Baru balik dari Hospital, check up penyakit yg dah berkampung selama lebih kurang 5 tahun kat badan ni - THYROID.
Kalau ikut keputusan yg ada, penyakit saya ni dah semakin bertambah baik, ALHAMDULILLAH. Pengambilan dos ubat telahpun dikurangkan.
Tapi ada satu perkhabaran tambahan yg doktor jelaskan buat hati sedikit gusar. Akibat terlalu lama menelan ubat, kemungkinan kecil akan ada masalah yg akan timbul berkaitan dgn jantung....hhmmm, ni yg tak sedap nak didengar dan diterima. Menurut doktor, ada kes yg melibatkan jantung mengembang jika terlalu lama memakan ubat, sebab selalunya pesakit yg mengambil pil ni akan sembuh dalam masa 1-2 thn shj tetapi berlainan dgn kes saya ni.
Kerana itu, doktor mencadangkan satu option lain yg peratusan keberkesanannya adalah tinggi iaitu pengambilan RADIO AKTIF. Risikonya dalam seratus orang ada 3 kes je yg mana radio aktif itu gagal berfungsi dgn baik dgn antibodi kita ( maaf, saya tak berapa arif dgn bab2 perubatan ni). Dan satu lagi option ialah - PEMBEDAHAN. Tapi kes saya tak perlu menjalani pembedahan - kata doktor lah....
So, may be I have no choice lah kali ni. Demi kebaikan sendiri, suami dan anak2, saya TERPAKSA akur kot... What else I should do?
12 comments:
saya rasa elok dapatkan second or third opinion dari doktor2 lain dulu sebelum membuat sebarang keputusan !
Salam ABG AL... semua doktor yg pernah merawat saya mencadangkan option yg sama, RADIO AKTIF. Rasanya mcm tak de pilihan lain lah... Keliru juga saya bila jadi macam ni.
salam buat tuan umah...
pak long sentiasa mendoakan moga lebih tabah menghadapai dugaan yang dilalui..
Terima kasih banyak PAK LONG, insan2 berhati mulia begini lah yg saya perlukan di kala saya dalam kebuntuan dalam membuat pilihan. ALHAMDULILLAH, saya tidak keseorangan rupanya.
Uikk..kak...mcm bahya je ni...harap2 semua selamat kak...amin
Jebateja, mcm biskut! kojap ado, kojap tak do... tak de lah bahaya, tapi berisiko, klu ikut apa doktor terangkan risiko kecil je, HARAPNYA BEGITU LAH, AMIN. Doakan akak yea..
anie..cuba dapat kan pandangan lain dulu..akak harap anie tak perlu lalui tu semua..moga2 kali ni..akan smbuh tanpa memakan ubat yang berlanjutan..
Kak Erna, t/kasih atas pendapat, itu juga harapan saya. Doktor pun ada cakap makan ubat pun boleh baik dan pengambilan dos dikurangkan berperingkat sehingga betul2 baik. Tapi saya ni special sikit kesnya, tu yg dicadangkan ambik radio aktif sbb terlalu lama makan ubat. Apapun saya harap setelah dikurangkan dos ni moga akan pulih lah sepenuhnya masalah thyroid saya ni.
salam kak
moga cept sembuh...
syafakallah. Ameen.
SALAM Yusuf, terima kasih banyak2..AMIN
salam annie, semoga tabah menghadapi dugaan, setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya...didoakan agar annie cepat sembuh..
Secangkir madu merah, t/kasih atas doa awak, Alhamdulillah, anda semua kekuatan saya, dan saya bertuah ada teman2 yg sentiasa mengambil berat dan mendoakan kesejahteraan saya. Mudah2an awak dan kawan yg lain2 di bawah LindunganNYA hendaknya, AMIN.
Post a Comment