Tuesday, November 17, 2009
RINDU SERINDU-RINDUNYA....
Bersama Cikgu Sani yg sportingggggg dan machoooo................. Kami sembang kisah dulu2, saya ingatkan dia ayat yg selalu dia sebut bila bengang kat kitaorang< "apo sey kato esey kota".. Berderai gelak kami....THANK YOU VERY MUCH CIKGU..........
Posted by annie at 12:16 PM 0 comments
MANISNYA RINDU...........11
Posted by annie at 12:02 PM 0 comments
TERJAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sehari sebelum tarikh ulangtahun pertama - 16. November 2009, 15. November 2009 (Ahad - 6.00 pm lebih kurang) kami buat terjahan ke asrama puteri SMVJ. Saya, Norai dan Zie Duamin telah sepakat memberikan kejutan kepada junior kami yg selayaknya kami panggil anak sbb semuanya baya anak2 saya dah...
Terserempak dgn Cikgu Sani memberikan kesempatan emas kepada kami meminta keizinan dari dia agar membenarkan kami melawat dorm2 yg kami rindui. Terima kasih banyak2 kepada Cikgu Sani sbb memberikan kami peluang selama 5 minit utk kami melepaskan rindu kami.
Hmmmm, Zie apa lagi, laksana jurukamera profesional, mengambil gambar di setiap sudut. Anak2 tu pulak dgn sportingnya memberikan kerjasama dan sudi pulak pose sekali. Air mata saya bagaikan tak mampu utk diseka dari terus gugur, tapi cuba bertahan, tatkala menjengah ke Dorm C3 dan C6. Banyak sungguh perubahan yg dah dilakukan, tengah2 dorm telah disekat menjadikan bilik kelihatan sempit sedikit. Hujung bilik yg mengadap ke asrama putera (tiap2 tingkat) telah didindingkan. Menurut kata Cikgu Sani, nak mengelakkan dari bdk2 asrama puteri main mata ngan bdk2 asrama putera. Kahkahkahkah..............time kami dulu open je, tak de problem.
Surau dah bertukar ke tempat lain, kalau tak salah dah jadi bilik preb ( betul ke-lupa nak ambik catatan). Bilik air huhhh!!!!!!cantik, telah di pasang tiles penuh..Jeles betul!!
Sesuatu yg amat lain jika dibandingkan dgn tahun kami, kami tidak dibenarkan sama sekali oleh warden utk menggantung pakaian atau towel dibirai2 katil. Apatah lagi utk membawa kasut masuk ke dalam dorm. Selipar di luar dorm mesti berada dalam keadaan tersusun, ndak2 bila time nak tidur malam, klu tidak, esok pagi bangun tidur dipersilakanlah pergi mengutip selipar kat kawasan lapang depan asrama. Warden kami Cikgu Zabedah ngan Cikgu Adibah mmg tegas bab disiplin.
Tiap2 hujung minggu akan ada general cleaning. Pendek kata asrama puteri mmg wajib berada dlm keadaan bersih sentiasa. Bukan nak kata kami ni bagus sangat, ada gak kami 'menyepahkan' bilik, tapi keesokkan harinya pastikan semua clear sebelum 'amukkan tsunami' melanda...
Yelah, tahun silih berganti, masa merubah segalanya. Lain padang lain belalang. Yang pasti anak2 yg kami lawati semalam mmg cantik2 belaka, manis2, berbudi bahasa. Sejuk rasanya hati bila bersembang dgn diorang. Ada mungkin salah seorang dari mereka itu anak kepada kawan2 kita.....kannn...
WAHAI ANAK2 SEMUA, TERIMA KASIH BANYAK2 MEMBERIKAN KERJASAMA YG BAIK KEPADA MAK CIK2 (mak cik ke?- tak glamour lah) KEPADA AUNTIE2. TERUSKAN NILAI MURNI ANDA, JADILAH ANAK YG BAIK, KEPADA IBUBAPA, GURU DAN ORANG SEKELILING. GOOD LUCK FOR YOUR SPVM.
Cuma satu, kami memang tak bagus, tapi tak salah kan, mencedok sesuatu yg anak2 semua fikirkan baik yg ada pada kami utk dijadikan tauladan dan segala keaiban kami anda jadikan sempadan di ketika anda semua sekarang mencari2 arah. SEMUANYA BERMULA DARI KITA KAN....
Kepada Cikgu Sani, cikgu memang THE BEST!!!!! Garang tapi sporting !!!!!!!!! Dulu kami takut dan hormat pada cikgu, sekarang istilah takut tu tak de lagi, tapi kami masih menghormati cikgu - selama2nya. Dan takut telah bertukar kepada sahabat............. SELAMAT MAJU JAYA CIKGU....Kami tunggu 'duit' cikgu. HAHAHAHA............JANGAN MARAH, NANTI TAK HENSEM!!!!!!!!
Posted by annie at 7:07 AM 2 comments
RINDU ITU SEMEMANGNYA MANIS..........
Memalingkan muka ke dewan makan, ingat time berpusu2 masuk ke dalam dewan menuju ke meja. Susun atur meja dah berubah, kami dulu memanjang, masa tu lah sempat mata bertentang mata...ahakzzz (pinjam jebateja punya kalimah keramat). Syokkk wo.....klu hari Jumaat, lunch tak sama, yg lelaki lambat sikit sbb pegi solat Jumaat dulu, yg perempuan ni mulalah gedik naik minyak, mana yg ada couple siaplah, letak buah ke, lauk ke dlm tray boyfriend masing2...penuh lah...Posted by annie at 7:02 AM 0 comments
Monday, November 16, 2009
MANISNYA RINDU...........1
Posted by annie at 8:23 PM 2 comments
HAPPY 1st RE-UNION ANNIVERSARY
Hari ni 16 November 2009, genap setahun pertemuan semula kita (bekas pelajar tahun pertama SMVJ) selepas berpisah selama 25 tahun. Berpisah dalam keadaan kita semua masih bujang trang tang tang, berjumpa balik setelah kita bergelar isteri, ibu / suami,ayah. Semua dah ada tanggungjawab. Satu keadaan yg sungguh berbeza pada zahirnya, tapi hakikatnya kita masih sama seperti dulu. Bila dah berkumpul, seolah2 status bertukar ke alam persekolahan balik.
Saya pernah berbincang dgn kawan kita saudara Arman setahun yg lalu, beberapa hari sebelum reunion kita, yg kita akan menjadikan tarikh ini sebagai tarikh sambutan reunion kita setiap tahun, tapi disebabkan masing2 ada komitment sendiri makanya utk melaksana kan impian itu adalah sesuatu yg amat payah.Tapi Insyaallah, saya akan terus mencuba dari masa ke semasa agar kita dapat berkumpul semula seperti 15hb November 2008 dulu. Hanya saya pinta dari anda semua, jgn jemu memberikan kerjasama ..... INSYAALLAH..
Posted by annie at 6:39 PM 0 comments
Saturday, November 14, 2009
DOMAM LAH PULAK
Posted by annie at 5:33 PM 8 comments



















