ALLAHUAKHBAR......Maha Besar Allah
Tengah leka dok mengupdate blog yg dah lama sepi ni, suddenly kawan kita Cikgu Sulaiman called. Dia tanya nak cakap ngan cikgu kita tak, memangggg lah nak sangat kan. GUESS WHO???
Haaa.. tu dia, ayahanda kita yg tercinta, USTAZ YUNUS berinteraksi dgn saya melalui talipon. Lama kami sembang. Dari tonasi suara ustaz jelas menunjukkan bahawa beliau dah semakin sihat, bunyi ceria je...
Kuat mengusik, macam dulu gak...mengekek gak lah gelak saya. ALHAMDULILLAH.
Rupanya, ustaz selalu datang ke sekolah tempat saya bekerja, saya je yg tak tahu. Sampai hati ustaz tak datang kat Prasekolah jumpa saya kan..... Tapi tak pe, rezeki pasti ada ustaz kan, nanti mesti jumpa klu dah itu janjiNYA..betul tak ustaz???
Kepada Ustaz Yunus, terima kasih sudi berbual dgn saya, sedangkan siapa lah saya ni dulu kalau nak dibandingkan dgn kawan2 lain. Tapi bila ustaz kata masih ingat kat saya tu..buat kan air mata saya menitik ustaz. SAYA TERHARU....
MOGA ALLAH SEMBUHKAN USTAZ SEPENUHNYA DAN DAPAT KEMBALI BERTEMU KAMI , BEKAS MURID2 USTAZ DENGAN KEADAAN KESIHATAN YG BAIK DAN CERIA SECERIA USTAZ YG KAMI KENAL 25 TAHUN DAHULU. AMINNNN