BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 24, 2010

APA KATA ANDA??

Tadi petang pegi makan2 ngan kawan (Liza & Sha) di DS. Kami decided nak makan satay tulang kat salah satu restoran yg ada kat situ. Dah nama satay tulang kan, maka tulanglah yg lebihnya dari daging, kesian anak Liza, terkial-kial gak dia nak makan.




Melihatkan anak dia yg susah payah nak makan tu, Liza pun order lah satay daging/ayam kat pelayan restoran. Pelayan cakap satay daging hanya akan dibakar selepas pukul 7 mlm...tapi dalam rak tu dah banyak nampaknya satay yg hanya menunggu utk dibakar.






Liza pesanlah 5 cucuk je utk anak dia, pelayan tetap kata tak boleh. Member dah lain macam terus arahkan pelayan tu panggil boss nya. Dalam nada sedikit merayu Liza mintak supaya diizinkan satay daging dibakar dalam 5 cucuk je, terlanjur tengah bakar satay tulang tu kan, apa salah selitkan 5 cucuk je kat celah2 tu. TETAPI, tokeh satay tu tetap TEGAR mempertahankan hanya akan mengambil pesanan utk satay daging selepas jam 7 mlm...


Apalagi, kawan pun naik angin, (tak nak campurrr.....saya ngan Sha hanya berdiam diri shj), keluar jugalah 'madah pujangga' dari mulut Liza, tapi boss tu selamba je muka dia.........


Mungkin hanya kerana 5 cucuk restorannya akan mengalami kerugian yg teramat utk hari ini kot...langsung tak kesian dgn budak...Tak pelah, pengajaran kepada kami bak sepatah kata Liza kepada tuan punya restoran tadi, pelanggan sepatutnya diberikan keutamaan dan ini adalah kunjungannya yg pertama dan terakhirnya ke situ....dan begitu jugalah yg akan saya lakukan kot..banyak tempat lain lagi utk makan2.

APA PERLUNYA SOMBONG DAN JATUH BANKRUPT KE ANDAI MENURUT KEHENDAK PELANGGAN UTK SEKALI INI????????????? TAK FAHAM LAH DGN PRINSIP SESETENGAH ORANG NI........



HHHMMMMMMM...........

10 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

..tk terkata..hehehe

annie said...

yusuf, speechless lah yea? hehehe

ibundo said...

tu namanya sombong bodoh. err.. bodoh sombong.. whatever la..
hehe.. takyah pegi lagi kat situ.

pak long said...

salam...
jenis toke angin tinggi....kalau pak long mau kena ayat hangin...

annie said...

kak pah, saya pun tak nak lagi pegi sana, cukuplah semalam 1st and the last....doa harap lepas ni dia jadi pandai peramah....(perkataan berlawan kpd bodoh sombong..)

annie said...

paklong, kwn saya dah ayat angin dah semalam, tinggal nak taufan je, tapi dia jenis nak cuba tongkat langit..itulah

Pn Kartini said...

Salam..:)
Geram duk baca citer akak niiii...
Lain kali tak yahh lahh g mkn kat situ lagi sis...ye lah..takpandai jaga hati pelanggan!!Sabor jek lah ekk..

Haliza Ujang said...

Bagi aku yang baru jadi penduduk seremban, aku nasihatkan penduduk seremban jangan tertipu dengan kelazatan satay tulang ni. Kalau satay sedap pun, dapat tokeh cam tu, satay pun rasa hampeh. Dah merata aku makan baik gerai, restauran, mau pun hotel sebagai pelanggan belum pernah permintaan aku tidak dilayan. Tapi semalam tu memang aku angin betul, kalau bukan kerana Sha & Annie dah lama aku angkat buntot blah .....

annie said...

Tinie, mmg tak sudi pun nak pegi lagi..harapnya dia tak ulang kesombongan dia ni kat customer lain.

annie said...

LIZA, lopeh ni kito makan kek tompek lain lak yo..babai lah that kodai makan..