BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 20, 2009

TETAMU ALLAH


Sebelum kita teruskan dgn himpunan kenangan2 lama, kita syahdu sejenak yea kwn2..


Tadi saya pergi rmh abang sulung saya yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pukul 9.30 malam ini. Saya tak sempat nak merakamkan gambar dia bertolak dari rumahnya di Taman Tuanku Jaafar Seremban pkl 3.00 petang tadi sbb saya kena masuk kerja balik pkl 2.00 ptg.


Tatkala saya cium tangan dan peluk dia, hati saya sebak sangat. Setelah ayah pergi pada thn 1987 dulu, abang saya ni lah yg mengambil alih tempat ayah, membantu mak menjaga adik2 seramai 5 org termasuk saya. Dia jugalah wali saya ketika saya diijabkabulkan bersama suami 20 tahun dulu.


Dia dikejutkan dgn berita paling sedih pada 30hb Julai 2009 di mana anaknya telah kembali ke Rahmatullah dan sebulan kemudian dia dikejutkan dengan berita paling gembira bila dia dikhabarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji bahawa dia dan kakak ipar saya adalah salah seorang daripada berjuta yg akan menjadi tetamu ALLAH pada musim Haji tahun ini. SYUKUR ALHAMDULILLAH.


MOGA DIA DAN ISTERINYA SELAMAT PERGI DAN KEMBALI DAN MENDAPAT HAJI YG MABRUR...AMIN

0 comments: