BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 7, 2009

FUTURE DAUGHTER IN LAW (???)

NUR AMRIENA BT RAMLAN






Ni bakal menantu I ni. Alaa...anak Sha yg ari tu, yg pakai face mask kat dagu tu, si Amriena. Lawa lak dia ikat rambut toncet satu tu. Nampak mcm ada keserasian antara kami kan.. sama2 lawa. Kahkahkah.

Kira ok lah Sha yo, bebesan kito, panjangkan sedagho org cakap. Jgn lah mahal2 na. Kito kan kawan. Lagipun rmh dekat ni banyak perkara kita boleh share, jimat belanja sikit. OK??? Tapi takut tak tahan kono buli dek kombar yo lah 'besan' hang ni...

Sunday, September 6, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Mungkin terlalu awal utk saya membingkiskan ucapan SELAMAT HARI RAYA buat anda semua. Tapi rasanya sepanjang berblog dah banyak kata2 saya yg dah terlepas yg mungkin mengguris hati kalian. Satu yg pasti yg saya nak kawan2 tau, sekelumit pun tak de niat di hati utk menyakitkan hati sapa2, tujuan saya hanya ingin memanjangkan ikatan persahabatan dan moga blog yg tak seindah mana ini mampu mendekatkan hati kita w/pun kita terpisah oleh jarak dan masa. Niat yg lahir dari hati saya ikhlas dan tulus buat anda semua. Sayang dan kasih dari hati dan saya zahirkan di dada blog ini.

So, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, AMPUN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI, kiranya selama kita berkawan selama hampir 25 thn ini saya ada melakukan kesalahan secara sedar atau tidak, samada keakraban kita itu mmg dah sedia terjalin sejak 1984 lagi ataupun baru sahaja rapat semenjak pertemuan kita baru2 ini. Pada adik2 junior SMVJ/SMTJ, JEBATEJA dan sesiapa shj, JOE, ANAK LAUT, akak pun mohon maaf ya...Rasanya bagaikan kita saling kenal dan seperti bersaudara. Ada kesempatan dan kelapangan, jemput dtg rumah ya.
Yg pulang ke kampung di K.PILAH, BAHAU, PALONG atau mana2 shj destinasi ataupun kembali semula ke kediaman masing2 mcm ke KELANG, SUBANG, SHAH ALAM, NILAI, KAJANG, BANGI or mana2 shj yg tentu2nya jalan kat depan GIANT SENAWANG tu adalah laluan utamanya, jemput singgah rumah. Dah dekat sgt dah tu. Kwn2 lain pun....yg boleh dikira dgn jari berapa kali lalu kat jalan tu pun dialu-alukan kedatangan anda, apatah lagi yg bermastautin dekat2 Seremban ni....lagi lah.....


************* SELAMAT HARI RAYA AIDL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN dariku insan hina lagi naif *************

Saturday, September 5, 2009

RINDU BERTANDANG LAGI


Keseorangan di rumah tanpa ditemani sesiapa (anak2 ikut ayah diorang pg Bazaar Ramadhan) menggamit rindu bertandang ke laman hati. Aduhai....teman2 ku yg ku kasihi, mungkinkah akan hadir lagi kesempatan waktu utk kita kembali melakar sejarah, pertemuan maha indah. Hilai tawa, cerita ceria, esak tangis mengiringi bahagia. Mungkinkah masih ada waktu utk kita kembali menyimpul genggaman memancarkan gelombang keriangan pada alam.

Sesungguhnya wahai teman, rindu ini kian sarat. Tak mampu menahan lara kerinduan yg amat hebat. Moga pertemuan utk yg kesekian kalinya masih lagi dibukakan buat kita.


Wahai Tuhan, restui ikatan persahabatan ini di bawah Redha Mu selamanya.... Hingga nafas terakhir kami. AMIN






TUKAR LAGI


Hehehehehe.....Tukar lagi background. Sajo....nak tukar selera. Boringlah asik tu je kan. Lagipun stok background banyak, bukan bayar pun. Bayar bil streamyx je...

THE RESULT


Nilah hasilnya mural yg saya buat ari tu. Actually saya buat ngan sorang lagi partner saya kat Pra ni. Dia low profil, tak suka glamour, tu lah muka dia tak ada dlm blog ni.


Cuba perhatikan betul2, mana satu yg lebih lawa, bunga kat belakang tu ke or bunga yang kat depan tu???? Saya tau dah jawapan kawan2.. Ishhh!!!! malu lah


Friday, September 4, 2009

ANAK SAPA NI ???


Gara2 muka anaknya terlindung, tak diappearkan di depan kamera, maka saya dikatakan seolah2 nak mensabotaj anak bongsunya ini. So, dgn tak ada rasa gementar walau sedikit pun dgn lontaran kata2 itu, saya paparkan wajah cute si AMRIENA BT RAMLAN ni. Moga ibunya Madam Sharimah (Sha) telah pun berpuas hati dan tak de dakwa-dakwi lagi lepas ni ya.

Persamaan yg mengconfirmkan (jahanam bahasa saya modified kan) ini anak Sha ialah kedua2 mereka ni suka memerhatikan orang dalam jangkamasa yg lama sampai tertangguh kerja yg sedang dilakukan dan tabiat ini diakui sendiri oleh siibu. Apa2 pun sesuatu yg pasti, anak Sha ni memang cute sgt. Ramai kwn2 lelaki dia yg kat pra tu try nak usha dia. Saya taulah sbb saya 'ibu' dia kat sekolah. Mungkinkah zaman kegemilangan ibunya dulu akan berulang????
OPSSS... SORRY WAHAI ANAK2 IBU, IBU DAH BOOKING SI CUTE NI UTK ANAK BUJANG IBU.


But one thing lah nak komplin sikit, klu tak salah face mask tu utk tutup mulut kan, tapi Amriena tutup dagu lah....Hehehehehehe

Thursday, September 3, 2009

MY MASTERPIECE


Haaa...ni keje ibu budak2 prasekolah tu pulak. Conteng dinding. Budak conteng marah. Hello!! conteng bukan sebarang conteng ya. My Masterpiece tu, dicurahkan ke dinding. Buat mural biar nampak berseri "periuk nasi saya" ni.