Tanggal 23 Disember 2011 adalah tarikh yg tak kan hilang dr ingatan sy utk selama2nya.
Pada tarikh ini bonda yg melahirkan, menyusukan, membesarkan saya kembali ke Rahmatullah...melunaskan janji yg telah dimetri bersama ALLAH swt...di saat dia dihadirkan di dunia pada 82 tahun dahulu.
Saya nak jaga dia Jumaat malam tu, menggantikan kakak yg dah jaga malam sebelumnya. Tapi sy tak sempat, ALLAH dah jemput mak sy terlebih dahulu. Saya terkilan sungguh...tak sempat nak suapkan dia bubur. ALLAHUAKHBAR....
Tapi meratap takkan boleh bantu dia apa2....doa yg paling penting utk membantu memudahkan perjalanannya di sana...Saya tau itu dan kerana itu juga sy tak putus berdoa dan sedekahkan ayat2 suci ALLAH utknya dan juga utk arwah ayah yg dah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.
Sekarang, saya 6 beradik dah jadi yatim-piatu... Benar, kami ada family sendiri, tapi manakan sama dgn ayah bonda...spt juga anak2 kita kan, kita sbg ibubapa tetap mendapat tempat yg pertama di hati mereka. Mudah2an.....
Buat ayah dan emak, tenanglah bersemadi di sana.....damailah....usah diresah kami yg tinggal. Selagi hayat dikandung badan, kami akan terus pertahankan keharmonian dan kerukunan keluarga dan ikatan darah kita... AMIN..................