BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 6, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Mungkin terlalu awal utk saya membingkiskan ucapan SELAMAT HARI RAYA buat anda semua. Tapi rasanya sepanjang berblog dah banyak kata2 saya yg dah terlepas yg mungkin mengguris hati kalian. Satu yg pasti yg saya nak kawan2 tau, sekelumit pun tak de niat di hati utk menyakitkan hati sapa2, tujuan saya hanya ingin memanjangkan ikatan persahabatan dan moga blog yg tak seindah mana ini mampu mendekatkan hati kita w/pun kita terpisah oleh jarak dan masa. Niat yg lahir dari hati saya ikhlas dan tulus buat anda semua. Sayang dan kasih dari hati dan saya zahirkan di dada blog ini.

So, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, AMPUN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI, kiranya selama kita berkawan selama hampir 25 thn ini saya ada melakukan kesalahan secara sedar atau tidak, samada keakraban kita itu mmg dah sedia terjalin sejak 1984 lagi ataupun baru sahaja rapat semenjak pertemuan kita baru2 ini. Pada adik2 junior SMVJ/SMTJ, JEBATEJA dan sesiapa shj, JOE, ANAK LAUT, akak pun mohon maaf ya...Rasanya bagaikan kita saling kenal dan seperti bersaudara. Ada kesempatan dan kelapangan, jemput dtg rumah ya.
Yg pulang ke kampung di K.PILAH, BAHAU, PALONG atau mana2 shj destinasi ataupun kembali semula ke kediaman masing2 mcm ke KELANG, SUBANG, SHAH ALAM, NILAI, KAJANG, BANGI or mana2 shj yg tentu2nya jalan kat depan GIANT SENAWANG tu adalah laluan utamanya, jemput singgah rumah. Dah dekat sgt dah tu. Kwn2 lain pun....yg boleh dikira dgn jari berapa kali lalu kat jalan tu pun dialu-alukan kedatangan anda, apatah lagi yg bermastautin dekat2 Seremban ni....lagi lah.....


************* SELAMAT HARI RAYA AIDL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN dariku insan hina lagi naif *************

0 comments: