BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 17, 2009

TERJAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sehari sebelum tarikh ulangtahun pertama - 16. November 2009, 15. November 2009 (Ahad - 6.00 pm lebih kurang) kami buat terjahan ke asrama puteri SMVJ.  Saya, Norai dan Zie Duamin telah sepakat memberikan kejutan kepada junior kami yg selayaknya kami panggil anak sbb semuanya baya anak2 saya dah...

Terserempak dgn Cikgu Sani memberikan kesempatan emas kepada kami meminta keizinan dari dia agar membenarkan kami melawat dorm2 yg kami rindui. Terima kasih banyak2 kepada Cikgu Sani sbb memberikan kami peluang selama 5 minit utk kami melepaskan rindu kami.

Hmmmm, Zie apa lagi, laksana jurukamera profesional, mengambil gambar di setiap sudut. Anak2 tu pulak dgn sportingnya memberikan kerjasama dan sudi pulak pose sekali. Air mata saya bagaikan tak mampu utk diseka dari terus gugur, tapi cuba bertahan, tatkala menjengah ke Dorm C3 dan C6. Banyak sungguh perubahan yg dah dilakukan, tengah2 dorm telah disekat menjadikan bilik kelihatan sempit sedikit. Hujung bilik yg mengadap ke asrama putera (tiap2 tingkat) telah didindingkan. Menurut kata Cikgu Sani, nak mengelakkan dari bdk2 asrama puteri main mata ngan bdk2 asrama putera. Kahkahkahkah..............time kami dulu open je, tak de problem.

Surau dah bertukar ke tempat lain, kalau tak salah dah jadi bilik preb ( betul ke-lupa nak ambik catatan). Bilik air huhhh!!!!!!cantik, telah di pasang tiles penuh..Jeles betul!!

Sesuatu yg amat lain jika dibandingkan dgn tahun kami, kami tidak dibenarkan sama sekali oleh warden utk menggantung pakaian atau towel dibirai2 katil. Apatah lagi utk membawa kasut masuk ke dalam dorm. Selipar di luar dorm mesti berada dalam keadaan tersusun, ndak2 bila time nak tidur malam, klu tidak, esok pagi bangun tidur dipersilakanlah pergi mengutip selipar kat kawasan lapang depan asrama. Warden kami Cikgu Zabedah ngan Cikgu Adibah mmg tegas bab disiplin.

Tiap2 hujung minggu akan ada general cleaning. Pendek kata asrama puteri mmg wajib berada dlm keadaan bersih sentiasa. Bukan nak kata kami ni bagus sangat, ada gak kami 'menyepahkan' bilik, tapi keesokkan harinya pastikan semua clear sebelum 'amukkan tsunami' melanda...

Yelah, tahun silih berganti, masa merubah segalanya. Lain padang lain belalang. Yang pasti anak2 yg kami lawati semalam mmg cantik2 belaka, manis2, berbudi bahasa. Sejuk rasanya hati bila bersembang dgn diorang. Ada mungkin salah seorang dari mereka itu anak kepada kawan2 kita.....kannn...

WAHAI ANAK2 SEMUA, TERIMA KASIH BANYAK2 MEMBERIKAN KERJASAMA YG BAIK KEPADA MAK CIK2 (mak cik ke?- tak glamour lah) KEPADA AUNTIE2. TERUSKAN NILAI MURNI ANDA, JADILAH ANAK YG BAIK, KEPADA IBUBAPA, GURU DAN ORANG SEKELILING. GOOD LUCK FOR YOUR SPVM.

Cuma satu, kami memang tak bagus, tapi tak salah kan, mencedok sesuatu yg anak2 semua fikirkan baik yg ada pada kami utk dijadikan tauladan dan segala keaiban kami anda jadikan sempadan di ketika anda semua sekarang mencari2 arah. SEMUANYA BERMULA DARI KITA KAN....

Kepada Cikgu Sani, cikgu memang THE BEST!!!!! Garang tapi sporting !!!!!!!!! Dulu kami takut dan hormat pada cikgu, sekarang istilah takut tu tak de lagi, tapi kami masih menghormati cikgu - selama2nya. Dan takut telah bertukar kepada sahabat............. SELAMAT MAJU JAYA CIKGU....Kami tunggu 'duit' cikgu. HAHAHAHA............JANGAN MARAH, NANTI TAK HENSEM!!!!!!!!

2 comments:

LIZ said...

Nok, ampess je ko, poi berjalan tak ngajak2. Menonong je lalu dopan umah den. Ni nak marah amek2 niii.

annie said...

tak lalu dopan rmh kau, masuk simpang ke seri menanti yg pertamo, keluar simpang yg keduo..nak elak kono locut kek biaweh!!!!!!