OK, tutup bab berduka lara ni, kita pegi ke cerita gembira je, mmg itupun hajat saya dari permulaan lembaran 2010 hingga selamanya. HOPEFULLY..AMIN.
Tanggal 26 Februari bersamaan Hari Jumaat malam Sabtu baru ni, salah seorang dari anak saudara yg 3 org yg telah mengikat tali pertunangan di pertengahan tahun 2009, HAFIZUL @ ACOI, telah pun menjadi orang pertama menjijakkan kaki ke pelamin sebangai pengantin baru. ALHAMDULILLAH.
Saya ke rumah abang di Bandar Tun Razak Ceras sehari sebelum berangkat ke Kuala Kurau Perak (tempat PAK LONG..). Anak saudara bertuah, dia tunggu saya datang walaupun dah larut malam ( pkl 12.00 mlm lebih) utk pakaikan inainya. Sambil tidur tu, habis terpalit inai kat tangan dia bersekali kat tangan saya pun.
Kesian, mak dah tak de, tumpang bermanja ngan mak saudara....tak pe, SAYANGGG ACOI.... majlis di sebelah kami pada 14hb Mac minggu depan. So, TUNGGUUU...Kad Jemputan akan menyusul........
Ada lagi dan lagi dan lagi cerita di sepanjang majlis pernikahan dan persandingan di sebelah pengantin perempuan selepas ini.............
senyum mesti..maintain ( mengantuk sebenarnya - maklumlah dah tengahmalam... pengantin selamba je tidur..)
10 comments:
salam buat tuan umah...
amboi beruntung la badan..pengantin dapat akak ANDAM yang klasss gitu...jari kaki tak inai ker..hehehe
Salam Pak Long, dia hulur gak kaki dia, tak pernah dibuat kat orang pengantin lelaki pakai inai sampai kaki...hehehe
salam kak
bestnye jd pengantin...hehehe
So Yusuf, what are U waiting for??? Jalann...hehehe
Salam Annie..
memang bertuah betul pengantin tu.. dia sedap2 tidur.. Annie pulak kena bersengkang mata memakaikan inai.. :)
saya kawin dulu tak de pun berinai .. ingat nak tumpang berinai juga bila anak kawin nanti !
Salam Kakcik, tak pe, utk anakanda tersayang, saya berkorban apa sahaja asalkan dia bahagia.
Abg AL, haaaa......jgn tak berinai bang, kompang booking kompang taman saya..heheheh(promosi..take advantage)
annie..bagus anak sedaranya...mau dia berinai...selalu yang lelaki tak mau berinai..
Kak Erna, dia siap bagi isyarat 2 jari sambil tutup mata tu...maknanya dia suruh bubuh kedua2 tangan..saya letak jelah..
Post a Comment