Tadi (27.01.2010) saya ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi - berseorangan. Memandangkan saya tak expert dgn Bandaraya Kuala Lumpur saya mengambil keputusan utk meminta bantuan dari kawan yg memang kampung laman dia di Kuala Lumpur tu iaitu LIN.
Nak ajak Sha, sah2 dia tak dapat sbb ada tugasan yg lebih penting menanti.
Naik komuter dari Seremban ke Seputeh, tunggu Lin kat situ. Dengan satu harapan utk settlekan urusan yg perlu diuruskan. Tapi apa yg terjadi adalah di sebaliknya. Tanpa diduga (nasib baik tak pengsan !!), kawan2 yg sekampung dgn Lin (warga KL) gak rupanya dah pakat nak buat surprise kat saya bersempena ulangtahun saya yg ke '24' (?) baru2 ni...Belated Birthday lah kannn..adusss!!!!

Diorang bawak saya jalan2 kat KLCC, makan2, bagi present, aduhaiiii......tapi tak dapat nak ambik gambar banyak2, tak bagitau, tak de lah bawak kamera. Mujur ada talipon murah saya tu, dapatlah snap 4-5 keping gambar...
Noai dapat berita mengatakan yg kawan kita ITUT baru shj menjalani pembedahan kecil membuang kelenjar yg membengkak di badannya. So kami mengambil keputusan, pegi lawat dia di ofisnya kat AMPANG.
Satu lagi kejutan yg saya consider itu adalah antara HADIAH HARI JADI yg paling best utk tahun ni. Haaa!!!! guest who I met? Tu dia, penyanyi tersohor yg bersuara emas - ADIBAH NOOR. Itut dgn Adibah Noor ibarat saudara, mereka dah kenal lama sebelum Adibah aktif menyanyi lagi. Sakan kami sembang dgn dia. Yang harus diberikan pujian adalah sikap Adibah Noor yg TAK SOMBONG langsung. Boleh terbahak2 gelak ngan kami, bercerita, belanja kami minum. Kami pun bagaikan dah kenal lama dgn dia. Nasib baik sekali lagi, saya tak PENGSAN!!!
Adibah Noor bersama BIRTHDAY GIRL(girl?, hehehe)
Dari kiri di belakang : Noai, Zie Duamin, sayalah tu, Lin dan Itut.
So, sebagai menebus kegagalan saya utk melunaskan hajat (sapo suruh buek surprise?), Lin mengambil tanggungjawab utk mensettlekan urusan saya yg tak kesampaian. Dia janji akan uruskan semuanya bagi pihak saya - tau takuttt ....
TO ALL MY LOVELY FRIENDS....Terima kasih banyak2, klu boleh hati ini ingin diberikan sebagai galang gantinya di atas kesudian kalian meraikan saya. I LOVE U ALL VERY MUCH. Hanya ALLAH yg akan membalas.