Berteleku menongkat dagu sambil menyorot kenangan yg menyulami kehidupan di sepanjang 2009
membuatkan mata berkaca tanpa sedar. Banyak benar kepahitan mewarnai perjalanan. Payah, gusar, gelisah berselang-seli mengambil tempat di hati. Tersungkur, tersembam menyembah bumi, bangun jua walau azab. Beraneka warna melatari kehidupan memenuhi 2009.
Bermula dengan si busyuk Didie dioperation akibat HERNIA, bermalam di hospital selama 2 malam, kemudian dikejutkan dgn hebat sekali dgn berita kehilangan anak saudara akibat serangan jantung seterusnya ditambah dgn bonda mengalami patah kaki akibat terjatuh ketika menunggu bas di pekan Bahau dan akhirnya keluarga kami dinoktahkan dgn berita gembira di mana 3 majlis pertunangan berlangsung di pengakhiran tahun.
Kegembiraan berganda dgn bakal hadirnya seorang lagi orang baru di awal 2010 menjadikan kehilangan seorang ahli keluarga dibalas dengan penambahan orang baru seramai 4 orang, ALHAMDULILLAH. Cantik susunan dan aturan yg telah dituliskan.
Dan andai dilereti dalam2 ada secebis dua lagi kisah yg tak berapa molek utk dihidangkan di sini. Tak pe lah, harapan menggunung agar 2010 menjanjikan perkhabaran yg baik2, permulaan dan kesudahan yg indah2. Moga 2010 membasuh semua kedukaan, merawat semua sengsara.
Wahai ALLAH, sesungguhnya hamba mu yg hina ini mendambakan secebis sinar bahagia Mu mewarnai perjalanan hidupku. Sesungguhnya aku tak mampu melawan takdir Mu, namun berikan lah aku kekuatan dan keimanan yg teguh agar aku terus gagah mendepani ujian Mu dengan tenang dan damai.
Berikan ketenangan dan yang terbaik kepada suami dan anak2ku, ibu ku,guru2 ku, rumahtangga ku, kaum keluargaku, kaum keluarga suamiku, sahabat handai ku yg jauh atau yg dekat jua negaraku yg tercinta,
JAUHI KAMI DARI MALAPETAKA DAN BENCANA
AMIN YA ALLAH
6 comments:
salam my dear sis annie:):)
Selamat Tahun 2010..
Semoga 2010 menjanjikan sesuatu yg terbaik buat sis sekeluarga
& sentiasa diberkatiNya..:):)
SELAMAT TAHUN BARU BUAT TINIE SEKELUARGA JUGA.Sama2lah kita berdoa mudah2an kehidupan kita selepas ini diwarnai dgn cahaya kebahagiaan, AMIN
slmt tahun baru!
SELAMAT TAHUN BARU...TQ
salam kak..
selamat tahun baru 2010...
moga terus maju di tahun baru..
emmm..
terima kasih sudi follow my blog yang ntah pape tu ekk..hehe..
moga ikatan ukhuwah antara kite akan berpanjangan di sini..
senyummm selalu ek.. :))
terima kasih sambut pelawaan akak, apa pulak ntah apa2, best apa, enjoy baca isi kat dlm blog Amy..
Post a Comment