Saya pernah buat N3 khusus utk ayahanda Ustaz Yunus di penghujung tahun lepas dan beliau juga turut sama terlibat dlm memberikan info2 terkini mengenai perkembangan kesihatan beliau.
arwah bersama cikgu Ahmad (duduk sebelah kiri) dan cikgu Norman (berdiri di belakang)
Semalam saya mendapat tahu dari salah seorang bekas guru kami sewaktu di SMVokasional Juasseh (1984-85) dahulu -Cikgu Norman Kamil bhw ustaz telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan kritikal. Semestinya kami sbg murid dan rakan taulan yg lain tidak jemu berdoa agar ustaz kami ini di selamatkan.
ukiran senyuman yg disulam dgn perasaan terharu bila melihat anak2 didik (tahun pertama SMVJ) datang menziarah ketika arwah sedang mencuci buah pinggang di Pusat Hemodilisis Bahau.
Namun kehendak Allah tak siapa yg mampu menegah. Akhirnya pagi tadi (19.8.2010) ustaz @ ayahanda yg kami sayangi ini pergi jua mengadap Ilahi...di bulan yg barakah lagi mulia ini. Pergi meninggalkan kami anak didiknya, sahabat handainya dan balunya, zuriat2 penyambung ikatan kasih arwah bersama isteri tercinta dan seluruh kaum keluarga. Pergi mengotakan janji yg telah termetrai sekian lama.
menerima cenderahati sewaktu majlis reunion yg dianjurkan oleh junior SMVJ.
Pergi dengan tenang, meninggalkan penderitaan yg bertahun ditanggung, saban minggu terpaksa menghadirkan diri di pusat Hemodilisis Mawar samada Bahau mahupun Seremban utk mencuci buah pinggang.....
Terngiang2 lagi di telinga sewaktu saya berbual di talipon dgn arwah ketika saya menjemputnya utk sama hadir di majlis reunion batch kami pada bulan Jun baru2 ini, arwah khabarkan kpd saya dia tidak akan dpt hadir bukan shj majlis reunion kami malah apa shj majlis yg dilangsungkan pada hari Sabtu sbb hari Sabtu adalah hari arwah akan mencuci buah pinggangnya. Jadi tak dapatlah kami berjumpa dgn arwah tetapi saya secara peribadi sgt bersyukur kerana diberi kesempatan bertemu dgn arwah utk kali terakhir semasa majlis reunion anjuran adik2 junior SMVJ yg berlangsung di Royal Bintang Sban.. Sempat saya bertanyakan perkembangan kesihatan arwah.
Alhamdulillah, sempat juga saya mengabadikan gambar bersama arwah...
Hari ini ayahanda kami pergi, meninggalkan kami dgn ilmu halal yg dititipkan dan kami menfaatkan, mudah2an ilmu yg ayahanda tinggalkan dapat menjadi pembantu ayahanda di sana.
INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UN....................
6 comments:
Innalilah...Al Fateha buat arwah..muga ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman.
AMIN..
Paling ingat bila ustaz bagitaw pada bulan pose di asrama...Malaysia ni, asal nak tenguk Anak Bulan sempena puasa dan raya, pasti mendung...emmm...benar jugak kata2 nya,,,selama 18 tahun memerhati...
jebateja, akk sendiri pun banyak kenangan dgn arwah masa sekolah dulu.Arwah ni garang tapi dlm masa yang sama boleh bergurau, melawak ngan murid2. Suka mengusik...tinggal kenangan indah dah sume tu skrang.
salam,
yang hidup pasti akan kembali kepada Allah SWT..
alfatihah untuk arwah..
penjejak maya, tak terkecuali juga kita kan, cuma masanya belum tahu bila..t/kasih.
Post a Comment