BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 2, 2009

SYAWAL NAN PILU


SUBHANALLAH...Dah masuk 12 hb SYAWAL hari ini. Pilu, sayu, meruntun bagai meracik-racik tangkai kenangan. Setiap kali lidah menyebut nama bulan mulia ini, setiap kali itu hati jadi hiba sangat, sebak yg bukan sedikit. Dekat sungguh kaitannya bulan Syawal ini dengan keluarga kami kerana di penghujung Julai tahun ini, kami telah kehilangan SYAWAL yang kami sayangi.

Anak kedua abang sulung saya SYAWAL BIN MOHD LATIP telah kembali ke pangkuan ALLAH pada usia semuda 35 tahun (namanya diberi bersempena kelahirannya di bulan mulia ini). Meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak yg masih kecil2. Anak sulung baru berumur 10 tahun dan yg bongsu baru mencecah 1 tahun. Seorang anak, abang, suami, ayah, anak saudara yg baik, ramah... Lencun tuala di tangan mengesat air mata di kala meratapi pemergiannya. Payah utk saya selami hati abang saya sebagai ayahnya, kakak ipar saya sbg ibunya yg telah menyusukan arwah sebaik dilahirkan sehingga usianya 3 tahun lebih dan betapa sukarnya juga utk saya lereti duka di hati isterinya yg terpaksa melayari kehidupan tanpa suami di sisi. Betapa beratnya si isteri merangkap ibu mengalihkan bebanan keluarga ke bahu sendiri. ALLAHUAKHBAR.
Terimbas di mata tatkala tibanya waktu pemberian duit raya, dialah orangnya yg sakan kami usik dan dia jugalah yg sakan mengusik. TAPI...kini kami akan terus merindui detik ini.............


****DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADANYA JUA KITA PULANG.*****


ALFATIHAH....

2 comments:

al-lavendari said...

seberat2 mata memandang, berat lagi bahu memikul. jadi teruskanlah menolong meringankan bebanan isterinya. kita juga bila2 masa boleh di panggilNya. dunia ini hanya pinjam2an.

annie said...

Insyaallah..isteri dan anak2 arwah adalah keluarga kami selama-lamanya.

Moga kita dipanjangkan usia untuk terus berkesempatan menghirup udara di bumiNYA ini. AMIN