic kat PD tu ari. Maaflah yea, mmg pegi PD, tapi gambar tgh mandi manda kat laut tak de sbb ayah budak2 ni sibuk merakam sampai lupa nak menangkap sekeping dua gambar anak2 tgh buat kuak lentang tengah laut tu.

BERCANDA DI PORT DICKSON - PART ONE

Satu kepuasan menyelinap masuk ke hati tatkala menatap keriangan di wajah insan2 yg saya sayang bila kami bawa mereka bersukaria di pantai Port Dickson Ahad baru ni. Tak de lah jauh merata pelusuk negeri, bermalam bebagai mcm orang lain, cuma ke tempat2 yg berhampiran shj kami bawa mereka, tapi itu pun pada anak2 saya dah cukup berbaloi-baloi.


Didie tak sempat nak mandi kat rumah pun, bangun je tidur terus jalan. "Adik nak mandi kat laut", kata dia.
Dia ngan kak ngah bagai pasir dan pantai, tak boleh dipisahkan.



kesejukan, kesian....



mengantuk ko bang???


Monday, December 21, 2009

HATI KU MEKAR


Hari ni rasa mcm seronok sangat. Apa je yg dibuat rasa menjadi je, mcm dipermudahkan je laluannya tu.
Kalau hari2 camni kan ke bagus, tak yah nak pedih2 hati, bazir2 air mata, kan.

Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang kan, takkan dibiarNya kita terus bergelumang dgn derita. Akan diberikan Nya peluang kepada kita utk merasa bahagia.  Hanya kita sahaja sbg hambaNya wajib tau utk BERSYUKUR sebelum keindahan itu di tarik kembali.

BETUL KEEE??????????????

Sunday, December 20, 2009

KASIHNYA IBU

Sewaktu bersantai di tepi pantai Port Dickson tadi, sementara suami sibuk melayan anak2 mandi-manda, saya ralit memerhatikan seorang ibu muda sedang asyik mengipas anak kecilnya yg lena tidur di dalam buaian. Ada snap gambar dia tapi rasa tak manis pulak nak disiarkan di sini tanpa kebenaran..


Mulanya ibu dan anak ini berehat di dalam khemah kecil yg didirikan oleh si ayah. Tetapi 2 org pegawai Majlis Daerah Port Dickson telah datang menegur dgn cara lembut dan berhemah supaya membuka semula khemah tersebut kerana tidak dibenarkan didirikan khemah di situ. Saya tabik pegawai2 ni kerana cara mereka memberikan teguran tidak mengguris hati langsung. SYABAS MAJLIS DAERAH PORT DICKSON !!!



Apa yg ingin saya kongsikan di sini adalah, betapa setia dan kasihnya ibu kepada si anak sampaikan padanya tiada keluh kesah, kepenatan, kegusaran, kepayahan dan segala macam rungutan yg terbit di benak tatkala melayan anak2. Saya jadi sebak tiba2 (ntah kenapa bila dah makin 'remaja' ni hati cepat tersentuh).



Hampir satu jam juga saya leka memerhatikan ibu tersebut dan dalam sejam tu jugalah tangannya tak pernah berhenti walau sekejap mengipaskan anak di buaian. Pada ibu, jgn ada seekor nyamuk pun cuba2 nak menggigit anak, jgn ada seekor ulat pun merangkak di tubuh anak. Jangan ada rasa panas pun meresahi tidur anak... JANGAN !!!!!!


Lena si manja di dalam buaian, tak terganggu langsung mimpinya, tak sedar apa berlaku di sekelilingnya......
Jauhhhhh di sudut hati saya terukir impian, HARAP nya anak2 saya dan anak2 ibu muda tadi jua anak2 kita semua takkan benarkan juga apa2 halangan mengganggu mimpi kita, setia menghalau nyamuk yg cuba menggigit lengan kita, dan nyanyikan lagu  TIDURLAH PERMAISURI untuk kita.



ANAK ITU AMANAH ALLAH KAN, JADI SEWAJARNYA LAH MEREKA MENDAPAT LAYANAN YG ISTIMEWA DARI KITA - IBU YG MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN MEREKA. 

Friday, December 18, 2009

FRIENDS FOREVER









A friend is
someone who reaches for your hand
and touches your heart


just wanted to say
THANKS
for all your special ways...
you mean a lot to me !!



Menerima panggilan dari seorang teman yg istimewa membuatkan hati berbunga kembang.

Thanks 4 keeping calling me. OUR FRIENDSHIP IS FOREVER...  HOPEFULLY

HANYA ALLAH YG TAHU

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN




Petang tadi bawak anak2 jalan2 kat centre point Seremban. Tak pegi jauh pun sbb tiba2 je ayah diorang called dari tempat keje kata nak ikut sekali. Tak dapatlah lama2 sbb petang dia nak kene keje balik...haiyolah !!!!!!

So, pada anak2 saya yg 4 orang ni, kemana pun diorang tak kisah asal boleh jalan2 and may be mcm kita gak, boleh released tension. Asyik terperuk dalam rumah je, habis2 melepak kat kawasan taman perumahan.




Kesian anak2 plan terbengkalai, sebagai ganti saya belikan lah apa2 yg diorang mintak, nak tackle balik hati budak2 tu. Tak kisah lah, yg penting anak2 HAPPY. Dan memang pun dari air muka diorang tak de pun gambaran kekecewaan yg saya nampak melainkan kepuasan shj. Ndak2 si kenit Didie tu.

Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN




Alhamdulillah, kita masih lagi diberi keizinan utk terus menghirup udaraNya sehingga ke tahun baharu esok 1431 Hijrah (Insyaallah). Maha Pengasih dan Maha Penyayang Dia, masih sudi lagi memberikan kita kesempatan berpijak di bumi ini, menyaksikan kebesaran2Nya yg silih berganti di depan mata saban hari.

Subhanallah...tiada kata yg dapat saya ungkapkan melainkan SYUKUR ALHAMDULILLAH...saya dapat lagi menatap wajah orang2 yg saya sayang, melihat anak2 membesar di depan mata, masih diberi peluang mencium tangan suami, ibu, abang2 dan kakak2....

Moga pengisian hidup kita selepas ini adalah pengisian yg serba sempurna dan sentiasa di dalam Redha dan BerkatNya.