BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

KEMBALI DAH - ALHAMDULILLAH



Pagi semalam abang dan kakak ipar saya yg pergi menunaikan haji ke Mekah bulan lepas telah selamat kembali ke pangkuan kami semula dengan wajah yg berseri2. ALHAMDULILLAH doa kami makbul, abang saya selamat pergi dan selamat kembali.





Sihat dan ceria dia cuma kak ipar saya lah ada batuk2 sikit, musim hujan.. Seronok dia bercerita pasal pengalaman dia di Tanah Suci...macam2 cerita yg molek sangat dijadikan iktibar oleh saya ni khususnya yg masih jahil lagi ni.

MUDAH-MUDAHAN SAYA DAN SUAMI AKAN MENDAPAT JEMPUTAN DARI ALLAH TAALA UTK BERKUNJUNG KE RUMAHNYA SUATU HARI NANTI.

****************AMIN*************

HAPPY BIRTHDAY TO YOU



SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 41 KEPADA 3 SAHABAT KU YG SELALU DISAYANGI DAN DIINGATI WALAUPUN KADANG2 U ALL TAK INGAT KAT AKU...

KAHKAHKAH...Tuo gak U all akhirnya walaupun lahir di penghujung tahun. Tapi tak pe, 40 an ni umur ada UMMPPHHH....



Jusr remember, if you're get elder, I do too

Semoga anda berbahagia, tenang, damai dan success di sepanjang meniti angka 40 an..

jangan diturut jiwa yg lara,
biarkan saja

tenang -
just ignore...
gundah gulana

KERNA
usia ini usia manis
utk kita latari seindahnya

BE HAPPY
selagi diberi kesempatan
untuk terus menghirup
segarnya udara
indahnya suria...........



Ery - 9. Disember


Lin - 7. Disember


Tutie - 7. Disember

i'm proud to tell that, my love is always being with you all


Thursday, December 3, 2009

I WON'T FORGET

Dua tiga hari ni hati rasa gusar,
bagai terdengar2 di cuping telinga...
telahan demi telahan terlontar,

lalu...nak bagitau lah,

Andai terkilas di benak - mentafsir....
aku alpa dgn dunia maya...

Kalut berblog mengalahkan orang muda-muda......

YA  AMPUNNNN......

blog2 pun,
Aku tak pernah lupa ini >>>

dan ini


juga ini



AKU TAK ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KU SEBAGAI
INSAN YG BERPEGANG KEPADA HUKUM ALAM MENGIKUT LANDASAN YANG TELAH DIGARISKAN.

Aku tak pernah lupa.....dan tak mungkin akan lupa





BASAH  LIDAH INI MENSYUKURI NIKMATMU

TAK HENTI JANTUNG INI MENYEBUT NAMAMU

Wednesday, December 2, 2009

KURANG AJAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!




MEMANG KURANG AJAR !!!!!!!!!!!!!!

Saya jengah blog sahabat2 terjumpa gambar ni kat blog adinda she-G, saya terpanggil utk memaparkan di blog saya pula.

Orang kita sibuk dok mengagungkan budaya diorang kan, apa yg diorang buat jadi ikutan sampai tak boleh nak beza baik ke tidak apa yg diikut tu. Hakikatnya, diorang langsung tak de hati nak mengagungkan budaya kita apatah lagi ugama  Islam yg suci ni....kan. Lagi diorang hina ada. Buktinya tulah seperti yg kita lihat bersama kat atas tu.... Tak ke menghina namanya tu.

 Tak berani nak ulas panjang lebar, takut menyentuh sensitiviti sesetengah individu. Cuma satu lah :-

APA BAGUSNYA YAHUDI TU ????????


Tuesday, December 1, 2009

SULAMAN MANIK


Sulaman manik yg cantik pada baju2 ni adalah hasil kerja tangan Puan Noai. Kemas dan teliti jahitannya. Memang puas hati dan berbaloi lah dengan harga upah.

Kepada teman2 yg berminat utk membuat tempahan kan, boleh bagitau saya. Menurut kata Noai, harga dan patern bergantung kepada berapa budget yg kita nak. U all jangan risau, garenti puas hati punya dengan hasilnya....

Bukan ini sahaja patern yg ada, malah ada lain lagi, terpulang samada nak disulam di tepi bawah baju, di tangan ataupun di leher....Insyaallah, Noai akan memberikan yg terbaik...

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN




Dari sini nampak sayup je jalan lama....sayu pulak...



Kesian warga ni, akan kesunyian lah gamaknya lepas ni.....

Saya dan juga warga N9 khususnya dan orang ramai yg lalu lalang di jalan yg selama ini menjadi penghubung antara Seremban dan Kuala Pilah am nya memang tak sabar2 menanti jalan Bukit Putus ni lurus. Tak payah lagi nak mabuk2, muntah2, jammed kete tersadai kat tepi jalan dalam keadaan bonet enjin ternganga (keto acik antara yg terlibat). Sekarang kita boleh jalan dengan bangganya di dada jalan baru yg dah lurus dan cantik. Sesekali balik kampung  "KL drift"  beb....jangan pandang sebelah mata haaa......

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian kita berakhir, kita dapat merasa kemudahan yg disediakan.

Satu yang pasti yg kita mungkin lupa, kesian '"kawan-kawan" kita yg selalunya setia menanti di tepi jalan lama tu. Pasti ada saja habuan utk diorang kan. Ada yg bermurah hati bagi pisang lah, kacang lah...tapi sejak jalan baru dibuka putih mata diorang menunggu kete lalu lalang. Takkan nak pegi tunggu kat jalan baru pulak kan, menempah maut namanya, kot tak sempat nak mengucap, kete laju semacam ....

So....PANDU CERMAT JIWA SELAMAT...JALAN RAYA BUKAN TEMPAT BERLUMBA....

AN EMAIL FROM OMAN



Yesterday - I received an email from Mr Salleh - from Oman.....

Merujuk kepada email yg dia hantar, selain dari saya ada 4/5 org lagi kawan yg dapat gambar yg dia bingkiskan. I'm proud of himself, seorang kawan yg berjaya pada pandangan saya.

Bekas guru2 kami yg terbaca blog ni, ingin saya kongsikan dgn cikgu2 yg pernah mengajar di SMVJ batch 1984-85 dulu bahawa Salleh ni adalah bekas murid cikgu2  (kelas AUTO.., klu salah tolong betul kan). Kerana tuntutan kerja, merata dunia dia jelajah, ALHAMDULILLAH....rezeki dia kan.

But one thing lah yg masih belum terjawab persoalan di jiwa raga saya.....apo jauh na kau kojo wok oiiii????? Kek Malaysia ni tak do ko?  JELES DEN !!!!!

Apapun good luck utk awak...mudah2an bila dah memandang ke langit tu, rumput di bumi dilupa jangan..