BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 5, 2009

SELAMAT TINGGAL DUKA


Hari ni sunyi sangat bagaikan kerinduan bermukim di hati. Bagaikan ada sesuatu yg kurang dalam diri. Tak betah melawan kesunyian menyebabkan air mata tak mampu utk diseka lalu jatuh dari kelopaknya.

Banyak sangat kenangan duka datang bertamu tanpa diundang..Tak mampu untuk menjadi manusia hipokrit lantas terusai jua kebenaran bahawa dalam tawa terselit jua rasa lara. Kegagalan melupus kenangan suram hampir melumpuhkan kejituan hati. Akur mengakui diri bahawa wanita ini masih lemah dalam berjuang....

Ahhh.. kenangan...biarlah, bukan tak ada indahnya, tapi kenapa yg menyaluti tangkai hati hanya yg duka lara? Biarlah...
KATA HATI:

- Jangan jadikan perpisahan menambahkan jarak dan merenggangkan kemesraan..
- Jangan izinkan kegagalan menghuni lopak jiwa krn kelak hanya akan
menzahirkan kemurungan.

Lalu....tersenyumlah dan tertawalah andai itu penawarnya..............................pergilah duka, pergilah lara............





7 comments:

Prasert Chaipradit said...

Semacam ajer bunyinya. Jiwang ke?

annie said...

Tak lah jiwang sgt, tapi adalah sikit2 kenangan pahit sepanjang 2009 ni yg kdg2 mengusik hati. Tapi tak pe, pengalaman mendewasakan kita. Nak test power pun iya gak, nak tengok, dah berkarat ke belum idea ni..Lama dah tak asah bakat.

Prasert Chaipradit said...

Masih boleh pakai, belum berkarat. Kenangan pahit 2009? Makan hempedu ke? Gurau aje. Kalau ada kenangan pahit, tumpang simpati. Kita pun pernah lalui kenangan teramat pahit, lebih pahit dari hempedu. Semua orang pun gitu, kan, kan kan?

al-lavendari said...

kebahagian itu tidak usah di cari ... lebih manis jika ia di cipta sendiri !

annie said...

Sdr Prasert, thanks sbb bersimpati, biasa lah manusia kan, itulah namanya warna-warni kehidupan..Alhamdulillah, sekarang semuanya dah ok..saya dah back to normal balik.

Sdr al-lavedari, betul dan memang pun saban hari saya mencipta bahagia....

Prasert Chaipradit said...

Blog ni semakin ceria. Fotonya menarik dan memikat!

annie said...

ALHAMDULILLAH...Thank you