BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 20, 2009

BONDA




Senja semalam abang saya called dr Hopital Kuala Pilah, bagitau bonda kami yang tercinta telah dimasukkan ke dalam wad sbb kemalangan, terjatuh ketika pergi ke bank di pekan Bahau. Kakinya patah.

Setelah dipastikan keadaannya stabil dan tidak terlalu membimbangkan, saya ambil keputusan utk melawat seterusnya menjaganya di hospital hari ini.

Awal pagi lagi saya dah memandu ke Hospital Kuala Pilah berseorangan. Suami saya tidak turut serta sbb tuntutan kerja. Anak2 pun tak pergi sbb hospital sekarang tidak begitu selamat untuk mereka ekoran dari gejala H1N1 sekarang.

Tgk lutut mak saya bengkak. Doktor maklumkan mak saya tidak boleh menjalani operation kerana faktor usia. Ramai juga yg datang melawat selain dari adik-beradik dan orang2 kampung. Dan yang lebih mengharukan, sahabat kita, Shah (Shahriza) pun sudi melapangkan masa datang menziarah. Terharu saya di atas kesudiannya.

SHAH....Thank you very much for coming. Awak memang seorang kawan yang baik.

Pukul 6 ptg, saya balik ke Seremban. Kakak saya mengambil alih tugas menjaga mak untuk sebelah malam pula.

0 comments: