BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 16, 2010

USAH DIPERTIKAIKAN !!!










UNTUK KITA RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
 

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).


J
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


J
angan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 
 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

   
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah

ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan.  
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya


SUBHANALLAH....ASTAGHFIRULLAH.....

7 comments:

Faarihin said...

Assalamualaikum.. perkongsian menarik.. suka saya membacanya.. kadang2 cepat rasa insaf.. tapi lama2 lalai balik.. itu yang menyedihkan..

Faarihin said...

saya nak add link blog ni yer.. salam ukhwah dari saya.. (^__^)

annie said...

Waalaikumsalam Faarihin, terima kasih datang ziarah blog ni. Dipersilakan andai Farihin ingin berbuat demikian, kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan. Terima kasih.

Unknown said...

saya.
tidu awal.
tak sempat isyak
jadi bangun pagi2...nak solat isyak....

annie said...

Salam SDR Jinggo, yg penting tak tinggal terus solat Isya', kan. Dan dah terlanjur bangun pagi2 tu boleh buat solat sunat tahajud sekali, betul tak?

al-lavendari said...

kata awak.

"Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)."

kata saya.

"macam mana nak tidur, kalau hari kerja dah bergegas nak ke pejabat. kalau hari cuti dah tertonggok depan komputer baca entri awak"

annie said...

SDR AL,
Correction! bukan kata saya, kata artikel yg saya baca ni.

Iyo lah kan, siap yo kojo rumah mulolah menepek dopan komputer... bilo lak maso eh nak tido balik kan...Hahaha