BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

DIDIE MASUK WAD





Bersedia utk dibawa masuk ke dewan bedah









Actually kisah ni berlaku seminggu sebelum majlis Alumni kat sekolah dulu. Lama dah tapi saja nak cerita utk info U all.

Anak bongsu saya (Didie) diserang HERNIA (angin pasang) - itu pengesahan dari doktor. Tiba2 tempat yg biasa terkena Hernia tu (tau kan kat mana..) membengkak. Didie menangis dan mengadu sakit. Jalan pun terbongkok2 sambil pegang perut. Muka pun dah pucat. Kesian sungguh. Kami bergegas bawa dia ke hospital.

Doktor terus tahan dia dalam wad dan doktor maklumkan kepada kami pembedahan kecemasan terpaksa dijalankan utk mengelakkan kejadian berulang. Baru saya tau rupanya Hernia ni banyak jenis dan anak saya bukan jenis yg biasa kita dengar. Doktor cakap tisu dinding yg memisahkan antara usus dan kemaluannya lemah dan dah bocor. Yg menyebabkan kemaluannya bengkak ialah sebahagian drpd usus dah masuk terus ke kemaluannya. Aduhhhh.....dapat saya bayangkan betapa sakitnya dia.

Lepas sehari masuk wad, keesokkan harinya, pagi2 lagi Didie dah dibawa masuk ke dewan pembedahan. Saya pun ikut sekali masuk sbb Didie tak nak langsung ditinggalkan. Luluh hati tatkala saya dgn doktor sama2 cuba menenangkan dia utk dibius sepenuhnya. Sebaik sahaja dia tidak sedarkan diri, saya pun keluar dari dewan pembedahan.

ALHAMDULILLAH...Sekarang Didie dah sembuh sepenuhnya. Tapi masih perlu dibuat rawatan susulan utk memastikan dia betul2 pulih. Kini Didie kembali ceria. Dah boleh main kompang balik....

0 comments: