BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 31, 2009

DULU & KINI >>> 1984/85 - 2009 - MYSELF

2009



1984/85


OK.... now jom kita sama2 tengok sajian 2 wajah yg saya hidangkan utk kalian. Imbasan 25 tahun dahulu dan paparan wajah sekarang. Ini antara gambar yg ada dalam simpanan saya buat masa ni. Kwn2 yg ada koleksi gambar2 lama email kan pada saya, boleh kita share. Boleh????


Ni myself. Saya rasa saya masih seperti dulu. Lagipun tak ada apa yg perlu berubah sebenarnya sebab orangnya masih orang yg sama dan tak ada apa2 alasan pun yg boleh memaksa diri saya berubah. Apa perlu nya perubahan sikap walau siapa pun kita sedangkan penghujungnya nanti kita tetap akan ke tanah jua, tak de sapa2 pun yg akan di semadikan di atas langit. Ayah Pin tu jgn diikut, dia tu NONSENSE. Tak tau lah kot kwn2 merasakan ada perubahan pada saya selain dari perubahan fizikal, kan.

So, kwn2 nilai lah sendiri ya, tak tau nak cakap apa. Takut kot terlebih memuji diri ke, terlebih merendah diri ke (w/pun fizikal mmg rendah), terkurang memuji diri ke, terkurang merendah diri lak ke....

Makanya kita tutup tirai August 2009 ni dgn imbauan 25 tahun dulu dan situasi kini - 2009.


MY DEAREST FRIENDS....THANKS COZ WILLING TO SHARING OUR BEAUTIFUL MOMENT WITH ME.

******JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA******

1984/1985 - 2009 - FAIZ

2009

1984/85

Norfaizah Hussin (Faiz).




Orang K. Pilah. Faiz ni 1984-85 dulu AJK Makanan kat asrama. Mulut hmmm...not bad lah, sama je ngan I, bising. Tapi hati baik...

Dia gak lah penyelamat saya ngan Sha masa Alumni. Klu tak dgn ketulusan hati dia mempelawa kami tumpang kereta dia alamat tak pegi lah kami ke sekolah tu ari.

Dah 25 thn tak jumpa, dia still mcm tu...tak berubah. Kesimpulannya kwn2 majoriti tak berubah. Masih seperti dulu.

Tu yg mengikat silaturahim kami sebenarnya......

1984/85 - 2009 - LIZA

2009
1984/85

Haaa....ni minah brutal di SMVJ dulu. Dia ngan Azmiah (Jackie) mmg teramatlah brutalnya . Sume benda dia nak cuba. Cakaplah apa je, lekuk kan dagu, merah kan bibir, jalannnn....... Naik takut tengok kebrutalan dia ni. Tapi otak geliga, dia antara yg bijak pandai dlm kelas kami.

Tu dulu..25 thn dulu. Sekarang Liza dah lain. Pandai masak beb. Dia brutal bab masakan western. Cakap je apa nama masakan tu, pasta... apa lagi? Acik pun tak tau nak sobut. Just name it !!!! Lolap mato yoooo.

Buat kek pun expert. Masa birthday dia ngan Sha (sama tarikh) dia bawak kek coklat rumah Sha, acik pun apo lagi, tumpang sekaki lah ( tu pun selepas dipelawa lah - tak ajak tak pegi - acik soda diri ). Mak aiii sodap eh, coklat habih.

Za.... tak sabar tunggu hang pindah Seremban, maso tu asalkan teragak nak makan western food ko, kek ko den heret lah si Sha pg rmh kau. Hahahahaha........Den pun tak lupo bawak gulai kepayo kesukaan mu itu.

Perasaan tak? Dulu pink, sekarang pun pink.....minat pink kot

1984/85 - 2009 - Zie Duamin

2009

1984/85

Orang KL ni, sama ngan Lin, Noai, Adik, Hasanah, Hindon, Azmiah dan ada lagi yg lain2. Time sekolah saya tak de lah ngam sgt ngan dia mcm saya ngam ngan Lin and Noai tu tapi sekarang kami jadi rapat sbb sama2 berbincang ttg perancangan Alumni tu ari. Sesekali saya sms dia mintak pendapat bila dah kebuntuan dan dia pun dgn rela hati membantu saya meleraikan kebuntuan tersebut.




GIE. thank a lot for everything

1984/85 - 2009 - R. LILI

2009
1984/85


Time sekolah dulu Lili Prefect Sekolah. Badan besar woooo. Saya ingat lagi perkataan favourite dia 'cair'. Apa2 sikit, cair. Muka Lili masa 1st time jumpa kat Allson Nilai lepas 25 thn tak berubah langsung. Yg berubah cuma penampilan dia, dulu tak pakai tudung tapi sekarang dah bertudung. Ramah nya masih seperti dulu.

Sunday, August 30, 2009

BEFORE AND AFTER



Taufek



Amy

AFTER

Sulaiman

BEFORE


Taufek





Amy







Sulaiman




Saya nak ajak kawan2 tengok gambar2 ni, kawan2 kita dulu dan sekarang.

Amy masih maintain mcm tulah, tak kurus tak gemuk. Nampak banyak dah berubah. Time sekolah brutal habis, tu ari jumpa kat sekolah balik jelas terserlah sifat kebapaannya. Rasa segan pulak kat dia.

Sulaiman nampak mcm time sekolah dulu berisi sikit kan, kawan kita ni cikgu sekarang. Saya dgn Sulaiman ni dari form one sampai form five satu kelas dari SM Batu Kikir bawak ke SMVJ.

Haaaa.....memang susah sangat nak cam kawan yg sorang ni masa pertama kali jumpa kat Allson Klana Nilai thn lepas. Kalau Wati tak bagitau saya sebelum tu yg si Taufek ni dah seberisi ini sekarang, mmg saya ambik masa nak cam dia. Sihatnya kau Fekkk.... tapi sifat dia yg mcm manja2 sikit tu lah yg jadi trade mark dia. Tak berubah. Dulu bukan main slim. Nampaknya anak bujang dia menyalin Taufek yg dulu.

Apa2pun....semua nya masih seperti dulu. Yg berubah hanya fizikal, tapi keakraban kita masih seperti dulu. Hendaknya begini lah selamanya hingga kita menutup mata. AMIN

Saturday, August 29, 2009

SALAM MERDEKA


LIN - HAPPY ANNIVERSARY





Pejam celik pejam celik, dah bulan Ogos. Dah 31hb Ogos, dah 52 tahun negara kita merdeka.


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


Tahun ni tahun kedua kita sambut merdeka dalam bulan puasa kan. Tapi kemeriahannya masih terasa. Cuma agak suram sikit berikutan kes H1N1. Kita masih belum merdeka lagi dari wabak ni.. Hopefully, jiwa kita juga merdeka seiring merdekanya negara kita yg tersayang. Tidak dijajah lagi oleh mana2 anasir yg tidak sihat. INSYAALLAH.

Dikesempatan ini, saya ingin mengalungkan ucapan HAPPY ANNIVERSARY yg ke 17 tahun kepada kawan kita Lin yang kebetulan akan menyambut hari bersejarah itu pada tarikh keramat 31hb Ogos 2009 ini. Semoga rumahtangga kalian bertambah rukun, aman dan di bawah Redha Allah swt selalu hendaknya. AMIN.

Dan juga kepada kawan2 lain yg mungkin sama menyambut ulangtahun perkahwinan pada tarikh yg sama, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kepada anda juga.

SEMANGAT PATRRIOTIK







Haaa..... macam ni lah warganera Malaysia. Semangat Patriotik tu yg PM kita nak.






Beriya-iya cik abang ku memasang bendera kat depan rumah. Walaupun agak terlewat, tapi semangat tu yang penting, kan.....

Hati-hati bang, pegang kuat2




MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Friday, August 28, 2009

ALUMNI SMVJ/SMTJ 2009 - PART 1

Tanggal 27.Jun.2009, setelah dirancang begitu lama akhirnya atas persetujuan Puan Pengetua SMTJ, majlis Alumni bekas2 pelajar telah diadakan di sekolah bersejarah - SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL JUASSEH /SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH dengan jayanya. Ramai bekas pelajar yg hadir tetapi yg pasti kehadiran bekas pelajar tahun pertama (Batch kitalah) yg paling ramai.

Riuh rendah dgn gelak tawa, cerita suka duka dan sebagainya. Terasa mcm berpusing kembali waktu itu ke alam persekolahan kita. Teringat balik dalam dewan tu lah kita duduk sama tekun menghadapi kertas peperiksaan SPVM. Dalam dewan tu juga sesekali kita berhimpun beramai2.

Paling syahdu, kita berkesempatan bertemu dgn satu2nya guru yg masih kekal menjadi tenaga pengajar di sekolah sejak kita menjadi pelajar di sana (1984/85) hingga sekarang iaitu CIKGU SANI. Kehadiran bekas ketua pelajar tahun pertama, Saudara Azmi juga amat di luar jangkaan.

Banyak sungguh kenangan berlegar2 kat minda. Rasa mcm nak mengalir air mata sbb setelah 25 thn, kita kembali lagi ke sini. Tatkala mata terpandangkan kawasan lapang bertar di sebelah kantin, teringat kembali kat situ lah kita berhimpun di setiap pagi Isnin. Terpandangkan laluan susur gajah yg menghubungkan kantin dan dewan , secara peribadi, ada ceritanya tersendiri pada diri saya.

Aduhai...dah 41 thn umur kita kan. Tua dah. Ada di antara kwn2 yg anak2 mereka bersekolah kat sini pun mcm Arman, Man Beruang, Dean, Amy Lanton (maaf, rasanya lebih mudah dikenali).

Kawan2 yg tak berkesempatan utk turut serta pada majlis bersejarah tu ari, di sini saya sajikan sekitar gambar2 yg sempat dirakamkan oleh sahabat kita -
SHA.



DAN RINDU PUN TERLERAI LAH...

ALUMNI SMVJ/SMTJ 2009 - PART 11

I'M VERY SORRY (Permohonan Maaf Terbuka from me)
CIKGU SANI (the one and only)




PENGETUA


MAK2 & AYAH2 DARA


Thursday, August 27, 2009

ALUMNI SMVJ/SMTJ 2009 - PART 111






Seronok sesekali dapat berjumpa dgn kawan2. Lepas berkumpul di dewan bersejarah, atas cadangan saudara Azman Tompel (millionaire dengarnya - Alhamdulillah), kami berkonvoi ke Pekan Bahau utk menikmati makan tengahari. Meriahnya, riuh rendah... ada Adik, Wati, Noai, Syed, Nuar Ghimau, Zie dan yg lain2, sudah terlalu cukup utk menggamatkan suasana. Lebih happening, Cikgu Sadiqin ngan Cikgu Sani pun sudi menyertai konvoi ini.

Selesai makan kami ambil kesempatan utk melawat ustaz yg pernah mengajar kami dulu - Ustaz Yunus di Pusat Hemodilisis Mawar di Bahau. SUBHANALLAH, ustaz yg dulu badannya berisi sekarang dah kurus sangat akibat mengidap sakit buah pinggang. Ramai di kalangan kawan2 yg tak dapat menahan sebak termasuk saya. **Terkini saya bertanya kat Sulaiman kedaan ustaz, katanya dah beransur pulih. ALHAMDULILLAH.

Kemudian kami berkonvoi pula ke rumah sorang lagi kawan - ITUT, di Beting, K.Pilah utk makan durian. Mak datuk, sebanyak2 durian sampai berlambak2 kat bawah pokok tak berkutip. Kami makan dengan lahapnya (hehehehe). Thanks Itut, bagi makan durian dgn PERCUMA.

Perjalanan balik, singgah di gerai kat K. Pilah, makan mi teaw pulak. Adoi...tak kenyang2. Saya minum je sbb tak boleh terima lak tekak ni makan masakan yg dimasak oleh Cina ni. Perut dah penuh pun iya gak. Cikgu Sadiqin bermurah hati belanja kali ni. TERIMA KASIH DAUN KELADI CIKGU.

Pukul 7 lebih bergerak balik......

HOPEFULLY HARI2 BEGINI AKAN BERULANG LAGI.








ALUMNI SMVJ/SMTJ 2009 - PART 1V(cenderahati)


Rasanya tak berapa sesuai jika sekiranya kita datang dgn tidak membawa apa2 buah tangan untuk diabadikan sebagai kenangan untuk sekolah yg kita cintai. Atas rasa kesedaran itu, saya, Zie Duamin, Arman, Man Beruang, Lin, Sha dan beberapa orang rakan lagi berbincang apakah cenderahati yg difikirkan elok utk ditinggalkan di sekolah pada hari Alumni tersebut.

Persetujuan dicapai , kami sebulat suara utk menghadiahkan sebuah frame yg tertulis nama2 kita di atasnya. Setelah kutipan dibuat, saya dgn Sha pun pergi buat tempahan di sebuah kedai cenderamata di Dataran Senawang.

Dan kawan2, ini lah hasilnya frame yg ditempah. I've been tried the very best I could....
Terimakasih di atas kerjasama padu dr kawan2 dan terima kasih jua kerana menerima usaha saya seadanya.

*****SAAT MANIS MENJADI WARGAMU DALAM WAKTU YANG SINGKAT ADALAH MEMORI YANG MAHAL UNTUK DIGADAI*****
>>>> Budak dlm frame tu tak termasuk dlm senarai cenderahati ya. Tu anak dara I <<<<

ALUMNI SMVJ/SMTJ 2009 - PART V


Yang ni saja lah enter frame. Saya ngan Sha sebenarnya ada problem transport nak ke sekolah. Awal perancangan mmg saya akan bawa kereta, tapi seminggu sebelum, Kumpulan Kompang kat taman saya dapat undangan bermain kompang di rumah orang kahwin. Suami saya guna kereta utk bawa ahli2 kompang ke sana. So, kami patah kaki. Puas bincang, tu yg malam sebelum pergi Sha datang rmh utk final discussion. And akhirnya kami dipelawa oleh Faiz (Norfaizah) utk pergi ngan dia. So gambar tu disnap masa kami tengah serius berbincang tu.

Kepada Faiz, terima kasih banyak2 sbb bagi tumpang kereta awak. Klu awak tak de, kitaorang tak lepas lah ke sana kot...

Wednesday, August 26, 2009

DIDIE MASUK WAD





Bersedia utk dibawa masuk ke dewan bedah









Actually kisah ni berlaku seminggu sebelum majlis Alumni kat sekolah dulu. Lama dah tapi saja nak cerita utk info U all.

Anak bongsu saya (Didie) diserang HERNIA (angin pasang) - itu pengesahan dari doktor. Tiba2 tempat yg biasa terkena Hernia tu (tau kan kat mana..) membengkak. Didie menangis dan mengadu sakit. Jalan pun terbongkok2 sambil pegang perut. Muka pun dah pucat. Kesian sungguh. Kami bergegas bawa dia ke hospital.

Doktor terus tahan dia dalam wad dan doktor maklumkan kepada kami pembedahan kecemasan terpaksa dijalankan utk mengelakkan kejadian berulang. Baru saya tau rupanya Hernia ni banyak jenis dan anak saya bukan jenis yg biasa kita dengar. Doktor cakap tisu dinding yg memisahkan antara usus dan kemaluannya lemah dan dah bocor. Yg menyebabkan kemaluannya bengkak ialah sebahagian drpd usus dah masuk terus ke kemaluannya. Aduhhhh.....dapat saya bayangkan betapa sakitnya dia.

Lepas sehari masuk wad, keesokkan harinya, pagi2 lagi Didie dah dibawa masuk ke dewan pembedahan. Saya pun ikut sekali masuk sbb Didie tak nak langsung ditinggalkan. Luluh hati tatkala saya dgn doktor sama2 cuba menenangkan dia utk dibius sepenuhnya. Sebaik sahaja dia tidak sedarkan diri, saya pun keluar dari dewan pembedahan.

ALHAMDULILLAH...Sekarang Didie dah sembuh sepenuhnya. Tapi masih perlu dibuat rawatan susulan utk memastikan dia betul2 pulih. Kini Didie kembali ceria. Dah boleh main kompang balik....

Eiiiii !!!! GOLI !!!!


Tadi jalan2 dlm kelas Prasekolah ternampaklah oleh ku seekor cicak melepek ateh simen. For your info, acik meeemaaang.....goli bona kek natang ni. Antara binatang yg acik elergik gilo ialah, cicak, biawak, katak, tikus and sumo yg lombik2 tu..eiii, goli goloman.

Pueh halau, kuis2 ngan penyapu, tak nak dio poi. Apo kono eh? Frust menongging ko cicak ni?
cobo berlagak berani, kais ngan kayu panjang, la....innalillah..... Haiyo....nak buek cmno ni? Nak tak nak, acik bia yo cicak tu bersemadi kek situ. Sok pagi partner acik yg lagi sorang tu datang mintak tolong kek dio semadi kan dio elok2 kek luar.

Woi.....Ceghito ni jo pun dah naik bulu ghomo ha...

GOOD NEWS

Assalamualaikum..

Tak sabar nak share berita gembira ni, mak I dah kluar wad, dah balik kg. Kakak jaga. Alhamdulillah... Tapi kaki dia bersimen lgi lah, patah kan, tmbah2 umur dia dah lanjut, lambat nak baik. Hopefully raya ni dia pulih sepenuhnya. Insyaallah.

Tuesday, August 25, 2009

OH DI MANA

AZMIAH (Jackie)
ZURAIDAH (Zurai)

FAUZIAH OMAR (Jie)

HINDON

Mana menghilangnya kawan2 kita ni kan. Org dok sibuk buat reunion sana-sini, diorang tetap tak dapat dikesan. Mana ya.. Kawan2 yg ada info psl diorng please let me know or empunya diri yg ada kat gambar klu terbaca blog ni, please contact saya atau mana2 kawan2 yg U all boleh hubungi. Kita jalin kembali silaturrahim yg sudah lama terputus.

INSYAALLAH

EXAM - PTK


Hari ni pkl 9.00 tadi saya ada peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dgn peperiksaan KHUSUS. Kwn2 yg keje kerajaan tau lah ni. Untuk anjakkan gaji.


Boleh jawab sume. Betul ke tak Allahuawalam.... Macam yakin boleh je. Tiap2 kali ambik rasa mcm tu. Sebelum ni ambik dapat 3-3 je, yg ni harap2 4-4 lah. INSYAALLAH..


KHUSUS tu ok lagi, tapi yg PTK mak aiiii.... susah eh pulak. Macamano nak buek futher study tu kan.


TAWAKAL JO LAH. Tak lulus, ambik lagi. Apo susah.

KEHKEHKEHKEH...Lagi adegan pecah perut


Awatnya yg hang dok geram sgt tu Ery????


Sha, Amy, Dean, Lin
Lin, apo hal kau dok impit si Dean tu?

Ni gambar2 ditahun 1990 (03. Nov. 1990), masa majlis kenduri kahwin saya. Ni lah antara kwn2 yg sudi dtg.
Cubo tengok btul2 kek gmbar2 ni. Adoiii..... meroyan den tengok gambar2 ni. Kelakar. Ni namo eh gmbar zaman leher panjang. Sekarang...mano nampak lai leher kan. Tapi klu nak dibandingkan, sekarang jauh lebih cun lah kito. Btul tak? Perasan ko acik ni?
TENGOK YO LAH

Monday, August 24, 2009

MY APOLOGY


Friends...

Please forgive me, I kena tukar background blog I saban kali coz:

1. I want to try a new one

2. Yang semalam tu bilo lamo2 dok tonung yo kan, mato acik berpinar-pinar and acik tau mcm tu gak ngan U all sbb kito samo yo - sebayo - samo yo problem eh.

And jgn terperanjat kot lepas ni bertukar lagi background lain sbb rasa2 mcm dah pandai na lah...


*****CIKGU...SORRY YO

Sunday, August 23, 2009

LAYANNNN...


Hi my dearest friends. Klu U all boring baca blog ni sunyi sepi je kan, U all just tengok belah bawah tu kan ada video bar, just klick je mana2 yg U all request sebagai halwa telinga, then lagu2 tu akan up-up on the way lah dtg entertain U all. So.. Layannnn

TOKONANG-KONANG


Birthday Party kat Asrama
Tutie, Ita, Sha, Hindon, Mak Su, Lipp, Liza







Kat Dewan Sekolah
Sha, Ita, Wati, Hasana













Masak apo tu bang??
Nizam, Dean, Zainal
Sorang lg tak kenal (katanya dah arwah - Al-Fatihah)











Terkenang ke masa dulu............