BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 5, 2010

KU DI DALAM DILEMA

Salam, nak mohon pendapat kawan2 kat luar sana boleh tak? Saya keliru lah sekarang dalam menentukan kerjaya apa harus dipilih (makkk...bunyi macam bagus sangat).
 Sekarang saya Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 (PPM) utk Prasekolah, klu nak lagi clear saya se gred ngan jawatan Pembantu Tadbir lah (orang kerajaan tau lah ni) or omak sey cakap KERANI lah.


Lebih kurang bidang tugas saya ialah menguruskan hal ehwal yg berkaitan secara langsung dgn murid2 Prasekolah. Menyediakan keperluan diorang, membantu guru mengawasi diorang dan termasuk juga kerja2 yg melibatkan kebersihan persekitaran kelas Prasekolah.

Pokok perkara yg menyebabkan suddenly je saya dirundung dilema ni ialah, tahun ni satu kelas Pendidikan Khas telah pun dibuka di sekolah saya bekerja ni. Guru nya dah ada pun, cuma murid dan PPM je yg belum ada. Tiba2 datang idea dalam kepala saya nak memohon jawatan yg masih kosong ini. Masih di gred dan jawatan yg sama, cuma beralih dari Prasekolah ke Pendidikan khas.

Sebabnya kenapa saya nak try mohon:

i.  Untuk Pendidikan Khas PPM diberikan elaun khas sebanyak RM200 sebulan ( sure lah this is the 1st reason, sapa tak nak duit, kan?).

ii.  Masih lagi berhampiran dgn rumah sbb masih di sekolah yg sama.

iii.  Bertukar serta mengutip pengalaman, dari mengendalikan murid2 normal yg ramai (50 org), murid2 Pendidikan Khas hanya seramai 6-7 org  shj.

iii. Cikgu2 yg sedang membaca n3 ni, ampun kan saya, maaf cakap, tak dinafikan ingin lari  dari sedikit tekanan yg kadang2 ada menyelinap di dalam jiwa (biasalah - no komen).


Yg menjadikan saya keliru samada nak proceed ke tidak hajat di hati ni: 


i.  Mampukah saya berdepan dgn anak2 yg mengalami masalah spt down sindrom, slow learner dsbnya tu yg dah sah2 diorang kdg2 sukar memahami arahan kita?

ii. Mampukah saya bertahan dgn karenah mereka yg ada sesetengahnya tu  mempunyai kekurangan - tak pandai menguruskan diri mereka sendiri? ...sayu pulak**



Saya rasa itu sahaja point yg menyebabkan fikiran saya berputar2 samada nak teruskan atau tidak niat saya. Saya dah jumpa Tuan Guru Besar, beliau menyokong dan memberikan kerjasama yg baik dan dgn bermurah hati sudi memanjangkan perkara ini dgn bantuan surat sokongan dari beliau.

Begitu juga guru Pra yg sama ngan saya pun merelakan tanpa bantahan bila saya memohon keizinan utk 'berpisah' dgn dia. Suami pun menyerahkan kepada saya utk membuat keputusan sbb kata dia, hanya saya yg tau sejauh mana kemampuan saya.

Satu yg selalu menjadi pegangan saya dlm mengendalikan anak2 kecil ni, walau apa jua masalah yg mereka timbulkan, saya pasakkan dalam hati - menganggap mereka seperti anak2 saya sendiri. 


Jadi... surat permohonan saya dah buat, tinggal surat sokongan dari Guru Besar shj (bila2 masa boleh dapat) dan tunggu nak dihantar ke Unit Perkhidmatan di JPNS shj. Samada permohonan saya diterima atau tidak, itu perkara kedua, yg harus diusaikan sekarang adalah kekusutan yg sedang mengambil tempat di hati ini. 

Maka dgn itu, dgn rasa rendah diri, saya mohon pendapat dari kawan2, bekas2 guru (klu ada membaca n3 ni) sedara-mara atau sesiapa shj, tolong bantu saya dalam membuat pilihan...dan di atas segala pendapat serta  pandangan, saya dahulukan dgn ucapan ribuan malah jutaan terima kasih dan kerjasama anda AMAT2 SAYA HARGAI.












10 comments:

norman said...

duit tu ganjaran pada kerja yang lebih mencabar ...yang mencabar itu bakal membuat kita bertambah matang dan cergas....
ganjaran pahala nya lebih lagi di akhirat nanti...
buatlah kerja dengan ikhlas pasti mendapat berkat''
saya ada mampir ke blog anda cuma tak sempat nak komen apa apa...
I enjoy readings your writing..

annie said...

Assalamualaikum cikgu, thanks for your opinion, saya rasa nekad dah nak teruskan niat saya, mudah2an Allah kurniakan kekuatan utk saya menghadapi cabaran berdepan dgn anak2 istimewa ini. Hopefully I'll get it !!

Terima kasih banyak2 sgt sbb sudi mampir selalu.

al-lavendari said...

kata awak .."Satu yg selalu menjadi pegangan saya dlm mengendalikan anak2 kecil ni, walau apa jua masalah yg mereka timbulkan, saya pasakkan dalam hati, menganggap mereka seperti anak2 saya sendiri"

kata saya,

kalau itu pegangan awak , teruskan. anak sulung saya juga guru pendidikan khas. mula2 memang dia pening menjaga murid2nya. sekarang dia dah seronok, kadang2 dia bawa pulak balik ke rumah.

berbanding menjaga murid normal, lagi banyak "tahi minyaknya" - macam saya dululah.

annie said...

Insyaallah, saya sedang membuat pertimbangan atas pendapat sdr al-lavendari dan cikgu saya - cikgu norman. Ada hikmahnya mungkin di sebalik dugaan mendidik anak2 ni, tapi takut hati ni tak kuat je utk berdepan...

NaTRaSHa said...

Induk, I'm sure u can do it. Ikut kata hati. Insya allah dipermudahkan nanti...:)

annie said...

Insyaallah, I'll try my best...doakan induk diberikan kesihatan yg baik dan kuat.

Kakcik Seroja said...

Salam Annie...

kalau masih sukar membuat keputusan, mengadulah padaNya. Dia adalah sebaik2 pemberi petunjuk. :)

annie said...

SALAM KAKCIK SEROJA,

Rasanya itu juga yg patut dilakukan sbb ada masanya hati saya berbelah bagi, blum berani membuat keputusan muktamad.

kak gie said...

Induk, sorry lambat bg feedback on ur dilema ni.... Satu yang aku selalu lakukan always look ahead for what we are doing... so aku sokong 100% kau go for it. Betul apa yang cikgu norman titipkan tu. bekerjalah dgn ikhlas apatah lagi dgn murid murid yang dimasukkan ke klas khas ni. Halangan memang byk, kesabaran mmg diperlukan tetapi berkat kesabar dan halangan yg ditempuhi insya'allah disitu nanti ditemui kepuasan dalam menjalankan tugasan yg mulia ini. Teruskanlah induk. Insya'allah berjaya...

annie said...

jie, Insyaallah, thank you very much atas pendapat, hanya tunggu jwapan dari pihak berkenaan samada permohonan ini diluluskan atau tidak..