Monday, November 16, 2009
HAPPY 1st RE-UNION ANNIVERSARY
Hari ni 16 November 2009, genap setahun pertemuan semula kita (bekas pelajar tahun pertama SMVJ) selepas berpisah selama 25 tahun. Berpisah dalam keadaan kita semua masih bujang trang tang tang, berjumpa balik setelah kita bergelar isteri, ibu / suami,ayah. Semua dah ada tanggungjawab. Satu keadaan yg sungguh berbeza pada zahirnya, tapi hakikatnya kita masih sama seperti dulu. Bila dah berkumpul, seolah2 status bertukar ke alam persekolahan balik.
Saya pernah berbincang dgn kawan kita saudara Arman setahun yg lalu, beberapa hari sebelum reunion kita, yg kita akan menjadikan tarikh ini sebagai tarikh sambutan reunion kita setiap tahun, tapi disebabkan masing2 ada komitment sendiri makanya utk melaksana kan impian itu adalah sesuatu yg amat payah.Tapi Insyaallah, saya akan terus mencuba dari masa ke semasa agar kita dapat berkumpul semula seperti 15hb November 2008 dulu. Hanya saya pinta dari anda semua, jgn jemu memberikan kerjasama ..... INSYAALLAH..
Posted by annie at 6:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment