BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 21, 2010

CeRmIn DiRi...

Hidup hendaknya jgnlah terlebih2 mendabik dada memukul canang menjatuhkan org sedang dlm tak sedar kita menepuk air di dulang akhirnya muka sendiri yg lencun......


Memang, saya bukan org yg baik, sy akui itu dan kerana itulah sy lebih cenderung memilih utk berdiam diri dr bersuara klu sy tak tau keadaan sebenarnya. Baik sy mengarut > ketawa semahunya dr menjadi 'wartawan' yg tidak dibayar khidmatnya...ABIH AN BOGHEH YO....buek apo??

TePuK DaDa TaNyA ImAn...

Tuesday, December 14, 2010

kesian anak2....

Assalamualaikum, harapnya tak lupa pada DYJATT yea....

You Are A Great Friend

11/12/10 baru ni bawak anak2 jalan2, kesian diorang, cuti sekolah dah di pertengahan, masih menghabiskan masa di rumah.......ibu diorang 'sibuk' sangat......(actually buat2 sibuk). So, tanpa perancangan, suddenly je tergerak nak bawak anak2 pegi swimming pool di Paroi Jaya ( sebelah Stadium Tunku Abd Rahman ).

Si Kak Ngah tak nak ikut, keletihan sbb baru balik dr main kompang, so kami pegi berempat je lah.....singgah rumah kak long SHA, pelawa dia pun tak nak pegi sbb tiba2 je, mana lah sempat nak plan apa2....


 Hero 'DYJATT' - Didie, dia lah 'SENJATA' yg dijadikan oleh abang dan kakak2 utk melemah-longlaikan hati sy setiap kali diorang gagal memujuk sy utk keluar berjalan2. 'Cair' hati keibuan sy bila si kenit ni merengek2...

 dah masuk dlm kolam, bukan main payah nak ajak balik....masalah btul...

ibu-melaram lebih, heheheheehe..............

Puas hati melihat anak2 happy.....ALHAMDULILLAH.

Thursday, November 11, 2010

JGN KAU UCAP SELAMAT TINGGAL>>>selamat jalan SHAMRIN..

20101008 blog shamrin Al Fatihah : Shamrin Fotograf Meninggal Dunia, Serangan Jantung

ALFATIHAH...

Terkejut sungguh !!!!
salah seorang dr penyanyi yg saya minat sgt dgn suaranya awal kemunculannya hingga kini, yg boleh tahan paras rupanya...SHAMRIN fotograf telah kembali ke rahmatullah....tak sedar, keluar air mata ini..

Masih muda....bertenaga, di saat tenaganya masih diperlukan...ALLAH LEBIH MENYAYANGI arwah...

moga roh nya ditempatkan bersama org2 beriman dan dipermudahkan urusannya di sana...

INNALILLAH...

UnDeRStaNd YoUrSelf 1st



**the most difficult phase of life is not when no one understands you,
it is when you don't understand yourself...***

Yupp !! sometimes we have to agreed..!!

Monday, November 8, 2010

Pemasangan/Penyelenggaraan/Pemeriksaan AIRCOND&ELEKTRIKAL..

Assalamualaikum wbt..
Kepada teman2 blogger tersayang, andai berhajat utk membuat PEMASANGAN/PENYELENGGARAAN/PEMERIKSAAN ke atas alat penghawa dingin anda dan apa shj pendawaian elektrik di rumah anda, sy cadangkan agar anda mencuba utk mendapatkan perkhidmatan syarikat sahabat saya di bawah :


Perkhidmatan juga merangkumi pemasangan di permis2 perniagaan dan lain2 bangunan.
Utk sebarang keterangan lanjut, sila berhubung dengan pemilik syarikat - SAUDARA NIZAM ABDULLAH, di nombor telefon seperti yg tertera di iklan.

TERIMA KASIH....

Thursday, November 4, 2010

HaPpY anniversary. 20th years...


Semalam, 3 NOVEMBER 2010, genap usia perkahwinan kami yg ke 20 thn, di samping 4 org anak.


Bersama anak2-buah hati pengarang jantung.

Alhamdulillah, tak mewah, tapi senang dan sihat kehidupan kami..serba sederhana.

Doa saya moga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat... AMIN..



My lovely HUBBY...

Wednesday, November 3, 2010

NEED YOUR HELP !!!



Kawan2 sayang
 ada ke sapa2 yg tau mcmna nak settle kan problem sy ni???
Tadi update blog, tukar bckground, tup2 gadget sume hilang...kucing2 sy dah hilanggggg..........

Klu check kat design, HTML sume tu ada lagi, tapi bila publish tarakkkkk...........

So, how aaaa????? Aduhaiii, sodih  ati LABU haaaaaa.......

Assalamualaikum

Aduhaiiii..lamanya saya tak update blog ni...background pun tak berganti, dah bersawang...
now time to update, tukar sume...
jgn merajuk haaaa, terus singgah kat sini.


*****DYJAT UNDER CONSTRUCTION*****


Sunday, October 17, 2010

mood - HaPpY.............



Hari minggu yg damai, pagi2 lagi hati dah dimulakan dgn keriangan....mudah2an berkekalan hingga ke petang...

Ke mana destinasi hari ini ya? Rasanya tak ke mana kot, mak pun ada kat sini...so, pegi tengok mak je lah gamaknya....

Bonda tercinta, tersayang...segala2nya di dunia, tiada duanya...

Masih kuat lagi,  terbantut aktivitinya dek kerana kecederaan di kaki, klu tidak, masih mampu mengayuh basikal lagi...kalah acik ni ha...

So..... yok kita nyanyi lagu Amy Mastura >>>> HaPpY...





Wednesday, September 29, 2010

AssaLamUaLaikum..


Lama sungguh membenam ilham, hinggakan hampir dilupakan kehadiran diri ini di alam maya..kot.
Mohon ampun, kekangan masa menghalang kesempatan...namun utk meninggalkan terus blog yg tak semenggah mana ini tidak sama sekali.

Syawal utk tahun ini pun sudah nak sampai ke penghujungnya, kunjungan ke rumah2 rakan taulan masih diteruskan. Kemeriahan pun masih lagi dirasakan. Tapi rutin harian telah bertukar ke suasana spt biasa, spt sebelum menjelangnya Ramadhan dan Syawal dulu. Saya juga spt yg lain2 juga..back to normal....

So, Insyaallah, from now on, sy akan terus menghias laman teratak sy ini semampu yg boleh, sesegar seadanya. Harap2 kwn2 sudi berkunjung, menjamah sepoinya angin di balkoni saya...JEMPUT YA....


LIFE MUST GO ON........................

Tuesday, September 14, 2010

SeLaMaT hArI rAyA..............

ASSALAMUALAIKUM....
AMPUNNNNN...teman sibuk bebenor lately ni, maklumlah raya kan....sampaikan nak update blog pun tak sempat. Ramai tetamu dtg rumah, Alhamdulillah....

Dikesempatan yg dah terlewat ini, izinkan sy menyusun jari nan sepuluh mohon ampun dan maaf kpd semua rakan taulan andai sepanjang berblog sy ada menyinggung perasaan anda semua.

Diucapkan juga SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...........

Tuesday, August 31, 2010

TaNdUs.....

Cuti2 ari ni, just duduk rumah, rilex sambil menyudahkan h/work yg berlambak.
Merdeka kan minda..free.

Sambil tu sempat gak lah buat "semikut" raya ngan anak2...

Siap lah sejenis, dapatlah menjamu tetamu datang beraya nanti...ada masa tambah lagi 2-3 jenis....
**ntah ada ntah tidak org nak dtg rumah, huhuhu...**


sebelah malam pegi menghabiskan duit kat Dataran Senawang, beli baju anak2..ibu ngan ayah tak de baju baru pun tak pe...

Suka bukan main masing2, balik rumah tak sabar nak test baju raya.
****yang kat gambar tu bukan anak saya ye, itu anak comot...org raya dia pun nak raya..



kita dok sibuk melenyek tepung utk buat "semikut", si adik sibuk bukak tudung saji, periuk, peti ais," menduga sungguh !!!" bak kata si angah.

Hemmm..tu je lah aktiviti kami menyambut kemerdekaan di tarikh keramat 31 Ogos hari ini.


**OPS !! tak lupa juga, HAPPY ANNIVERSARY buat sahabat setiap musim baik senang atau susah - Lynn....moga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhirat. AMIN....


**klu yg pakai baju biru tu sah2 lah bukan Lin sbb Lin perempuan, yg tudung krim tu..mcm kenal je, so yg tak berapa kenal tu lah si Lin...*** LOVE U SIS...

Wednesday, August 25, 2010

I'm Ok.........


Haiiii...............poning kepalo dah ha, dah lamo jammed, pueh lak nak polish....


sampai naik rabun...(memang dah rabun pun..kehkehkeh).


sesekali tololap, tahap mengantuk dah terlalu maksima, camni lah jadi eh...


Then bilo dah terbangun tu sambung lak balik.....itulah kojo eh..


 klu dah tak tahan na, kita minum duluuuuuuuu.........................hemmmm, nyaman yo masuk eh nescafe dalam tokak...

ghaso2 eh, acik dah jadi macam ulek ateh buku tu...kahkahkah


(Tapi masih sompek lagilah intai kwn2....hehehe )


 Supayo sumo tu buleh buek acik steady jo bilo tibo maso eh kan.

Hahahahahahaha, saja je sbnar nya, mengisi waktu2 puncak yg kadangkala menekan...
Buat benda tak berapa waras mcm ni kadang2 boleh released sikit ketegangan, kannnn............

Tapi walau dlm apa keadaan pun saya masih di bawah kewarasan dan akan sentiasa waras...AMINNN


 aik !!!!! sape lak ni????anak bujang sey lah....(bujang??)
hahahaha..jawab sendiri.

Thursday, August 19, 2010

KaU pErGi JuA.....

Saya pernah buat N3 khusus utk ayahanda Ustaz Yunus di penghujung tahun lepas dan beliau juga turut sama terlibat dlm memberikan info2 terkini mengenai perkembangan kesihatan beliau.


 arwah bersama cikgu Ahmad (duduk sebelah kiri) dan cikgu Norman (berdiri di belakang)


Semalam saya mendapat tahu dari salah seorang bekas guru kami sewaktu di SMVokasional Juasseh (1984-85) dahulu -Cikgu Norman Kamil bhw ustaz telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan kritikal. Semestinya kami sbg murid dan rakan taulan yg lain tidak jemu berdoa agar ustaz kami ini di selamatkan.


ukiran senyuman yg disulam dgn perasaan terharu bila melihat anak2 didik (tahun pertama SMVJ) datang menziarah ketika arwah sedang mencuci buah pinggang di Pusat Hemodilisis Bahau.


Namun kehendak Allah tak siapa yg mampu menegah. Akhirnya pagi tadi (19.8.2010) ustaz @ ayahanda yg kami sayangi ini pergi jua mengadap Ilahi...di bulan yg barakah lagi mulia ini. Pergi meninggalkan kami anak didiknya, sahabat handainya dan balunya, zuriat2 penyambung ikatan kasih arwah bersama isteri tercinta dan seluruh kaum keluarga. Pergi mengotakan janji yg telah termetrai sekian lama.



menerima cenderahati sewaktu majlis reunion yg dianjurkan oleh junior SMVJ.

Pergi dengan tenang, meninggalkan penderitaan yg bertahun ditanggung, saban minggu terpaksa menghadirkan diri di pusat Hemodilisis Mawar samada Bahau mahupun Seremban utk mencuci buah pinggang.....


Terngiang2 lagi di telinga sewaktu saya berbual di talipon dgn arwah ketika saya menjemputnya utk sama hadir di majlis reunion batch kami pada bulan Jun baru2 ini, arwah khabarkan kpd saya dia tidak akan dpt hadir bukan shj majlis reunion kami malah apa shj majlis yg dilangsungkan pada hari Sabtu sbb hari Sabtu adalah hari arwah akan mencuci buah pinggangnya. Jadi tak dapatlah kami berjumpa dgn arwah tetapi saya secara peribadi sgt bersyukur kerana diberi kesempatan bertemu dgn arwah utk kali terakhir semasa majlis reunion anjuran adik2 junior SMVJ yg berlangsung di Royal Bintang Sban.. Sempat saya bertanyakan perkembangan kesihatan arwah. 


Alhamdulillah, sempat juga saya mengabadikan gambar bersama arwah...


Hari ini ayahanda kami pergi, meninggalkan kami dgn ilmu halal yg dititipkan dan kami menfaatkan, mudah2an ilmu yg ayahanda tinggalkan dapat menjadi pembantu ayahanda di sana.

Pergi lah wahai ayahanda, tenanglah di sana............Doa kami mengiringi ayahanda..Insyaallah.


INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UN....................

Wednesday, August 18, 2010

AlaHaIiIiii....LeTihNyA TuaN

Hari ni letih sikit dr hari2 sblum ni, 
Balik jo dari motong tadi terussss...










zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......................
ambik kau !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! pukul 5.30 baru bangun masak.

 malam ni jadi musanglah gamaknya ni, lantaran dah kekenyangan tidur....

Monday, August 16, 2010

sEmUa TaK sEmPuRnA.

For sure - I'm not perfect and the fact is, NOBODY PERFECT.

Tetapi - Berusaha utk menjadi yg terbaik 
adalah lebih baik dari tak 

berusaha langsung tapi perasan diri terbaik...

dan semestinya saya sendiri mengharapkan agar saya dijauhi sifat2 begitu.

SESUNGGUHNYA YG TERBAIK DAN SEMPURNA ITU ADALAH ALLAH SWT DAN YG HINA DAN PINCANG ITU ADALAH DIRI SAYA SENDIRI.

.....Subhanallah........

***** saja, berkongsi pendapat ngan U all....

Saturday, August 14, 2010

HaRi kE 4...

Dah 4 hari dah kita puasa, laaaa..kejapnya.
Pejam celik-pejam celik dah 4 hari.....
Tak lama lagi dah raya.
Nak mula buat persiapan raya sekarang rasa jauh lagi, tapi dlm dok nanti dulu-nanti dulu tu
dah nak raya.

Tapi apapun hari ini nak kongsi menu ngan kwn2. Jarang buat
n3 makan2 ni, takut obes, hahahahahaha.....


+



                                                                                
                                                                                   =



Nampak macam sedap tapi rasa tak tau lagi lah.....ntah sodap ontah tidak.....

Dan beberapa lauk sampingan yg lain2 lah termasuk air ngan kuih-miuh.

Dan juga, kebiasaan lauk mcm ni mmg jarang berbaki, anak2 sume hantu sea food sampai ibunya naik hantu sbb nak masak lauk baru utk sahur. 


*** mmg tiap2 hari masak utk sahur pun.....

it should be no problem lah bak kato omak sey...hehehe

Thursday, August 12, 2010

ULEK BUKU



Ni lah kojo acik tiap2 malam sampai nak pg solat terawih kek surau pun tak sompek..
Tapi kat rmh klu ada kesempatan gagahkan gak buat barang 8 rakaat, Insyaallah.

Sementelahan nak exam next seminar...............otak dah lama rest, kebekuan dah hampir ke tahap maksima mmg payahlah nak cair kan balik..

Hopefully all going well.........AMIN.

Tuesday, August 10, 2010

bAcA yA aNaK2....

Maklumlah, setahun sekali, tiap2 tahun nak diajarkan terlebih dahulu pada anak2...

JOM KITA SHARE.


  selamat bersahur dan berbuka puasa.

dok fikir menu favourite cik abg time sahur..

**tumis air sayur, goreng ikan/ayam atau cukup hanya goreng ikan bilis dgn bawang**....berselera lah dia, sejuk mata memandang dia menjamah hidangan yg disediakan.

SeLaMaT bErPuAsA...........


Selamat Berpuasa kpd semua sahabat2 blogger...

Syukur masih diberi kesempatan utk menikmati indahnya RAMADHAN.

Ampun maaf atas segala kesilapan dlm berbicara, dlm bertinta dan dalam bergurau senda.........

MARI KITA PERBANYAKKAN AMALAN KITA dan SELAMAT BERAMAL.

Friday, August 6, 2010

SORRYYYY...........


Hello!


Semangat utk mengupdate blog dah tak sekencang dulu..
Bukan dah tak berminat, tapi tak de kesempatan, menghabiskan kerja yg berlambak.
Harap kwn2 tak bosan utk terus singgah kat sini ye, sebarang kesulitan amat dikesali........


Nanti dah tenang2 sy tepek kan lagi n3 baru...


Terima kasih atas kesudian kalian....mmmuuuaaahhh..



Thank You Friend