BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 10, 2009

KETUPAT SOTONG @ SOTONG SUMBAT PULUT


Masa sembang2 kat rumah Sha datang seorang cikgu yg berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.  Biasalah org perempuan kan, bab masak2 mesti masuk punya dalam perbualan kami. So dia share lah resipi popular dari Kelate tu, sotong sumbat pulut.  Bunyi mcm sedap, one day nak cuba ngan Sha lah.

Secara ringkas ginilah resepinya (Sha, klu salah tolong betulkan).

1.    Beberapa ekor sotong
2.    Pulut
3.    Santan
4.    Gula merah/ gula pasir
5.    Halba
6.   Sedikit garam.
7.   Lidi

CARA :

Masukkan pulut ke dalam sotong yg telah dibersihkan. Sumbat dgn kepala sotong secara terbalik utk mengelakkan pulut dari terkeluar dan cucuk dgn lidi.

Masak bersama santan. Taburkan sedikit pulut (tujuannya utk memastikan samada pulut di dalam sotong sudah masak atau belum - masak pulut di luar, bermakna masak juga pulut yg di dalam sotong). Masukkan gula, ikut suka nak masukkan gula merah atau gula pasir. Masukkan juga halba (utk hilangkan rasa hanyir sotong kot) dan sedikit garam.

Tu je, nampak mudah kan. Tak pernah lagi rasa tapi dah banyak kali dengar resipi ni. Insyaallah, nak cuba gak buat. Kesian kami kan, org dah lepas ke bulan, kami masih di sini..Uhukkkk.......sodih!!!!

SELAMAT MENCUBA

6 comments:

BuLaN iTu aKu said...

adoiyaii.. rindu pulak pada masakan ibu

annie said...

APA LAGI, WEEKEND NI BALIK LAH KAMPUNG, MINTAK IBU MASAKKAN MAKANAN KEGEMARAN...YUMMYYY

rusli_zairin said...

fobia lak bilo dongar cik siti wan kombang nie.. yo laa.. baru lopeh kono lolah ngan abe wan kombang

annie said...

Iyo lah, kebetulan lak kan...kwn akak ni pun tak berapo setuju gak dgn diorng tu, kami bincang gak pasal isu ni ngan dio

Sha said...

salam:)
satu bahan lg yg tinggal, mana serainya. tu le lain kali salin bawa pen dan kertas. Tu yg tak khatam2 belajar.

annie said...

acik lupo..dah tuo