BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 14, 2009

PERGI TAK KEMBALI

Ok, kita tenang sekejap.
Malam tadi kami dikejutkan dengan satu berita sedih di mana salah seorang guru yang mengajar di sekolah anak saya (SM Tmn Seri Pagi, Senawang) yang sebelum ini saya ada menyatakan keadaannya yang kritikal akibat wabak H1N1, telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 8.45 mlm tadi. Akhbar Utusan Malaysia hari ini juga ada mengeluarkan artikal mengenai guru ini. Tak sanggup saya nak melereti kisah lara di hati anak-anak dan suami arwah cikgu ini. Di saat kasih ditagih, Allah lebih dulu menjemput mereka seperti dijanjikanNYA tanpa tercepat atau terlewat. Itu juga yang ditanggung oleh balu anak saudara saya yang baru sahaja kehilangan suami (anak saudara saya) di penghujung bulan Julai baru-baru ini. AL-FATIHAH...Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

***** Juga Al Fatihah untuk AllAHYARHAM CIKGU KAMARULZAMAN, ALLAHYARHAM CIKGU JALALLUDIN,sahabat kita ALLAHYARHAM HALIM, ALLAHYARHAM MOHD FADHIL dan juga beberapa orang lagi yang saya mungkin terlupa nama mereka.

0 comments: