ASSALAMUALAIKUM, Sorry lambat reply komen kawan2 dan cikgu2, saya ke Kajang (rumah anak saudara), ada majlis tahlil dan doa selamat sempena dia berpindah ke rumah baru. Bermalam di situ dan malam tadi kami beransur-ansur membungkus jajan utk diagihkan kepada tetamu yg datang pada hari kenduri perkahwinan anak saudara (adik tuan rumah) saya yg akan berlangsung pada 14 Mac nanti.
Kesian pada anak saudara saya ni, dia dah kehilangan bonda tersayang pada awal tahun 2008 dulu, so, sebagai saudara rapat, saya dengan sukarelanya menghulurkan tangan membantu menguruskan apa yg patut utk majlis tu nanti.
Bakal pengantin (lelaki) pun turun padang...
Mak sedara pengganti bonda (ayahnya abang saya)...
Insyaallah, nanti akan saya masukkan kad jemputan perkahwinan anak saudara saya ini di sini..
10 comments:
k ann,
seronoknya mengendalikan kenduri-kendara.. saya pun suka gak sempit2kan diri buat kerja gitu... almaklum... adik2 x ramai..mana sdara2 yg buat kenduri tu mesti sy nak ada...hihi..
bila jadi pengganti ibu ni.. berat tanggungjawab tu..mudahan majlis itu berjalan lancar hendaknya.
Insyaallah izan, harapnya begitulah, berjalan dgn lancar. Penat, tapi seronok, ahli keluarga dah bertambah lagi..
alhamdulillah..ada mak sedara yang prihatin macam annie..
Insyaallah Kak Erna, saya mmg rapat dgn sume anak sedara, mudah2an dia orang tak lupa kat saya dan sayang saya sama spt saya sayang dia orang.
salam..
apa khabar ..
lama tak menjengah ekk..
waahh...busynye dia..
hehe..apa pun..moga bahagia dan ceria selalu hendaknyee..
Amy, w/salam, sihat Alhamdulillah. Haah dah start busy time dah ni..Sampai bulan 6, hopefully semuanya berjalan lancar. T/kasih sbb singgah.
salam..
pak long mendoakan moga terus mendapat keberkataan dengan apa yang dilakukan..
Terima kasih banyak Pak Long.
bagus2!
nnti ajak kitowg sume ek!
Ghostone, mmg akak akan ajak, jgn tak datang udah !!
Post a Comment