BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 23, 2009

I AM REALISED WHO IS MYSELF (Dedikasi Buat Teman)














Baru ni saya bersembang di YM dgn dua orang teman lama, schoolmate dulu. Dulu masa sekolah rasanya tak pernah kami bertegur sapa apatah lagi bersembang. Tapi sekarang lepas jumpa balik, kami jadi kawan baik. Dan perlu saya nyatakan tiga orang sebenarnya insan istimewa yg ingin saya dedikasikan luahan rasa saya ni, cuma yg lagi seorang tu kami hanya bersembang di talipon sahaja. Tapi demi menghormati privacy mereka tak perlulah saya dedahkan siapa gerangan teman yg saya maksudkan.


Klu orang memperlekehkan mereka, saya akan pertahankan dgn seikhlas hati. Walau antara kami banyak pertelagahan pendapat tapi mereka sebenarnya banyak bagi semangat pada saya. Walaupun kdg2 perbualan kami berbaur kutukan namun dalam seloroh mereka bagi kekuatan kepada saya. Dalam kutuk, teman2 saya ini sebenarnya memujuk.


Sesekali saya rasa kecewa dgn suratan hidup yg pernah dilalui, tetapi siapa saya utk melawan takdir? Tiga insan istimewa inilah antara teman2 lain yg istimewa juga yg akan 'menghulurkan bahu' mereka utk saya bersandar, yang akan 'menghulurkan sapu tangan' utk saya mengesat air2 jernih yg jatuh di pipi dan yg setia 'menyokong' bila saya hampir rebah.


Hipokrit klu saya katakan saya tak punya perasaan berkecil hati dgn tindakan separuh orang atau kawan...di tatkala saya mengeluh dgn situasi, tiga orang inilah antara yg lain2 yg akan 'membelai hati kecil' saya yg hampir luka. Saya tahu walau dlm lontaran kalimah yg agak kasar, namun hati mereka murni...TAK INGIN SAYA MENANGIS LAGI

Dan mereka mengiyakan tatkala saya menggulung pendapat bahawa TAK SEMUA ORANG SUKA KEPADA KITA.....


Pada mereka bertiga yg tau bahawa bicara ini saya dedikasikan kepada anda, dan teman2 lain yg pernah 'merawat' luka di hati insan naif ini, yg mungkin tgh membaca blog ini, tiada lain yg mampu saya lafazkan selain dari ucapan beribu2 malah berjuta2 terima kasih atas penglibatan kalian dalam kehidupan saya yg serba serbi masih kurang dan lemah ini. Hanya doa yg mampu saya titipkan agar kalian dianugerahkan kehidupan yg terbaik oleh ALLAH SWT....SELAMANYA..


AMIN

9 comments:

jeBateja said...

wowowowowowowowo...akak ada YM..awat tak add kita....jebateja

anak laut said...

salam...kak,

jangan kecewa..semua berlku adalah takdir allah..swt
tq singgah anaklaut..

annie said...

JEBATEJA: Ni add akak, sesekali invite yea, bleh cite panjang sikit.. ani.ishak@yahoo.com


ANAK LAUT: Mungkin ujian tu didatangkan utk meningkatkan tahap keimanan seseorang kan...t/kasih kat awak gak sbb sudi singgah kat blog akak

kak gie said...

keikhlasan penting dalam berkawan walau kat mana pun kita berada dan dalam apa situasi yg penting keikhlasan. Biar ada org tak suka kita tapi mungkin org lain masih menghargai kita. Siapa kita tak penting. Tak ada kasta dlm kehidupan ini kerana kita sama aja, manusia yg dijadi kan allah. Berbahagialah dan bersyukur dengan apa yg kita ada. Penting dan harus selalu di ingat, walau dimana aku berada kau tetap kawan aku dunia dan akhirat... always...

annie said...

TQ Jie...U buat I menangis,PASTI !!! harapnya dunia akhirat kesudian itu akan berkekalan..INSYAALLAH...

Pok Li said...

Ramai kawan lama yang hilang begitu sahaja.

annie said...

Blog ni pun boleh jadi salah satu alternatif utk cari kawan2..try lah, mana tau ada rezeki

Anonymous said...

uuwwaaah...uuwwaahh....kita tetap kawan dunia hingga akhirat tak kira susah senang....ko tetap kawan ku.....

Abg man said...

tak ada makhluk yang sempurna di dunia ini,hanya allah yg mengatahuinya..jgn biar diri anda diselubungi pertanyaan,sebenarnya semua kawan adalah kawan,tak de yg mengaku dia lawan..yang merasa diri itu lawan adalah orang-aorang yag amat rugi di dunia ,mau pun akhirat.hidup umpama pedoman sementara ada,anggaplah yang merendahkan kita itu orang yang tinggi,tapi kita masih boleh mencapainya,kerana ia masih berpijak di bumi yang nyata..huang,huang,huang.