BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Ramadhan dtg lagi, Insyaallah, Sabtu ni, bermulalah umat Islam di seluruh dunia (dan ada sebahagian negara yg bakal memulakan Ramadhan esok-Jumaat) berpuasa. Menyambut kedatangan Ramadhan tahun ni dgn kepiluan yg bukan sedikit. Tahun pertama berpuasa tanpa Bonda dan thn ke 25 tanpa Ayahanda.......Allahuakhbar.......mampu kah menahan sebak?


Walauapapun, kehidupan kena diteruskan, anak2 dan suami menjadi pemangkin semangat utk terus kuat meneruskan sisa2 hidup yg kita sendiri tidak tahu selama mana bertahannya. Harap sempat lagi berpuasa di tahun2 akan datang, masih sudi DIA meminjamkan belas ihsanNYA utk terus memberi peluang utk kita bernafas.


Harap sangat utk tahun ini dan seterusnya, saya berpeluang dan mampu meraih sebanyak mungkin ganjaran yang telah disediakan olehNYA utk kita hamba2NYA........


Saya banyak terlepas peluang yg datang, sesungguhnya saya terlalu alpa, lalai.......Semoga kali ini saya dibekalkan sekeping hati yg kuat dan iman yg kental.....semoga kali ini saya mampu melawan bisikkan2 yg melalaikan......AMIN....


Kepada semua kwn2 blogger yg dah lama saya 'tinggalkan' tapi tak mungkin saya lupakan...
Saya dgn rendah diri ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan selamat mengumpulkan pahala..
INSYAALLAH........

2 comments:

mamawana said...

Assalam sweetie,

Ahlan wasahlan...Ramahan Ya Kareem

annie said...

Assalam mama....
lama nya tak berinteraksi kita ni kan....selamat berpuasa utk mama juga ya....