Hari ni hari pertama di Pendidikan Khas. Masa sampai pkl 7.00 pagi masih kosong lagi kelas ni. Murid baru 2 orang, yg perempuan saya kenal sangat sbb pernah jadi 'anak' saya masa di Prasekolah dulu. Ikutkan dia dah darjah 5 sekarang.
Yang lelaki dah 12 tahun umur dia. Agaknya faktor usia kot, hati saya cepat sgt tersentuh. Anak2 ni tak de kecacatan apa2, mereka slow learner sahaja. Klu tgk fizikal mmg nampak normal. Tapi masalah pembelajaran yg membuatkan mereka ditempatkan di sini.
NURFATIN AQMA, bukan main garang, silap je nak mengadu kat Uwan dia, adoiii..dgn saya - saya sekali dia ugut nak bagitau Uwan dia kalau kacau dia. Kelakar pulak, tapi cikgu diorang ada cara sendiri sebagai pendekatan utk memujuk anak dara sorang ni.
MUHAMMAD NUR IMAN, baik sangat, senyum je, sabar, senang bawak berunding, kontras sungguh dgn si Aqma.
Guru2 di Pendidikan Khas, Cikgu Nur Liyana ( kiri) dan Cikgu Mala- keluarga baru saya.
Sewaktu di kelas Kemahiran Hidup, tengah mengopek telur utk dibuat sandwich.
ALHAMDULILLAH, dapat saya sempurnakan tugas saya dgn sempurna di hari pertama ini. Mudah2an berterusan begini selagi saya di sini. AMIN.
8 comments:
salam...
moga terus berjaya dengan kerjaya annie....doaku moga appy selalu...nak sendwic cikit boleh..?
salam paklong, AMIN..
boleh, nganga ... saya suapkan, hahaha..
hope for the best and prepare for the worst !
semoga Allah memberi kemudahan kepada awak untuk menyempurnakan tugas yang mulia ini.
abg al, thank you so much, itu jugalah yg dimunajatkan.
**n3 sblum ni permohonan pinjaman kewangan dari bank AL-LAVENDARI, tak lulus lah..klu tak dah bagi hadiah basikal satu sorang kek budak2 tu dah..
banyak cabaran mengajar anak-anak macam ni. Semuga ani diberi kesabaran. Cewahhh... bagi nasihat pagi jumaat.
Semoga tempat baru memberi sinar buat cik gu dan juga anak2 murid.
Kak pah, mmg btul kak, bnyak cabaran nya, hari ni anak dara tu bawak saya main nyuruk2 belakang tiang..hikmah eh den buleh turunkan boghek badan, kott..
SMKPU(1), Insyaallah, t/kasih sudi singgah.
Post a Comment