ALLAHUAKHBAR......Maha Besar Allah
Tengah leka dok mengupdate blog yg dah lama sepi ni, suddenly kawan kita Cikgu Sulaiman called. Dia tanya nak cakap ngan cikgu kita tak, memangggg lah nak sangat kan. GUESS WHO???
Haaa.. tu dia, ayahanda kita yg tercinta, USTAZ YUNUS berinteraksi dgn saya melalui talipon. Lama kami sembang. Dari tonasi suara ustaz jelas menunjukkan bahawa beliau dah semakin sihat, bunyi ceria je...
Kuat mengusik, macam dulu gak...mengekek gak lah gelak saya. ALHAMDULILLAH.
Rupanya, ustaz selalu datang ke sekolah tempat saya bekerja, saya je yg tak tahu. Sampai hati ustaz tak datang kat Prasekolah jumpa saya kan..... Tapi tak pe, rezeki pasti ada ustaz kan, nanti mesti jumpa klu dah itu janjiNYA..betul tak ustaz???
Kepada Ustaz Yunus, terima kasih sudi berbual dgn saya, sedangkan siapa lah saya ni dulu kalau nak dibandingkan dgn kawan2 lain. Tapi bila ustaz kata masih ingat kat saya tu..buat kan air mata saya menitik ustaz. SAYA TERHARU....
MOGA ALLAH SEMBUHKAN USTAZ SEPENUHNYA DAN DAPAT KEMBALI BERTEMU KAMI , BEKAS MURID2 USTAZ DENGAN KEADAAN KESIHATAN YG BAIK DAN CERIA SECERIA USTAZ YG KAMI KENAL 25 TAHUN DAHULU. AMINNNN
30 comments:
Ustat ni dulu gemuk kan kak....lain bonar nampaknyer...
Haah, bulat badan eh... tu yg terperanjat masa jumpa tu ari, tapi sekarang dah beransur pulih..
sampaikan salam saya if you are lucky the next time....
ustaz kawan baik saya gak dulu...
Insyaallah, cikgu boleh call dia, nanti saya cuba dapatkan no tlpon dia dari Sulaiman. Insyaallah
saya x kenal ustaz yunus, tapi saya juga turut doakan agar ustaz segera sihat spt sediakala.
Insyaallah, terima kasih banyak2 en al-lavendari
salam...
masih ingat akan ustaz yunus...bila terbaca akan cita yg induk tulis terkenang2 akan kelakunya terutama mulutnya yg bising....sumuga ia akan cepat sembuh dan sihat seadanya...amin..
salam dan doa untuk ustaz yunus semoga Allah setiap hari melimpahkan rahmat untk beliau dan keluarga.
AMINNN
Assalamualaikum..trime kasih kepada semua yg telah menghantar simpati terutama annie yg telah memulakan cerita saya di blog ini..kini saya alhamdulillah sudah beransur pulih hanya bacaan darah masih kurang..subuh pagi semalam saya jatuh motor di masjid..semua orang hairan kerana enjin moto belum dihidupkan saya telah jatuh terlentang..mei 2007, saya dimasukkan ke hospital seremban dan disyakki sakit buah pinggang yang masih boleh control..tp dr. nasihatkan jangan pengsan..28.06.2007 saya hantar anak saya ke uitm sarawa..saya keletihan di LCCT kerana terpaksa berjalan 1km ke air asia..di sarawak saya pengsan..balik ke semenanjung dr. klinik peribadi suruh untuk dimasukkan di hospital mewar seremban..saya tidak bermaya masa tu..isteri saya sudah bacakan saya yassin di wad kerana saya seolah seperti orang yang hendak BERPERGIAN..sayatidak tahu apa yg dr. lakukan..tp berat saya 01.07.2007 88kg..03.07.2007 52kg..turun 36kg dalam masa 3 hari..kulit yang tegang menjadi kendur dan berkedut wajah saya lebih tua dari umur sebenar..10 hari di mawar saya kluar wad dan diberi cuti 6 bulan..trima kasih kepada jeBateja, anita, sallih,al-lavendari walaupun x knal saya juga norman rakan sepermainan tenis..trima kasih skali lagi..jumpa lagi dilain waktu dan kita berbual lagi
SUBHANALLAH...USTAZ, klu saya tau ustaz dimasukkan ke hospital Seremban dgn Hospital Mawar, saya tak kan bagi alasan utk tidak pergi melawat ustaz. Insyaallah, selepas ini saya tak kan mungkir memasukkan nama ustaz ke dalam setiap doa saya mudah2an ustaz sembuh. Hanya simpati dan doa yg mampu saya hulurkan ustaz. Moga ustaz terus diberikan kekuatan dan terus tabah mendepani dugaanNYA...
SUBHANALLAH
raso sungguh sodeh bila baco cerito ustaz nie yolah dalam gambar tengok osah tak konal den do maghin tu ustaz nie gomok eh sekarang dah kurus tol,apo pun saya doakan ustaz biarla copek baik macam sebolom nie,marila kito semuo anak murid ustaz jangan lupo mendoakan guru kito setiap hari sama macam kito doakan mak abah kito setiap habih semayang supaya diborikan kesejahteraan di dunia dan akhirat Amen
Btul ckp Salleh, apa sangat lah sumbangan kita ni klu nak dibandingkan dgn jasa ustaz mencurahkan ilmu kat kita. Memang tak berbaloi klu diikutkan, tapi sebagai murid, selain drpd ibubapa, guru2 kita mmg org2 yg mendapat hak dari kita utk mendoakan kesejahteraan mereka.
Moga kehadiran kita sedikit sebanyak dapat memberikan semangat dan perangsang kepada ustaz utk terus berjuang melawan penyakit ustaz. AMIN
Salam Ustaz....(Puan moderator mintak laluan)
Apakahabar Ustaz;harap ustaz kini bertambah pulih...saya doakan..
Alhamdullilah ustaz berkat usaha Annie ni dapat lah saya mengenang kembali zaman zaman dulu yang penuh nostalgia waktu bujang bujang di Juasseh,dapat juga berjumpa ustaz kat sini...
Akhir sekali ke sana 2000 atau 2001..dengar cerita ustaz dah naik pangkat jadi guru besar.di mana ustaz bertugas sekarang?
2007 dah 2 tahun berlalu..saya doakan ustaz sentiasa tabah dan sabar menghadapi cabaran penyakit itu...
Wassallam
Saya doakan ustaz
assalamualaikum
kepada semua bekas pelajar saya smv
Ampangan 1979-1983 dan smv Juasseh 1984-1996. Termkasih atas ingatan semua.Juga pada Norman 3 x aku ekau kek Pengkalan Balak masa aku mesyuarat di sana x jumpo pun
Maaf sebenarnya saya sakit tahun lepas 2008 bukan 2007, maaf.
Sakit tahun lepas juga ada hikmahnya. Ramai rakan sepersekolahan di Kolej Islam Kelang 1972-75 dulu dtg ziarah. Nostalgia masa belajar dinukil kembali. Kebanyakan dia orang dah berjawatan tinggi dan duduk di Putra Jaya dan di KL. Tq sekali lagi pada Dato' Osman Desa, Dato' Hasbullah Mat Isa' Datuk Anan Muhamad, Dato' Prof Dr Salam Abdullah dan isteri Datin Rahmah dan beberaparakan lagi yang sudi ziarah di HTJ dan Mawar.
Tq juga kepada semua bekas pelajar yang sudi ziarah saya di Mawar Bahau 25.Jun 2009. Terlalu gembira rasanya hingga x dapat menyembunyikan airmata. Tq sekali lagi walau kelian x dibenarkan masuk beramai kelian masuk jugak. Memang terharu walau kelian ramai yg menyuruh meneka nama mereka dan ada yg ingat dan dah lupa nama mungkin terasa hati. maaf. kerana ada yang dah berubah wajah. Ada yang menghulurkan sedikit ongkos sebanarnya bukan itu yang saya pinta, kehadiran kelian amat menggembirakan dan saya rasakan penyakit saya telah sembuh sesembuhnya. Biala kelian sudah beredar ramai yang bertanya siapa kelian semua. Dengan bangga dan megahnya saya menyatakan mereka semua adalah bekas-bekas anak murid saya. Ramai yang bertanya saya ni cikgu ke sebab selama ini saya nyatakan saya ni kerja kampung biasa. Tq sekali lagi terasa hidup saya ini bermaya dan bermakna walau bila sakit saya rasa kegelapan Kirim salam pada rakan yang lain.Sekian dulu utk sementara waktu. Tq pada annie kerana sudi beri laluan gunakan blog ni.Saya nak ke masjid semayang jenazah ahli kariah meninggal.
Assalamualaikum ustaz..
Maaf ustaz, bukan 25Jun tapi 27Jun. Mmg tak sangka dapat jumpa ustaz hari tu, kebetulan kami mkn dekat2 situ, Sulaiman tlpon ustaz utk pastikan ustaz kat mana waktu tu (tak pasti sbnarnya dia tlpon ustaz ke atau keluarga ustaz), dan kami terus setuju bila dipelawa melawat ustaz.
Ustaz boleh gunakan blog saya ni utk berkongsi cerita bila2 masa shj, tiada menjadi kesalahan langsung kepada saya. Kami juga nak tau perkembangan ustaz dari masa ke semasa. Cuma ustaz jgn jemu dah lah.
Terima kasih banyak2 sbb sudi berkunjung ke 'rumah' saya yg tak seberapa ini....
ayo sodih tol den baco kisah ustaz yunus nie.harap ustaz bebanyak besabarla yo,tonangkan fikiran,dan InshaAllah didoakan semoga ustaz sihat macam biaso.kepado kekawan semuo jagola kesihatan,poiela check kek sepital untuk pencegahan awal tapi kalau sakit gak.. apo nak buek dah ketentuan dari Allah dan usoholah begubek.dan kepado kekawan yang isap rokok tu den nasihatkan bogontilah sekarang nie sempono maal hijrah nie... ha ha mcm ustaz lak den becakap nie yo...tapi iyo janganlah di isap yo polongan tu tak do faedahnyo,tengok kek kotak rokok tu dah la kalau tak paham yo tak taula den nak cakap apo...ingat tak maghin kek sekolah sapo kono isap curut ponoh semulut ha ha... tak do joran nyo,isap yo laie sempono maal hijrah 1431 nie marila kito buangkan,berhijrah,daripado perbuatan yang tak elok kepado yang elok begontilah isap rokok,dan kepado anak anak den jangan lah cubo cubo nak isap rokok sobab tak do faedahnyo dan penyakit yang dapek...salam maal hijrah 1431
assalamualaikumwbh
kepada semua terutama pelajar SMV/SMT Juasseh.
Gembira bila mendengar berita kelian yang sudah berjaya.Nostalgia laman bermain dikepala. 1/1/1984 kami 12 tenaga pengajar Cikgu Ali mm, Cikgu apak auto, cikgu Sani Kimpalan. Cikgu Salim PPU,Cikgu Bedah & Adibah perdagangan,Cikgu Zakiah BM,Chan Kau Chai Sains, Cikgu Marzuki BI,En. Lim eletrik. Cikgu Ahmad Eletronik,Cikgu Zainudin Auto.Cikgu Rahman perdagangan.
6 bulan lamanya kami tiada pelajar kerana smv belum dibekalkan letrik. Kami bergilir jadi pengetua. Pagi-pagi kami gotong royong sapu berak kambing, lepas tu main badminton. Bila ada orang datang nak mohon masuk belajar kami gilir-gilir temuduga. Kami ngat lagi smvj masa itu gondol x ada pun sebatang kayu atau bunga hanya bangunan & tanah merah. Kami kumpul duit beli bunga dan tanam pkok. Masih tinggal kini pokok rhu(krismas)menghala ke asrama yang lain banyak dah dibuang/tebang. Pokok kelapa yang banyak kami tanam dikeliling padang pun dibuang atas arahan sorang pengetua tu, alasan buahnya pekerja saja yang ambil orang lain tak merasa, sedihnya pengetua tu berfikiran demikian. syak wasyangkanya terlebih sangat, apa nak buat dia ada power. Jun 1984 baru pelajar masuk 120 orang ikuti 6 kursus.
Pelajar yang masuk kebanyakannya ceria kerana tiada yang senior.Mereka kumpulaan pertama. Kelengkapan masih belum cukup. Makmal sain hanya ada meja dan paip begitu juga bengkel peralatan masih kurang. Kami mengajar mengikut jadual yang x tetap Tapi kami seronok. Ramai orn luar menaggap SMVJ tu banguan Kilang bukan sekolah kerana tiada signboard. Kami gilir-gilir jadi JAGA kerana tiada pak guard. Kebanyakan pelajar datang jauh, Triang, Cemomoi, Sban, KL. Setiap nak cuti saya seronok booking bas epress bawa pelajar balik ke KL/Sban. Pelajar kawasan berhampiran kurang.
Rakan yang masih tinggal hanya Cikgu Sani. x muak-muak jadi waden. garangnya masih macam tu jugak
Seronok Nostalgia SMVJ bermain dikepala mengenangkan juga beberapa rakan yang dah pergi dulu. Cikgu Zainal Abidin Saari eletronik, meninggal oktober lepas, Cikgu Zainol BB 2 tahun lepas dan beberapa orang yg sudah pencen. Tq jumpa lagi. Tq sekali lagi pelawaan annie gunakanna 'terataknya' untuk bercerita. 013-2734863
HAAA...dongar nasihat ustaz Salleh tu kawan2..hehehe... Banyak btul eh apo yg Salleh ckp. Pado saya bakar duit yo namo eh hisap rokok tu. Kojo siang malam songkang mato, lopeh tu bakar balik. Rugi..nasib baik cik abang kek rumah tu tak hisap rokok. Alhamdulillah. Terima kasih, nak yo kau singgah kek 'rumah' usang den ni Salleh. Jgn jomu, dtg lagi yo.
USTAZ, ingat ustaz sume tu lagi kan. Lagi nostalgik rupanya. Kami murid2 first batch ni datang2 tau dah start belajar je, tapi usaha ustaz dan cikgu2 lain yg nak menghidupkan sekolah tu lagi lah sentimental dia punya value kan ustaz. Molek sungguh klu kita dapat berkumpul balik ustaz, dpat sama2 duduk bercerita sambil menyingkap kenangan2 indah ni satu persatu. Saya rasa dalam gelak yg tak kunjung stop, pasti ada yg mengalirkan air mata kan.
Sesekali lalu depan sekolah time balik kg, nampak banyak na yg dah berubah sekolah kita tu, tapi secara peribadi pada saya, walau pun serba kekurangan zaman kita dulu tapi itulah yg paling indah sekali. Tak mampu utk saya luputkan dari ingatan-selamanya.
JANGAN JEMU, SINGGAH LAGI USTAZ DAN CIKGU2 LAIN PUN (klu ada yg terjumpa blog ni), APATAH LAGI RAKAN2 SEKULIAH YG TERSAYANG....
**** ADIOS ****
Syukur alhamdulillah buat ustaz kerana semakin pulih juga ceria...dan suka saya berkongsi kata2 ini;
Hidup ini tidak lepas dari cubaan dan ujian, bahkan cubaan dan ujian merupakan sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan perkara yang tidak disukainya dan pula pada perkara yang menyenangkannya. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Al Anbiyaa’: 35). Sahabat Ibnu ‘Abbas -yang diberi keluasan ilmu dalam tafsir Al Qur’an- menafsirkan ayat ini: “Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesehatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan”. (Tafsir Ibnu Jarir). Dari ayat ini, kita tahu bahawa berbagai macam penyakit juga merupakan bahagian dari cubaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Namun di balik cubaan ini, terdapat berbagai rahsia dan hikmah yang tidak dapat difikirkan oleh akal manusia.(At-tauhid III)
Semoga kita sentiasa bersabar dengan dugaan NYA
Tima kasih annie gunakan blog ni.
Terima kasih juga kpd yang melayari blog ini. Bukan saya tak mahu buka blog sendiri tapi takut tiada siapa yang mahu singgah hanya saya sorang aje yang melayan perasaan.
Dimana lagi rakan yang lain. Semasa di SMV saya ini seorang yang pemurah (he he perasan). Setiap tahun ada saja yang saya bantu samada bayaran asrama, pepriksaan, duit harian. Saya tak boleh dengar pelajar yang tak larat membayar apa saja sebab saya terkenangkan masa hidup saya yang juga susah. Dr. 4 lagi saya dah belajar menoreh dgn upahan 30 sen masa itu. kalau boss tengok saya menoreh ada yang luka batang getah tu tolah upah sebatang 5 sen. Pernah boss tak bagi lansung upah kerana banyak torehan saya yang luka. Jadi minggu tu tiadalah belanja saya ke sekolah. Dari tahun 1979-1996 ada lebih 53 orang yang saya bantu. Saya masih ingat lagi nama-nama tu. Mana kelian sekarang ni. Tak ade seorang pun yang menghantar berita. Saya bukannya mahu duit yang telah saya bagi kelian cukup sekadar bertia. Sekali lagi saya nyatakan dimana kelian yang telah saya bantu tadi. Mana perginya Zaidi,Syam,Siti Hawa dan beberapa lagi x payah saya sebut. Mungkian kelian dah terlalu berjaya. Sedihnya apabila saya ada jumpa serkali seorang dari kalian, memang saya cam rupa dan nama saya tegur. Malu saya sebab tuan angguk malas saja sedih saya menegur. Mungkin dia ingatkan naj duit saya dikembalikan. Saya tak minta. Bukan pelajar saha kalangan guru pun ramai yang menngadu susah sya bantu setakat terdaya. Ada eorang tu mohon bantuan 4 angka. Saya terpaksa keluarkan duit kad kredit kerana tak cukup. Janji nak bayar. Satu sen pun x dapat. Cikgu Norman pun saya rasa tahu hal ini. Kelian yang lain mungkin tak tahu kerana setiap yang saya bantu saya dah pesan diam jangan bising. Itu sebab bila kelian ziarah dan melayari blon ini saya terlalu terharu.
Waalaikumsalam ustaz.
Tak pe lah ustaz, tak sume org sukakan kita dan tak sume org mcm kita. Kdg2 keikhlasan kita disalah ertikan, kejujuran kita diputar belitkan. Hanya Allah yg tahu segala2nya ustaz kan....
Pegangan saya mudah je ustaz, klu kita buat baik dan ikhlas dgn org, maka baik dan ikhlas lah imbuhan yg akan kita dapat dari Allah swt...cuma lambat cepatnya sahaja yg kita tak tau. Betul tak ustaz?
Maafkan saya, bukan nak mengajar ustaz, siapalah saya utk ke arah itu, tapi sbgai manusia tak salah kan kita berkongsi pendapat. Semoga ustaz tabah dgn sume dugaan itu. AMIN.
salam ustaz,
Saya mohon maaf belum ada kesempatan untuk ziarah ustaz walaupun selalu balik dan lalu dopan umah,alasan yang kukuh ialah
1)tak tau ustaz duduk kek mano,
2)sekarang baru tau dah duo tigo bulan melalui ani tapi maso tu terdosak bonar,
3)InshaAllah saya akan cari bilo saya balik ziarah omak nanti yo,dan harap saya bukanlah orang yang angguk sajo tu bilo ustaz sapa tu,harap bukan saya.
4)menyesal tak pinjam duit ustaz he he
tak sangko ustaz pandai menoreh ha ha,pengalaman menoreh ada dalam sejarah hidup saya juga,ingat ustaz sorang yo ko pandai motong ha ha,untuk membantu abah dan omak, saya menoreh tapi pada hari sabtu ahad dan cuti sekolah,takla seterok macam ustaz ha ha,saya juga dulu mejaja jagung rebus dan menjual sayur hasil daripada tanaman saya sendiri.dengan duit itula buat beli buku,belanja sekolah,dan lain lain keperluan.ada kawan selalu beli jagung rebus saya namo dio sapo eh??,dan masa di smvj saya jual mee bungkus,anwar tolong jualkan dia dapat satu mee free ha ha tq nuar.
kerja kerja kampung tu semua saya masih ingat dan InshaAllah masih boleh buat lagi walaupun dah hampir 25 tahun ditinggalkan kini hanya dalam ingatan
bila teringatkan kembali saya merasa betapa Allah itu maha pemurah,maha mendengar segala rintihan hati kecil saya,saya tak mahu mewarisi kesusahan omak dan abah bermandi peloh pagi menoreh potang kesawah mencari rezeki untuk menyara keluarga, kepada anak-anak dan teman teman semua ikhlaskanlah hati dalam membantu ibu dan ayah serta mertua (yg dah kawin)hormatilah sayangilah... InshaAllah... Allah akan bantu anda diketika anda di dalam kesusahan,percaya dan yakinlah...
Dah tau, esok2 ado rezeki kito pogi lawat ustaz samo2 yo Salleh, ajak kwn yg duduk dokek2 situ sekali. Insyaallah
Pada semua kelian uang lain, jengah-jengahlah rumah induk ni untuk kita bersama bersembang. x marah induk kan?
Terlalu gembira mendengar anak murid yang dah berjaya, kalau kurang berjaya pun bahgia dalam hidup bersaama keluarga dan anak-anak. Sedih bila mendengar mereka yang mata cengkung badan melengkung, alahai penyakit buatan sendiri. Nasihat Us Salleh jangan merokok banyak baiknya begitu juga ust lynn minta banyak bersabar. tq. Sehari selepas kelian menziarahi saya di Mawar Bahau, Taufik datang ke rumah bersama abang iparnra. Abang iparnya tanya kenal tak siapa yang bersama. Saya cuba meneka x juga berjaya. Saya ingatkan tukang jual ubat sbb bila saya sakit ramai sangat yang datang perkenalkan bermacam produk krsihatan, Naik letih melayan dia orang.Bukan x nak beli tapi ada juga yg x serasi. Bila abg ipar nyatakan yang bersamanya Taufik adik iparnya saya jerit isteri saya kenal tak,sebab taufik juga anak murid sebelum kesmvj. mak bulat ee muka hitam mana nak kenal lagi. dia dtg sebab dengar ramai kawan yang datang tapi dia x sempat bersama. Salleh nak dtg pun ok, tapi selalunya saya jarang ada drumah cuti sekolah. sabtu saya delisis.ahad jumpa anak-anak diasrama. Kini saya bersama isteri saya shj dirumah bersama mertua lelaki. Selalunya kalau nak kemana-mana bila mkita sosak atau sosek shj. calllah dulu. Spt salleh saya memang susah kecil-kecil dulu. menoreh, kesawah. Saya lebih pandai mengubah padi disawah dari org perempuan. Masa saya di smvj kerana kg dekat. petang-petang saya balik kg menoreh. sekian dulu kali ini jumpa lagi.
INSYAALLAH Ustaz, klu tak do apo hal saya dtg dgn kwn2 yg ada kelapangan rumah ustaz tapi tak berani bagi tarikh lagi lah, apo2 pun saya akan call ustaz dulu. Jaga diri ustaz yo, jgn coleh makan ubek...Kami doakan ustaz kuat. amin
Salam ustaz ...wah...rajin ustaz tulis..boleh lah buat blog sendiri..pasti ramai nanti yang follow..
Ustaz buat jer..kemudian nanti link ngan blog induk..macammanapun kalau ustaz terus di blog induk nih tulis lah kat entry dia yang terkini...sonang nak follow..
iNNALILLAH HI WA INNA LILLAH HI ROJIUHN...
Arjuna last den jumpo di SMT Sg Buloh 2004/5(kebetulan org rumah ada hal kek pokan tuh)
Zainol last sekali kat kahwin Kidir
OK stad semoga ceria ceria sokmo...
Ada jodoh kito jumpo...den pun samo sibuk cam stad gak...walau camno pun kito boleh bertuka crito di "maya" ini ,
thanks induk
you are most welcome Cikgu....please come again
assalamualaikum semua. Jumpa lagi. Dah 10 hari saya tak singgah diblog ini. sebenarnya 26/12/09 saya masuk wad wamar sban menjalani pembedahab 'Fistullar kalike 3. Kalau x buat semasa delisis mesin cuci bermasaalah dan darah x bersih sepenunya dicuci. Jam 8 pagi diminta ada dwad. Jam 5 baru dr datang. jam 6 masuk bilik bedah hgga jam 10 malam. Ingatkan sekejap aje.
Persalinan x bawa terutama baju tebal. kesejukan. malam tu jam 11 saya terus minta keluar wad. x tahan.
Hingga kini x bermaya.Tidur saja.Besuk nak kerja. entahlah.
Tahniah induk anak dah nak ke SMK.Begitu juga yang lain semoga tahun baru akan memberikan lebih kebahgiaan pada semua insyallah.
Salam Ustaz, lepas ni klu ustaz masuk hospital Mawar bagitau lah saya, boleh saya pegi melawat dgn kwn2. Ni no talipon saya, 0132499492. Klu ustaz ada apa2 hal yg nak mintak saya tolong, talipon/sms saja saya ya, Insyaallah akan saya bantu semampu saya. Harap ustaz dah semakin kuat dan mudah2an 2010 ini akan memberikan sinar baru kepada ustaz dan keluarga.
Lagi satu, lepas ni ustaz bagi komen kat entry saya yg terkini ya, senang cikgu dan kawan2 nak cari dan baca, Insyaallah.
Pastikan ustaz rehat dgn cukup dan ikut nasihat doktor..Kami sentiasa doakan kesihatan ustaz.
Post a Comment