BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 17, 2009

YAM-YAM...HINGGA MENJILAT JARI







Hari-hari pikir nak masak apa, pening gak kepala kan. Selalu tu tiap2 hujung minggu pergi pasar beli stok lauk untuk seminggu tapi minggu ni tak pergi. Aduhai...nak masak apa ni???

Suddenly teringat, dari minggu lepas anak2 mintak nak makan lauk gulai betik muda,. haaa....dpt idea. Start scooter pink - vroommm - merempit pergi rmh Sha mintak betik barang sebiji dua. Kebetulan depan rumah jiran dia memang ada pokok betik. Sambil2 tu korek lagi ilmu dia utk update kan blog. Dok leka depan komputer, tiba2 hujan lebat turun kat luar. Bersapau jap kat rmh Sha sementara anak bujang dia tolong ambik kan betik muda. Hmmmm.. budak bertuah anak Sha tu, mulut bukan main. Sambil ambik betik bersungut2 cakap I ni pendek lah, menyusahkan dia lah. Hahahahaha.. geli hati betul. Dgn bdk2 kembar tu (anak bujang Sha kembar) memang tak bleh marah. Ada je peel diorng yang buat saya geram dan gelak!!!!


So, balik je rmh terus masak. Tu lah hasilnya. Klu nak lagi kaw sebenarnya betik muda betul. Tapi dah tak de, betik yang mengkal mcm tu pun kira allright gak. Goreng ikan masin cekik leher. Emmm, bertambah2 suami ngan anak2 saya makan. ALHAMDULILLAH...

Yang kat dalam tupperware tu nak anta kat rumah Sha. Biasalah, budi bahasa, betul tak?
***Lupo lak nak bagitau, orang kampung I panggil botik ni kepayo. Banyak daerah kek n9 ni panggil camtu sbb org dulu2 dio sekolah org putih kan. So bahaso org putih tu trbawak2 ke kehidupan seharian diorng, mako dengan kreatif eh bahaso tu di alih bahaso eh ke loghat kampung lah. Tu yang papaya poi ko kepayo.

2 comments:

Sha said...

salam:)
timakasih. satu aje cikgu nak complain, nape pedas sgt lauk tu sepatutnya manis-manis manja aje...

anniecute said...

Apo eh yang podeh cikgu oiii... MCM LIDAH ORG KOLUMPO LAH CIKGU NI..