BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 20, 2009

KASIHNYA IBU

Sewaktu bersantai di tepi pantai Port Dickson tadi, sementara suami sibuk melayan anak2 mandi-manda, saya ralit memerhatikan seorang ibu muda sedang asyik mengipas anak kecilnya yg lena tidur di dalam buaian. Ada snap gambar dia tapi rasa tak manis pulak nak disiarkan di sini tanpa kebenaran..


Mulanya ibu dan anak ini berehat di dalam khemah kecil yg didirikan oleh si ayah. Tetapi 2 org pegawai Majlis Daerah Port Dickson telah datang menegur dgn cara lembut dan berhemah supaya membuka semula khemah tersebut kerana tidak dibenarkan didirikan khemah di situ. Saya tabik pegawai2 ni kerana cara mereka memberikan teguran tidak mengguris hati langsung. SYABAS MAJLIS DAERAH PORT DICKSON !!!



Apa yg ingin saya kongsikan di sini adalah, betapa setia dan kasihnya ibu kepada si anak sampaikan padanya tiada keluh kesah, kepenatan, kegusaran, kepayahan dan segala macam rungutan yg terbit di benak tatkala melayan anak2. Saya jadi sebak tiba2 (ntah kenapa bila dah makin 'remaja' ni hati cepat tersentuh).



Hampir satu jam juga saya leka memerhatikan ibu tersebut dan dalam sejam tu jugalah tangannya tak pernah berhenti walau sekejap mengipaskan anak di buaian. Pada ibu, jgn ada seekor nyamuk pun cuba2 nak menggigit anak, jgn ada seekor ulat pun merangkak di tubuh anak. Jangan ada rasa panas pun meresahi tidur anak... JANGAN !!!!!!


Lena si manja di dalam buaian, tak terganggu langsung mimpinya, tak sedar apa berlaku di sekelilingnya......
Jauhhhhh di sudut hati saya terukir impian, HARAP nya anak2 saya dan anak2 ibu muda tadi jua anak2 kita semua takkan benarkan juga apa2 halangan mengganggu mimpi kita, setia menghalau nyamuk yg cuba menggigit lengan kita, dan nyanyikan lagu  TIDURLAH PERMAISURI untuk kita.



ANAK ITU AMANAH ALLAH KAN, JADI SEWAJARNYA LAH MEREKA MENDAPAT LAYANAN YG ISTIMEWA DARI KITA - IBU YG MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN MEREKA. 

6 comments:

Pn Kartini said...

Kasihnnya Ibu dibawa Ke Syurga..:):)
Tetiba pula..teringat jgk kat makbonda ni...aduhai..

annie said...

Syahdu Tinie kan.... esok2 bila anak2 dah besar2, dah ada kehidupan sendiri kita akan rasa gak apa yg mak kita rasa sekarang, bila anak2 yg dihayun buaiannya dgn kasih sayang tak balik jenguk dia di kampung....

NaTRaSHa said...

Induk..best nyo laa hai...dah lamo tak berkelah ramai2 mcm dolu2 kan....bilo laa saat2 tu dpt diulang semula........sob sob...

annie said...

haah kan, dr adik2 kocik2, sampai kak lang dah nak kawin, tak yo lopeh2. Dah sumo bekumpul kek sini ado yo halangan eh, dulu maso ok masing2 duduk jauh2 lak. Insyaallah, ado rezeki esok tu kan.

Kakcik Seroja said...

......... dan sewajarnya juga bila anak itu dewasa nanti dan punya kehidupan sendiri, janganlah sewenang2nya melukai hati sang ibu......

(InsyaAllah, kakcik akan berada di PD pd 24 & 25/12 nanti)

annie said...

Insyaallah, mudah2an begitu lah hendaknya anak2 kita kan.

La, saya terawal seminggu lah ni, klu tak dapat kita jumpa kan. Tak pe, lain kali kot..