BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 6, 2010

KATA-KATA MU AZIMAT KU

Thank You Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook









Sekalung penghargaan saya bingkiskan di atas kesudian CIKGU NORMAN, SDR AL-LAVENDARI, MY LOVELY NIECE ANGAH NATRAH (Puteri) , kekanda yg dikasihi KAKCIK SEROJA, SAUDARA SALLEH (seorang sahabat yg baik) dan beberapa orang lagi sahabat yg sudi memberikan pendapat, pandangan serta komen di blog ini dan di sms, jua ada yg menelifon dan ada  yg berinteraksi secara langsung dgn saya - sebagai maklum balas kepada n3 saya semalam. Anda semua adalah penjana semangat saya serta penawar segala gusar dan gundah gelana saya. Alhamdulillah, masih ada insan yg sudi menyayangi diri ku yg serba hina ini... Ramai yg menyokong agar saya meneruskan niat, tak kurang  yg mencadangkan kepada saya utk terus berfikir sedalam2nya akan kemungkinan2 yg mungkin  timbul kelak sebelum membuat kata putus.

 
Best Friends and Friendship Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook




 Di kala kita terluka dan ketakutan, kawan yg baik akan sentiasa ada untuk kita. Dan anda lah kawan2 baik saya....


Insyaallah, saya akan cuba sedaya mungkin membuat keputusan yg bijak...

Andai menerima, adalah atas dasar keikhlasan, bukannya duit semata, saya pahatkan dalam jiwa, kerja ini satu ibadah. Anak2 ini tak harus dijadikan sesuatu yg menakutkan utk kita berhadapan. Mereka jua seperti kita dan kekurangan diri bukannya permintaan mereka kerana sesungguhnya siapalah kita utk melawan takdirNya.


Saya berserah, surat akan terus diajukan, rezeki di tangan TUHAN, andai gagal permohonan ini, saya akan terus curahkan khidmat saya di tempat sekarang ini dgn penuh rasa keikhlasan dan kasih sayang kepada anak2 yg ada..

**** SALLEH, maafkan saya sbb meneruskan kata hati, pendapat dan nasihat yg anda titipkan akan saya semat rapi dan jadikan pembakar semangat. Bukan memperlekehkan pandangan anda tetapi sepatah kata Cikgu Norman ;

"YANG MENCABAR ITU BAKAL MEMBUAT KITA BERTAMBAH MATANG DAN CERGAS"


Mudah2an kata2 itu akan menjadi panduan utk kita terus melangkah. INSYAALLAH

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Annie..

dapat atau tidak, itu adalah ketentuan buat dirmu. Andainya berjaya, bermulalah dengan ikhlas, jangan mengeluh di pertengahan dan semoga di akhirnya, Annie akan bertemu dengan kemanisan. Insya Allah.

annie said...

Kakcik, terima kasih atas nasihat dan bimbingan, kakcik adalah antara insan yg telah memberikan suntikan semangat kepada saya. Insyaallah, saya ikhlas