BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 3, 2009

ANAK-ANAK KU











Pagi tadi sementara tunggu cikgu masuk, saya ambik alih jaga anak2 saya kat Prasekolah ni. Biasalah aktiviti sebelum mula kelas, saya ajak diorang nyanyi2 - lagu kanak2lah, takkan lagu jiwang lak kan. Laaa...bukan main susah nak bukak mulut, mcm puasa sangat. Mcm mengantukkk jee...

So, saya suruh diorng bangun, senaman sikit pas tu bukak lagu kat h/set suruh diorang joget step bebas. Ha kau.... bukan main suka. Siap buat shuffle lagi. Syok lah pulak tengok perangai anak2 6 thn ni. Barulah diorang segar balik.


CIKGU SULAIMAN, BUKAN PENDERAAN YA, PSIKOLOGI.....

Wednesday, September 2, 2009

MANOLAH POIE EH - 3

JULIE WONG


Satu-satunya pelajar berbangsa cina kat SMVJ masa batch 84-85. Cakap Melayu bukan main fasih. Mungkin disebabkan dia duduk di kawasan yg majoriti penduduknya Melayu di Juasseh. Boleh masuk dgn sapa2 je, bertepuk bertampar, kalis kutuk gak.

Tak tau kat mana dia sekarang. Nak sangat jumpa. Mcmana lah sekarang agaknya dia. Sapa2 yg tau pasal dia please let me know ok.

MANO LAH POIE EH - 2


AZLINA KASSIM.


Ina, orang Palong dan dengar nya ada kat Palong sekarang. Apa khabar lah awak. Dari reunion kat Nilai, Alumni kat sekolah, cari tak dapat. Tanya kwn2 yg rapat ngan dia masa sekolah pun diorang cakap dah lama lost contact.

INA..ada kawan selalu bertanyakan tentang awak. Dia rindu kot kat awak. Klu terbaca blog ni please contact saya balik yea...

MANO LAH POIE EH......


Ni lagi kawan2 yg gagal dikesan. Manolah poi ehhh....


ANIZAH ANTURI. Bila teringat dia ni, saya gelak sorang2. Teringat masa kat dewan makan, kami beratur utk ambik bubur (minum petang). Dah beratur panjang2, sampai giliran dia, bubur dah tinggal sedikit. Masa tu tengah hit lagu "Akukah Yg Terlewat", sorry, penyanyinya saya dah lupa. Anizah dgn mukanya yg selamba, menyanyikan lagu tu ***akukah yg terlewat***kahkahkahkah. Saya punya gelak, dia selamba je. Dia ni low profil je tu yg bila sesekali berjenaka mcm tu mmg mencuit hati.


Manalah awak sekarang ya.

LAUK BERBUKA HARI INI




Hari ni saya masak gulai udang bersama tempe. Ibu mertua ku yg perkenalkan menu ni kat saya. Sebelum jadi menantu dia bonda saya tak pernah masak udang ngan tempe ni, kahwin je, jadi member dalam keluarga Mambau, terus jatuh hati ngan menu ni. Mula2 pelik, setahu saya tempe orang buat goreng berlada ngan ikan bilis, ni dibuat gulai. Hayun yo lah.... Sodap pulak.

Sayur - bayam. Kejap lagi goreng telur dadar sebagai tambahan. Cukup. Tak yah banyak2, garenti habis time buka ni je. Dapat si kak long, mmg hantu udang. Dia kalau sea food memang makanan kegemaran. Elok esok kahwin ngan nelayan, senang, hari2 makan sea food. Alamatnya sahur karang saya kena masak lah jawabnya. Tak pe, doesn't matter with me.

Kuih, buat kat bazaar je ari ni....hehehehehe......

Tuesday, September 1, 2009

JOM PERGI KE HUTAN SIMPAN KUALA TAHAN

Bukit Terasek




Nusa Camp




Long Boat



Gua Telinga


Salam... saya sekadar memanjangkan cadangan kawan kita Sulaiman yg mempelawa kita beriadah di HUTAN SIMPAN KUALA TAHAN, JERANTUT untuk mereleasekan kepenatan dan melarikan diri jauh dari kesibukan kerja dan pencemaran asap dek enjin kenderaan. Ini juga adalah program kali kedua selepas pertemuan di Allson Klana Nilai tahun lepas utk batch kita sahaja.

Kalau kawan2 nak info lanjut berkenaan package yg disediakan kawan2 boleh klik kat tepi blog saya bahagian follower di bawah tajuk 'budak tengkek' (Sulaiman lah tu) atau menghubunginya di talian 0133715117.

Cadangan percutian ini akan dibuat pada penghujung tahun ini/musim cuti sekolah. Ok gak rasanya package harga yg ditetapkan. Macam biasa kita buat, utk mengelakkan sebarang kesulitan kita boleh membuat bayaran secara ansuran dan bayaran kita dibank in kan.

So, kwn2, perkara ni kalau difikirkan molek utk kita teruskan, kita adakan perbincangan bersama Cikgu Sulaiman. Beliau lebih arif tentang ini.

TERUNGKAINYA SEBUAH MISTERI


Dah bulan SEPTEMBER. Cepatnya masa berlalu....

U all ingat lagi tak sebelum ni saya ada cerita pasal kemisterian seorang insan yg bernama Man Beruang? Saya dah berjaya merungkai misteri tersebut apabila saya dapat menjejaki siapakah Man Beruang yg selama ini saya cari-cari. Man....mana mau lari aaaa...??????

Yang bergaya segak kat sebelah ni, yg bisa mencairkan hati setiap yg memandang, tu lah hasil drpd kajian yg saya buat dan dibantu oleh clue yg saudara Man sendiri berikan tentang gambaran wajahnya, yg mampu saya terjemahkan melalui ilustrasi dan imaginasi saya. Aduhai.....cair.....

Hahahahahahha..Poning kepalo acik togolak. Kau lah Man ntah apo susah na nak email gambar. Sampai bilo nak biarkan misteri menyelubungi hidupmu? Kesian den.....

Klu kau nak tau, den ado yo terjumpo gambar maso kau jadi model 'seluar kocik' dulu tu. Tapi tak sanggup nak masukkan dalam blog ni, takut virus lak karang. Tu bolum campur lagi yg meroyan bilo tengok gambar tu. Hahahahahaha.........


MAN..U KNOW ME RIGHT? Ampunnnnn ...klu terlebih. Tak de niat nak merobek hati U, yg ada dlm kepala hanyalah nak mengakrabkan ikatan persahabatan yang dah sedia terjalin.

LAUGHTER IS THE BEST MEDICINE ********************************************

Am I correct??