BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 11, 2010

PELAMIN ANGANKU KU MUSNAH..KAHKAHKAHKAH...

Sajo buek gempak sikit, tajuk tak beragak!!!!

Suddenly, I fall in love with him, hahahahahha.....nak mampuih apo, anak buah kau tu kan!!!

Sajalah, don't get me wrong, nak gelak2 bodoh je.

Semalam (10. April) selesai kenduri bersanding anak bongsu abang saya kat sebelah kami di Tmn Tuanku Jaafar Seremban. Majlis berlangsung dgn sederhana, meriah dan sempurna. ALHAMDULILLAH. Ramai sedara mara yg datang, tempat pertemuan semula sedara yg dah lama tak bertemu, mcm jejak kasih pun ada gak semalan. BEST !!




Bergambar bersama ibu saudara kesayangan adalah suatu kemestian. Kakak dia mmg jeles tgk den ambik gambar ngan adik eh, nak enter frame yo...

sempat meninjau persiapan hidangan utk pengantin di dapur. Tak sanggup nak makan betik ngan tembikai tu..cantik sungguh. Udang..yummy......rasa nak terkammmm........

Pengantin bergambar bersama mak sedara lagi sorang dan suami,(kakak saya lah tu).

Mak dan ayah pengantin.

Sama cantik sama padan....
** sila abaikan pemandangan di belakang pengantin**


Ada lagi, cerita tol, lepas ni, tunggguuuu...................

Saturday, April 10, 2010

COMELNYA CUCUKU..

Pada majlis persandingan anak saudara yg baru berlangsung tadi, berkesempatan bertemu dgn AQIL, dah 3 bulan, cair tengok kecomelan melampau nya!!!

Agak2 ada tak mewarisi kecomelan wan chu dia??

First time tok chu jumpa Aqil..ala-ala cayang cucu atokkk

Aduhai.......geraaammmm

alaaa....pantang diagah, senyum je. Aqil ngan maksu Sharina.

Friday, April 9, 2010

JAMU MENJAMU SELERA

Tadi kami adakan jamuan kecil2an kat kelas. Saja lah untuk anak2 yg dua orang tu, nak membiasakan mereka menguruskan diri. Seronok budak2 tu, bagi kerjasama lagi, bawak makanan dari rumah.

Sempat lagi posing sambil menyediakan hidangan.

Bergambar bersama guru kaunseling, Cikgu Norredah. Fatin memang manja sangat ngan cikgu ni, bergayut je...

GPK 1 pun turut kami undang - Puan Raili Salleh (tengah).

Sesekali buat majlis macam ni rasa seronok pulak (sebenarnya ini aktiviti utk subjek Kemahiran Hidup). Hati saya cepat je tersentuh bila tengok Iman ngan Fatin menjamu selera. Ndak2 si Fatin, hhhmmmm..tengok dia makan pun dah rasa kenyang.

ALHAMDULILLAH, sekarang dah sudi jalan pegang tangan saya walaupun sesekali dia halau saya pergi balik ke Prasekolah. Dia kata dia tak suka saya, tapi pimpin gak tangan klu nak mintak teman pergi ke tandas..

Di sini lah dunia saya sekarang, dan saya bahagia bersama mereka. AMIN

Thursday, April 8, 2010

KAWIN LAGI.................

Sakitnya tengkuk menyapu sawang yg dah memenuhi syiling rumahku...pada kawan2 terima kasih tolong jengok2kan rumah saya ni masa ketiadaan saya yea.

Ni nak cerita, minggu lepas (3/April) lagi sorang buah hati saya menukarkan status dia dari bujang ke suami orang. Kali ni anak abang sulung saya - FAREEZ MOHD LATIF. Pasangannya orang Batu Pahat, Johor.
Alhamdulillah, dgn sekali lafaz je, NORA BINTI ISMAIL sah menjadi hak milik anak saudara saya.

Mak sedara kesayangan maintain vouge, hahahaha.......

Senyum dalam debar

YES!!YES!!, akhirnya kau berjaya ku miliki !!!

Sapo ntah suruh buat camni, pandai joooo...lamo lak tu..hehehe

Jelitawan yg mengiringi pengantin dari Seremban

Bersama ayah pengantin (kekanda saya).

Yang baju hitam tu kakak pengantin, yg baju biru tu, ehemmmm

Nanti jumpa lagi yea...cerita pasal tol pulak, orang JOHOR kan...

RINDUNYAAAA......

Tak sabar nak update blog, dah bersawang, tungguuuuuu......................

Friday, April 2, 2010

2nd DAY

Hari ini hari kedua (2.April) di Pendidikan Khas. Anak dara yg garang semalam masih lagi 'terpeleot' hati dia dari semalam, belum sejuk lagi. Sebab apa, tak tau, moody semacam, kami tak usik dia pun.

Tadi dia bawak saya main bacak2 kat luar kelas, saya masuk dia keluar, saya keluar dia masuk. Terpaksa cikgu lain campur tangan, pujuk dia bawak pegi kantin, baru ok. Tapi saya masih lagi menjadi bahan jelingan matanya..aduhhh!!!! Apa dosaku??HAHAHAHA. Cikgu pilihan hati dia hari ini ialah cikgu Mala (baju hijau). Saya ngan cikgu Liyana langsung tak boleh campur tangan.

Lagi sorang murid tak datang, tak sihat. Tapi mmg bestlah main kejar2, untung2 mampu mengecilkan sedikit saiz ku..hehehe...

Thursday, April 1, 2010

MY FIRST DAY

Hari ni hari pertama di Pendidikan Khas. Masa sampai pkl 7.00 pagi masih kosong lagi kelas ni. Murid baru 2 orang, yg perempuan saya kenal sangat sbb pernah jadi 'anak' saya masa di Prasekolah dulu. Ikutkan dia dah darjah 5 sekarang.

Yang lelaki dah 12 tahun umur dia. Agaknya faktor usia kot, hati saya cepat sgt tersentuh. Anak2 ni tak de kecacatan apa2, mereka slow learner sahaja. Klu tgk fizikal mmg nampak normal. Tapi masalah pembelajaran yg membuatkan mereka ditempatkan di sini.

NURFATIN AQMA, bukan main garang, silap je nak mengadu kat Uwan dia, adoiii..dgn saya - saya sekali dia ugut nak bagitau Uwan dia kalau kacau dia. Kelakar pulak, tapi cikgu diorang ada cara sendiri sebagai pendekatan utk memujuk anak dara sorang ni.

MUHAMMAD NUR IMAN, baik sangat, senyum je, sabar, senang bawak berunding, kontras sungguh dgn si Aqma.

Guru2 di Pendidikan Khas, Cikgu Nur Liyana ( kiri) dan Cikgu Mala- keluarga baru saya.

Sewaktu di kelas Kemahiran Hidup, tengah mengopek telur utk dibuat sandwich. 

ALHAMDULILLAH, dapat saya sempurnakan tugas saya dgn sempurna di hari pertama ini. Mudah2an berterusan begini selagi saya di sini. AMIN.