Semalam - Ahad - 18.4.2010, saya kuatkan hati, tebalkan muka, brutalkan jiwa, REDAH AJEEE........
menyertai majlis reunion yg diorganisekan oleh Junior SMVJ/SMTJ (1987-88) di Royale Bintang Hotel SEREMBAN. Saya ke sana - solo je, kwn2 lain tak dapat datang, tak pe lah, saya hadir sebagai wakil pelajar sulung...
Satu yg menyentuh jiwa, dalam perjalanan ke destinasi yg dituju, saya melintasi Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said, Sikamat di mana tempat bersemadinya ALLAHYARHAM ACIK SPIN, kelihatan masih ramai lagi orang di situ, mungkin saudara terdekat arwah, masih belum berangkat pulang..AL-FATIHAH utk ACIK SPIN. Moga dipermudahkan segala urusannya di sana. AMIN..
Kedatangan saya disambut oleh cikgu Norman & organiser, Puan Sanora (saya tak pasti dia batch berapa)..mcm YB kau acik semalam, bersambut...
Cikgu Norman bersama isteri tersayang. Terima kasih cikgu, tolong tunggu saya..hehehe..Cikgu Norman start mengajar kat SMVJ tahun 1985. Kawan2 welding kenal lah ni....
Cikgu Siti (gambar baju maroon atas), masih cantik seperti dulu, tak banyak berubah, senang kenal dia.
***utk gambar yg lebih jelas, sila ke FB saya...
Insyaallah, saya sedang berusaha utk mengadakan perjumpaan sekali lagi sesama kita, doakan saya berjaya...
Dan atas bantuan kawan2 juga, INSYAALLAH...
6 comments:
annie..insyaallah..usaha murni annie itu akan diberkati dan berjaya bertemu semula dengan kawan2 dan cik gu2 yang banyak berjasa..
INSYAALLAH kak Erna...t/kasih
Wahhh....akak poei yo...ahakz...best tak...??
Jebateja, akak pegi gak, segan gak sbb sorang je, tapi sbb nak jumpa cikgu2, akak gagahkan je..bolehlah, tapi tenggelam lah dicelah keriuhan diorang, maklumlah tak de kawan, akak sembang ngan ustaz & cikgu2 je. Awak kat Indonesia lagi masa tu kan, ada gak akak tnya kat diorang pasal awak...
salam...
fuhh memang bahagia kan...terkonang nostalgia...
pak long, yess, teringat balik, rasa muda kembali sampai ke 25 tahun lampau...hehehe
Post a Comment