BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 27, 2010

SANTAI

Ini anak2 baru kami, ada pertambahan seramai 3 orang menjadikan murid seramai 5 orang. Kategori - HYPERAKTIF, DOWN SINDROM & SLOW LEANER.. MERIAHHHH............

Keluarga kami kecil je, tapi kebahagiaan ada di sini....kami menumpang berkat anak2 istimewa ini...


NURUL SYAHIRA, manja, meleseh je ngan cikgu YANA..



IKMAL PUN SAMA GAK NAK BERMANJA

 
And yg ni kanak2 riang, Alhamdulillah,..

WARGA PPKI including Takayun Ayu, I love U all...

Sunday, May 23, 2010

AHAD............



BILA RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN...



ADUHAI...BORING EH TUAN OIIII..........

APA AKU NAK BUAT????????????

Saturday, May 22, 2010

SAMBUTAN HARI GURU SKTSP

MERIAH.....
PENUH DGN GELAK TAWA.....
KAMI MAKIN AKRAB..



 PERLAWANAN BOLA BALING ANTARA GURU-GURU.

GURU2 LELAKI MAIN NETBALL

HABIS ACARA PASSING AIR DLM BELON, GURU BESAR MULAKAN ACARA MEMBALING BELON2 TU KAT KAMI..LENCUN !!


 YANNIE (Yana + Annie)....



KANAK2 RIANG..ambik semangat sblum bertarung



ACARA BOWLING KELAPA, ambik gambar je boleh harap, pin satu pun tak jatuh, HAHAHAHA


Keputusannya, STAFF dapat 3 hadiah, sume tempat ketiga, oklah, berbaloi berposing...



BERSAMA PIALA KEMENANGAN..
cayalah !!!


HMMMM..YUMMYYYY !!!!!!!

KEK NI SUMBANGAN DARI STAFF - dibuat sendiri oleh CC kami..

Monday, May 17, 2010

BILA RASA NAK GEDIK-GEDIK..

Kami kat PPKI ni happy je...ALHAMDULILLAH, Cikgu Yana dan Cikgu Mala, best... sesekali Takayun Ayu datang menebeng, suasana jadi meriah.

Yana dan Takayun Ayu ( Siti Nurhidayu...dara MINANG BARANANG)

"Nasib baik kocik", bisik hati Mala..hahahaha

Bersama Iman

Fatin (kadang2 manja kdg2 garang)

GPK KOKO - Cikgu Roslina

Bersama guru penyelaras PPKI - Cik Nurliana..sporting, BEST !!!

Hari ini dapat lagi 3 orang murid baru...kehadiran mereka sekali lagi menyentuh hati kecil saya..

SYUKUR..ALLAH KURNIAKAN SAYA ANAK2 YG SEMPURNA...



Saturday, May 15, 2010

TERIMA KASIH CIKGU.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA BEKAS GURU2 SAYA SK SERTING ILIR (1975-80), SM BATU KIKIR (1981-83),SMV JUASSEH (1984-85), RAKAN2 GURU DI SK TMN SERI PAGI SENAWANG, JIRAN2 SAYA YG BERTUGAS SBG SEORANG GURU, PAK LONG CIKGU, TINIE, SEKAMAR RINDU, KAK PAH, KAK HAZELYED, CIK AMY DAN SEMUA, MAAF KLU TERCICIR NAMA CIKGU2..




BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA :-

MULIA ILMU YG ANDA CURAHKAN, BERKUALITI ANAK DIDIK YG ANDA LAHIRKAN.



PENGORBANAN MU DISANJUNG TINGGI.

Terima Kasih CIKGU..........

JANGAN SYAK WASANGKA

Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.


Saya tertarik dgn petikan kata2 hikmah dari SYAIDINA ALI ABU TALIB KW di atas....

hendaknya dlm kehidupan ini, hindari diri kita dari berprasangka buruk sesama kita kan...agar warna2 indah kehidupan itu dapat kita nikmati dgn penuh kesucian dan keharuman...

Ya Allah, peliharalah dan hindarilah  hatiku dari perasaan hasad dengki dan syak wasangka. 

AMIN.

Wednesday, May 12, 2010

WASIAT DARI PAKLONG....



 
1.   Pak Long wasiatkan lembu ni kat saya suruh saya jaga. Nak berbesan ke, tak taulah...nanti bila kenduri senang kan, menu utama dah lepas. Hehehehe...




2.   Agihkan kpd 7 blogger paling aktif..hmmmmmm, sapa ye? 

Haaa.. kwn2, terimalah pemberian ikhlas dariku, kita jaga sama2 lembu ni yea..(7 orang cukup utk akikah kan -  sekor lembu).

 
  Kak Erna




  Mamawana (Nur Kaseh).



 
 Tinie (Cetusan Minda)



  Anak Laut @ Sekamar Rindu

 
  Kak Pah (Aulad Jannah).


  Izan ( Tersirat dan tersurat).



 
  Secangkir Madu Merah.


3.      Pak Long, saya dah bagitau kwn2 kat atas tu ini wasiat dari orang kaya si pening lalat.

4.    3 Perkara yg saya selalu buat ketika menonton tv :-

        1. Baca majalah/suratkhabar dan lain2 surat tak termasuk surat saman..
        2. Lipat kain baju -  aktiviti wajib !
        3. Jadi pengkritik tetap program yg sedang ditonton tu.

5.  Makanan pelik yg pernah saya makan.... hhhmmmmm..tak de kot, sumenya biasa je, klu pelik tak lalu..

6. Saya baru ada 80 orang je kawan2 kat fb (maklumlah tak popular mcm Pak Long).

7.  Camna saya jumpa hubby?   Malu nak cakap, tak bagitau boleh ke Pak Long? Sebenarmya 'cinta lokasi'....



So Pak Long, saya dah jalankan tanggungjawab yang Pak Long galas kat bahu saya,. tak de dakwa-dakwi lepas ni yea...hehehehehe....

** 2 hari saya ambik masa nak jawab wasiat ni.....SAMPAI HATI MU PAK LONG.........

Sunday, May 9, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY AND HAPPY BIRTHDAY

Sebijik kek sederhana besarnya, khas buat kekanda tersayang di sempena Hari Ibu dan Hari Lahirnya yg kebetulan jatuh di bulan yg sama - Bulan Mei ini.


Satu2nya kekanda seibu sebapa yg saya miliki di dunia ini...Moga akak panjang umur, murah rezeki dan sentiasa tenang menempuh kehidupan yg penuh pacaroba ini.

**kakak seayah lain ibu, ada, tapi tinggal di Johor, Insyaallah, ada rezeki kita akan jumpa nanti kak yea..

Surprise dari saya dan anak2 sedara utk kekanda saya...

Buat bonda tersayang, PUAN HALIMAH BT. MD YASIN, SELAMAT HARI IBU utk mu jua.  Apapun rintangan doa sentiasa mengiringi agar kebahagiaan,kesihatan yg baik akan melingkari hidup mak utk selama2nya. AMIN.


** foto bonda tak de sbb dia tak berapa sihat utk turut serta bersama kami..

Saturday, May 8, 2010

NOT FEELING WELL


Get Well




Assalamualaikum....

Tak berapa sihat lah hari ni, keadaan cuaca yg tak menentu sekarang ni memang mampu mengundang pelbagai penyakit.

Nampaknya kita kena tingkatkan usaha mencegah diri kita dan keluarga dari terjebak dgn penyakit2 yg tidak diingini ini dari berlaku...


Dah makan ubat malam tadi, tidur, rehat..........Harapnya sihat spt biasa selepas ni....

Aduhaiiiii.......OMAKKKKK !!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 5, 2010

KASIHNYA IBU...........

 

Memang saya bukan anak dan ibu yang terbaik malah utk menjadi yg baik pun bukan saya layaknya. Namun naluri utk ke arah itu sentiasa menebal di dalam jiwa. Mudah2an saya mampu menjadi ANAK, IBU, ISTERI, SAHABAT yang baik dan terbaik di sisi insan2 yang saya sayang di sekeliling kehidupan saya sebagai seorang insan bergelar perempuan @ wanita.

KEPADA SEMUA WANITA YG BERGELAR IBU DAN BAKAL IBU YG SEDANG MEMBACA N3 INI DAN YG DI LUAR SANA, SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU. SEMOGA KITA AKAN MENJADI SEORANG IBU YG CEMERLANG DAN SETERUSNYA GEMILANG DI SISI  ANAK2 DAN KELUARGA TERCINTA. INSYAALLAH.

Tuesday, May 4, 2010

*** RALAT

BERHUBUNG DGN N3 SAYA SEMALAM, PEMBETULAN, ALLAHYARHAMAH CIKGU DARWATI TELAH KEMBALI KE  RAHMATULLAH PADA PETANG ISNIN (3.MAY.2010), BUKAN SABTU (1. MAY. 2010). HARAP MAKLUM DAN MAAFKAN KESILAPAN SAYA..

Monday, May 3, 2010

KEMBALINYA SEORANG PENDIDIK YG DISAYANGI

Petang tadi saya dikejutkan dgn berita kembalinya ke Rahmatullah bekas guru di tempat saya berkhidmat iaitu Cikgu Darwati Bt. Said. Arwah baru shj bersara tahun lepas, baik, lembut, suka bergurau, pendeknya kami semua senang dgn arwah.


Arwah juga adalah tuan punya restoran terkemuka di N9 (pernah masuk program JALAN2 CARI MAKAN TV3)- RESTORAN NELAYAN yg terletak di Rahang Square, yg terkenal dgn masakan spt daging rusa, pelanduk dsbnya.Mungkin ada yg pernah makan di restoran ni. 


Arwah jatuh di Airport akibat serangan jantung dan dalam perjalanan nak balik ke kampung halamannya di BUKIT TINGGI INDONESIA. Jenazah dikebumikan di BUKIT TINGGI di tempat kelahiran arwah...


Moga roh arwah ditempatkan di dalam golongan orang2 yg beriman dan dipermudahkan segala urusannya di sana. AL-FATIHAH.




****maaf, foto arwah tiada dlm simpanan saya**

Sunday, May 2, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN TOK MAT.

 Menteri Besar N9, YAB. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN.

Selamat menyambut ulangtahun yang ke 54 diucapkan kepada Menteri Besar rakyat N9, yg disayangi, moga dikurniakan kesihatan yg baik, semangat yg kental dan kuat seterusnya dapat mentadbir negeri kita yg tercinta ini dengan jaya dan sempurnanya.

** tak nampak mcm 54 thn pun Tok Mat ni, mcm 47/48 je...tetap kacak bergaya.

Saturday, May 1, 2010

HOME SWEET HOME




Sapa nak jalan2 tapi tak de kawan tu ajak lah I ni ha, lotih duduk rumah..........
Kasut cantik dah tu haaaaa...........tunggu orang pelawa je..