BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 17, 2010

mood - HaPpY.............



Hari minggu yg damai, pagi2 lagi hati dah dimulakan dgn keriangan....mudah2an berkekalan hingga ke petang...

Ke mana destinasi hari ini ya? Rasanya tak ke mana kot, mak pun ada kat sini...so, pegi tengok mak je lah gamaknya....

Bonda tercinta, tersayang...segala2nya di dunia, tiada duanya...

Masih kuat lagi,  terbantut aktivitinya dek kerana kecederaan di kaki, klu tidak, masih mampu mengayuh basikal lagi...kalah acik ni ha...

So..... yok kita nyanyi lagu Amy Mastura >>>> HaPpY...





Wednesday, September 29, 2010

AssaLamUaLaikum..


Lama sungguh membenam ilham, hinggakan hampir dilupakan kehadiran diri ini di alam maya..kot.
Mohon ampun, kekangan masa menghalang kesempatan...namun utk meninggalkan terus blog yg tak semenggah mana ini tidak sama sekali.

Syawal utk tahun ini pun sudah nak sampai ke penghujungnya, kunjungan ke rumah2 rakan taulan masih diteruskan. Kemeriahan pun masih lagi dirasakan. Tapi rutin harian telah bertukar ke suasana spt biasa, spt sebelum menjelangnya Ramadhan dan Syawal dulu. Saya juga spt yg lain2 juga..back to normal....

So, Insyaallah, from now on, sy akan terus menghias laman teratak sy ini semampu yg boleh, sesegar seadanya. Harap2 kwn2 sudi berkunjung, menjamah sepoinya angin di balkoni saya...JEMPUT YA....


LIFE MUST GO ON........................

Tuesday, September 14, 2010

SeLaMaT hArI rAyA..............

ASSALAMUALAIKUM....
AMPUNNNNN...teman sibuk bebenor lately ni, maklumlah raya kan....sampaikan nak update blog pun tak sempat. Ramai tetamu dtg rumah, Alhamdulillah....

Dikesempatan yg dah terlewat ini, izinkan sy menyusun jari nan sepuluh mohon ampun dan maaf kpd semua rakan taulan andai sepanjang berblog sy ada menyinggung perasaan anda semua.

Diucapkan juga SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...........

Tuesday, August 31, 2010

TaNdUs.....

Cuti2 ari ni, just duduk rumah, rilex sambil menyudahkan h/work yg berlambak.
Merdeka kan minda..free.

Sambil tu sempat gak lah buat "semikut" raya ngan anak2...

Siap lah sejenis, dapatlah menjamu tetamu datang beraya nanti...ada masa tambah lagi 2-3 jenis....
**ntah ada ntah tidak org nak dtg rumah, huhuhu...**


sebelah malam pegi menghabiskan duit kat Dataran Senawang, beli baju anak2..ibu ngan ayah tak de baju baru pun tak pe...

Suka bukan main masing2, balik rumah tak sabar nak test baju raya.
****yang kat gambar tu bukan anak saya ye, itu anak comot...org raya dia pun nak raya..



kita dok sibuk melenyek tepung utk buat "semikut", si adik sibuk bukak tudung saji, periuk, peti ais," menduga sungguh !!!" bak kata si angah.

Hemmm..tu je lah aktiviti kami menyambut kemerdekaan di tarikh keramat 31 Ogos hari ini.


**OPS !! tak lupa juga, HAPPY ANNIVERSARY buat sahabat setiap musim baik senang atau susah - Lynn....moga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhirat. AMIN....


**klu yg pakai baju biru tu sah2 lah bukan Lin sbb Lin perempuan, yg tudung krim tu..mcm kenal je, so yg tak berapa kenal tu lah si Lin...*** LOVE U SIS...

Wednesday, August 25, 2010

I'm Ok.........


Haiiii...............poning kepalo dah ha, dah lamo jammed, pueh lak nak polish....


sampai naik rabun...(memang dah rabun pun..kehkehkeh).


sesekali tololap, tahap mengantuk dah terlalu maksima, camni lah jadi eh...


Then bilo dah terbangun tu sambung lak balik.....itulah kojo eh..


 klu dah tak tahan na, kita minum duluuuuuuuu.........................hemmmm, nyaman yo masuk eh nescafe dalam tokak...

ghaso2 eh, acik dah jadi macam ulek ateh buku tu...kahkahkah


(Tapi masih sompek lagilah intai kwn2....hehehe )


 Supayo sumo tu buleh buek acik steady jo bilo tibo maso eh kan.

Hahahahahahaha, saja je sbnar nya, mengisi waktu2 puncak yg kadangkala menekan...
Buat benda tak berapa waras mcm ni kadang2 boleh released sikit ketegangan, kannnn............

Tapi walau dlm apa keadaan pun saya masih di bawah kewarasan dan akan sentiasa waras...AMINNN


 aik !!!!! sape lak ni????anak bujang sey lah....(bujang??)
hahahaha..jawab sendiri.

Thursday, August 19, 2010

KaU pErGi JuA.....

Saya pernah buat N3 khusus utk ayahanda Ustaz Yunus di penghujung tahun lepas dan beliau juga turut sama terlibat dlm memberikan info2 terkini mengenai perkembangan kesihatan beliau.


 arwah bersama cikgu Ahmad (duduk sebelah kiri) dan cikgu Norman (berdiri di belakang)


Semalam saya mendapat tahu dari salah seorang bekas guru kami sewaktu di SMVokasional Juasseh (1984-85) dahulu -Cikgu Norman Kamil bhw ustaz telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan kritikal. Semestinya kami sbg murid dan rakan taulan yg lain tidak jemu berdoa agar ustaz kami ini di selamatkan.


ukiran senyuman yg disulam dgn perasaan terharu bila melihat anak2 didik (tahun pertama SMVJ) datang menziarah ketika arwah sedang mencuci buah pinggang di Pusat Hemodilisis Bahau.


Namun kehendak Allah tak siapa yg mampu menegah. Akhirnya pagi tadi (19.8.2010) ustaz @ ayahanda yg kami sayangi ini pergi jua mengadap Ilahi...di bulan yg barakah lagi mulia ini. Pergi meninggalkan kami anak didiknya, sahabat handainya dan balunya, zuriat2 penyambung ikatan kasih arwah bersama isteri tercinta dan seluruh kaum keluarga. Pergi mengotakan janji yg telah termetrai sekian lama.



menerima cenderahati sewaktu majlis reunion yg dianjurkan oleh junior SMVJ.

Pergi dengan tenang, meninggalkan penderitaan yg bertahun ditanggung, saban minggu terpaksa menghadirkan diri di pusat Hemodilisis Mawar samada Bahau mahupun Seremban utk mencuci buah pinggang.....


Terngiang2 lagi di telinga sewaktu saya berbual di talipon dgn arwah ketika saya menjemputnya utk sama hadir di majlis reunion batch kami pada bulan Jun baru2 ini, arwah khabarkan kpd saya dia tidak akan dpt hadir bukan shj majlis reunion kami malah apa shj majlis yg dilangsungkan pada hari Sabtu sbb hari Sabtu adalah hari arwah akan mencuci buah pinggangnya. Jadi tak dapatlah kami berjumpa dgn arwah tetapi saya secara peribadi sgt bersyukur kerana diberi kesempatan bertemu dgn arwah utk kali terakhir semasa majlis reunion anjuran adik2 junior SMVJ yg berlangsung di Royal Bintang Sban.. Sempat saya bertanyakan perkembangan kesihatan arwah. 


Alhamdulillah, sempat juga saya mengabadikan gambar bersama arwah...


Hari ini ayahanda kami pergi, meninggalkan kami dgn ilmu halal yg dititipkan dan kami menfaatkan, mudah2an ilmu yg ayahanda tinggalkan dapat menjadi pembantu ayahanda di sana.

Pergi lah wahai ayahanda, tenanglah di sana............Doa kami mengiringi ayahanda..Insyaallah.


INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UN....................

Wednesday, August 18, 2010

AlaHaIiIiii....LeTihNyA TuaN

Hari ni letih sikit dr hari2 sblum ni, 
Balik jo dari motong tadi terussss...










zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......................
ambik kau !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! pukul 5.30 baru bangun masak.

 malam ni jadi musanglah gamaknya ni, lantaran dah kekenyangan tidur....