BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

SEKUNTUM SENYUM PADA KENANGAN

Hahaha...La ni, nampak yo bondo duo ni, hatta kek mano2 pun, rumah ko, kodai ko, kodai makan ko, rmh orang ko....pasti sonyuman lah yg akan terukir di bibir munggil ku...cewwaahh..

Lin & Ujie, bukan tak do yo, menimbun sobonar eh, cumo maso U all datang kesilapan teknik berlaku. Anak dagho den tolobih komeh, poi disimpan eh bondo alah ni ateh puncak kabinet, tu yg tak jumpo. Ndak eh pulak den ni pelupo ya amek!! Lopeh U all balik, kami all out mencaghi...haaaa kau...tu dia....tosonyum yo bondo betuah ni dgn megahnya di atas kabinet ku. Suddenly yo mendidih darah!!! Nasib baik sudu, klu anak2 dah lamo den tangan2 an dah...HAHAHAHA
I'LL MAKE SURE - TRAGEDI NI WILL NEVER HAPPEN IN FUTURE!!!!! Adoiiii....

Tuesday, September 29, 2009

CATATAN BUAT SAHABAT

Lately ni kita became closer...mungkin kerana terlalu banyak perkara yg kita share bersama. Fizikal yg dah dekat2 nak sama, sikap yg seakan-akan sama, 'ketidakwarasan' yg mmg 100% sama dan yg pasti, keakraban ini terjalin dek kerana nasib kita yg exactly sama...


MY DEAREST FRIEND LYNN..
BE STRONG !!!!! I KNOW U CAN DO IT.....AND I'M ALWAYS HERE EVERYTIME WHEN U NEED ME....


****From me with love,

ani @ induk


Monday, September 28, 2009

MODEL SELUAR KOCIK


HAHAHA...nampak gayo eh kawan kito Man Beruang dah ado pelapis....DIDIE bakal mengulangi sejarah kegemilangan kau Man... Dah nampak dah bakat eh!! Makno eh kau tak yah worry lai lah, pewaris dah ado...
TAPI.... Apopun U totap OTAI. Kehkehkeh....

DISERBU LAGI......

Tuan rumah














Ahad malam baru dapat jalan2 ke rumah jiran2, berkonvoi ramai2 (jalan kaki yo). Dah round2, jiran2 decide nak beraya kat rumah, haaa kau....ponoh rumah acik. Nasib baik ado 'bibik' 2 org, bantu apo yg patut.

RUMAH SHA

Saya ngan Ujie ni time sekolah dulu best friend selain dari Tutie, tu yg manjo na tu, maklumlah dah 25 tahun tak jumpo. Meleseh yolahhh...

Sebelum masuk keje balik, saya bawak Ujie ngan family dia pegi rumah Sha. Pertemuan 2 kak long (kak long Ujie & kak long Sha).

Sunday, September 27, 2009

KEBESARAN ALLAH S.W.T




Dok tengok gambar2 kat internet, saya tertarik kat satu gambar ni yg saya rasa kita boleh renungkan bersama dan sambil2 bersantai pun kita boleh hayati apa yg ada di sebalik ciptaan ALLAH s.w.t ke atas seluruh anggota tubuh kita. Kita di bawah kuasaNYA, maka apa yg tersirat dalam diri kita adalah kehendakNYA jua...




RENUNG-RENUNGKANLAH

OPEN HOUSE (part two)

Kat rumah abang sendiri






Dari kiri: Biras, I lah, adik ipar, anak saudara

OPEN HOUSE (part one)




Anak-anak (tgh beratur ambik duit ghayo ko?)

Tuan rumah- Cikgu Roslin (abang ipar)


Aummm....adik ipar bongsu, belakang tu wife dia














Tongah makan satay..hmmmm













Fenomena mcm ni mmg akan berulang di setiap tahun menjelangnya Syawal. Di awal2 Syawal saya dan family memang akan sakan berkunjung ke rumah adik-beradik sebelah suami tiap2 malam secara bergilir-gilir. Malam ni rumah alang, mlm sok rmh andak, lusa rumah adik2 pulak, begitulah seterusnya selama 11 malam berturut2 ( 11 org adik-beradik). Rumah kami pun tak terkecuali, dan dah selesai malam 5 hari raya tu hari.


Dalam pada sibuk berkunjung ke rumah adik-beradik sebelah suami, diselitkan juga kesempatan utk mengunjungi adik-beradik sebelah saya. Nasib baik gak lokasi rumah abang2 tak jauh dari rumah kami, sekitar Senawang dan Taman Tuanku Jaafar shj. Paling jauh pun abang saya yg no2 - kat Bandar Tun Razak, Cheras.


Selalunya jiran2 akan datang rumah kami pada minggu kedua atau ketiga. Saya lebih suka masak, panggil jiran2 datang sekali beraya kat rumah, senang sekali selesai. Kesian pulak kat diorang yg datang ke rumah, tapi tak de orang....so utk menebus kembali, saya buat mcm tu lah, panggil semua sekali datang. MERIAH...tu yg syok

Friday, September 25, 2009

BERURUT DENGAN LYNN

Dah dua hari tapak tangan kanan saya ni kebas, kenapa ntah. Selalu kalau terhimpit masa tidur, tak lama tu baik balik, tapi kali ni 2 hari dah. Pagi tadi pegi klinik, doktor cakap tak de apa2, masalah saraf je. Boleh baik sendiri, tapi doktor ada bagi ubat. Lynn dan Ujie cakap faktor usia...ye ke???Tak mungkin...mudo lai ni. Mujur tukang urut datang rumah. Hulur je lah tangan, pengeras 5 sen. Ngan kawan pun nak pengeras!!!



UJIE NGAN LYNN

LYNN AND UJIE
UJIE




Ni duo org ni adalah antara awek yg bermulut laser maso sekolah dulu. Tapi sampai sekarang dah jadi omak orang pun ghupo eh still tak berubah... yg berubah fizikal yo... Mulut mak datukkkkk...,tak boleh belaa (anak2 saya punya bahaso).. nasib baiklah brutal den pun buleh tahan gak gaban eh, klu tak dah lamo den berkurung dalam bilik (tapi hati baik beb..itu yg pasti). Baru 2 org, dah kecoh sakan, klu lagi ramai, ngan Noai, Adik, Itut, Sha, Wati ko atau sumo yg lain2 tu laaaggiiiii gamat. Tapi seronoknya Ya ALLAH, rasa tak nak berpisah, ajak tido rmh tak nak lak masing2 tu. Pukul 2 Lynn balik dulu, rushing nak ke tempat keje balik. Macamano dio datang tadi, camtulah dio balik, pkl 2 dari Senawang, pkl 3 dah sampai Kelang Lama. Haiyooo.....omat akal den

JAMU SELERA

Tongah menghidangpun sompek posing...maintain

Suami Jie, Encik AMIR




SEDANG MENJAMU SELERA, MASAK LEMAK CILI API IKAN PATIN CAMPUR PUCUK PEGAGA, SAYUR BAYAM, IKAN MASIN DAN SAMBAL BELACAN. Ntah apalah ghaso eh lauk2 tu tak tau lah... tengok kusyuk yo, tak tau lah terlampau sodap ko ataupun nak jago ati....

KAWAN-KAWAN DATANG LAGI...

Inilah the real of myself, happy je everytime

Kereta Lynn (ada calar) - ganeh lah hang

Dari kiri: Saya, Ujie dan Lin


Hari ni raya ke enam kami dikunjungi oleh kawan lama lagi. Aduhai....seronoknya klu hari2 mcm ni, happy je, lupa masalah. Semalam Lynn ada bgtau nak dtg rumah ari ni tapi tak confirm lagi. Tapi saya tau, minah ni memang brutal tahap gaban punya orang. Tak ada apa yg mustahil pada dia.


Hari ni kami YM, dia bgtau jadi datang. Alone sbb ajak Noai ngan Zie, sume ada hal. Pkl 12 sms bgtau dah bertolak dari ofis kat Kelang Lama, tup2 pkl 1 dah sms balik bgtau dah sampai. Ado kopak ko keto eh? Saya check tak do lak, biaso yo, tapi kosan calar ado, maklumlah brutal....


Elok pulak lepas Lynn sms je, si Ujie pun sms kata nak raya ngan family dia. Alhamdulillah...dapat jumpa lepas 25 tahun. Banyak kali buat reunion tak dapat jumpa, ari ni dia dtg rumah.
***LYNN, UJIE,THANKS A LOT FOR COMING, AMPUN MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN DAN JANGAN SERIK, DATANG LAGI...

MERIAH....






Malam 5 hari raya kena serbu dek keluarga sebelah Mambau. Gamat!!!! Ini acara tahunan, setahun sekali diserbu, no hal lah....belum habis sume datang tu, ada lagi dan bakal diserbu lagi. Ni adik-beradik sendiri belum sampai lagi, weekend ni tunggu je lah...

WATI AND FAMILY

Wati


Anak Sulung Wati (Wati Junior)

Anak Wati no 3, Muhammad Shahir dan sicomel tu baby wati - Nur Safiyah Nazeera (6 bulan)>>>>>>>>



5 Hari Raya Wati, Cikgu Sadiqin dan anak2 dtg rumah. Tak teringat nak bergambar sbb terlalu teruja dgn kunjungan diorng. Terlanjur dah sampai, saya bawak diaorg beraya kat rumah Sha ngan Syarifah Masyitah. Mmg mcm tu pun yg saya buat, senang, klu ada kwn2 yg datang, saya akan bawak pegi beraya kat rumah kawan2 yg tinggal berdekatan, sekali harung...

KUNJUNGAN TEMAN2


Dari kiri, abah Sha, suami Sha (En.Ramlan), Sha, takkan tak konal, anak Taufek, Taufek, orang rumah Taufek




Tiga hari raya Taufek datang beraya di kampung dgn family dia. Tak sangka dia sudi datang ke teratak bonda saya yg tak seberapa. Terlanjur dia dah sampai saya pelawa dia pegi kampung Sha kat Kg Bukit Kelulut, so kami pun pegi lah, naik kereta Taufek. Sha masak laksa Johor...yamyam....sodap, not bad lah. Belah pagi 3 hari raya tu Tutie datang ngan family dia gak. Tapi ralat sikit lah sbb tak dapat beriya2 layan Tutie. Masa dia sampai sedara datang penuh satu rumah, sibuk memasak kat dapur nak bagi tetamu makan, tu yg tak boleh nak tumpu kat Tutie. Tak pe, Tutie cakap nanti dia dtg beraya kat rumah Seremban.

Wednesday, September 23, 2009

IKLAN




Iklan jap... anak jantan den ni mmg perasan. Cubo baco apo yg tertulih kek t-shirt dio....Tapi kan, klu diselami btul2, bukan dio yg perasan sobonar eh do,kan... tapi idola eh.... ayat yg bawah tu ado tulih sapo org eh.. HAHAHAHA...

BERSAMA ANAK2 BUAH.




Ni sebahagian je ni, anak2 akak kat kampung. Excited na raya sampai saya lupa nak rakam gambar lain2, dah balik yg lain2 baru teringat... Lupa sungguh. Anak saudara sebelah saya ada 26 orang tapi tahun ni dah kurang sorang sbb anak kedua abang sulung saya telah kembali ke Rahmatullah hujung Julai baru ni..(Alfatihah). Cucu (cicit mak) ada 11 org dan Insyaallah, thn depan tambah lagi 2 org. MERIAH

BERAYA DI MAMBAU


Acara wajib, pemberian duit raya, lepas dapat duit raya, anak buah nak ambik gambar, mcm YB lah pulak

Bersama ibu mertua, Hajjah Halimah Bt. Alias




Anak-anak ku.


1 Hari Raya pagi adalah hari yg paling sayu pada saya di mana sume isi rumah akan bersalam2an, cium tangan mak, suami, kakak2, abang2..memang sayu. Air mata tak terbendung. gugur tanpa sedar. Adakah saya dapat lagi menikmati detik2 sebegini di Syawal tahun depan? Harapannya moga bilangan ahli keluarga kami samada di sebelah suami mahupun saya makin bertambah dan bukan berkurangan hendaknya. Tapi saya tak sempat nak merakamkan detik2 bersalaman tu sebab leka melayan kesedihan yg teramat. Cuma yg sempat dirakamkan gambar2 saya dan anak2 lepas sesi bermaafan.

BALIK KAMPUNG (BAHAU)

Kek coklat ni kek lain sebenarnya, sorrylah Liza, dah habis baham kek baru ingat nak ambik gambar. Tapi kek coklat yg hang bagi mmg sodap gilooo..TERIMA KASIH DAUN KELADI

DYMM YAMTUAN BESAR N.S





1 Hari Raya petang bertolak balik ke kampung halaman tercinta di Kampung Sungai Taling (Bahau-Daerah Jempol). Tak sabar rasanya. Mula2 perjalanan ok je, cantik je, sampai kat Bukit Putus, dah mulaaa..jammed!! Tak terlampau stuck sangat tapi lembab gak lah. On the way tu je, 3 accident yg kami jumpa. SUBHANALLAH. Takut pulak, minta dijauhkan dari kita sume...

Dalam padat2 ngan kenderaan tu, lalu pulak DYMM Yamtuan Besar NS. Terpaksa lah ketepi tanda hormat. Kat kg Gemetir, singgah rumah Liza ambik kek coklat, dia dah pesan sehari sebelum puasa dan diingatkan kembali sehari sebelum raya. Tapi tak sempat nak beraya rmh dia sbb suami dah penat sangat, bayangkan perjalanan yg hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit di hari2 biasa, hari ini pergi ke 2 jam baru sampai kampung. Nasib baik abang2 masih ada di rumah mak, sempat jumpa.

Saturday, September 19, 2009

BALIK KAMPUNG


Ptg balik rumah ibu mertua ku untuk sambut Raya pertama. Kebiasaannya tiap2 thn mmg di situ lah kami sambut dulu. Masa di awal usia perkahwinan, sistem gilir2 mmg jadi amalan, tak boleh tidak. Jgn mungkir walau sekali, mula lah masing2 berlawan muncung sapa yg paling panjang. Tapi lately ni, bila usia perkahwinan dah mencecah 20 thn tahun ni, saya dah tak kisah dah, begitu gak suami. Yang penting balik dua2 kampung. Klu raya pertama kat Mambau, petang raya tu balik Bahau, duduk sana dlm 2/3 hari baru balik Senawang. Begitu juga sebaliknya.


Untungnya raya pertama kat rmh mentua ni itulah, boleh lama sikit kat rmh mak sendiri. Klu raya pertama kat rmh mak, ptg tu dah nak balik rmh mentua, rasa berat hati lak nak tinggalkan mak dan adik-beradik serta anak2 buah yg ramai. Syukur gak, suami saya mmg tak kisah pun dan dalam diam saya perhatikan, dia mmg selesa dgn keluarga saya dan terima kami seperti darah-dagingnya sendiri. Begitu juga saya, kekok berada di tengah2 keluarga suami tak pernah saya rasakan sbb mereka mmg keluarga yg baik dan kami sebagai 'orang luar' diterima dgn seikhlasnya. Dan saya sentiasa merasakan saya 'orang dalam'. ALHAMDULILLAH

Friday, September 18, 2009

LAGI - KENANGAN MENGUSIK JIWA

Masa dok belek gambar2 lama kat rmh Sha, kami terjumpa gambar ni, saya sendiri pun tak pasti ni gambar untuk persatuan apa, Sha pun mcm tu. Memandangkan sume yg ada dlm gmbar tu murid2 aliran Perdagangan shj, mungkin ini gambar Persatuan Perdagangan kot. Mungkin Cikgu Sulaiman boleh jawab sbb ada gambar dia sekali dalam tu. Berdiri di belakang dari kiri, Sulaiman (cikgu), Hasana, Noraini, Suriati, Maimon, Noraishah dan Norazam
Duduk di hadapan dari kiri, Azmi, Cikgu Zabedah, Cikgu Adibah, Cikgu Arshad (Tuan Pengetua), Cikgu Rozainah dan Norbaiti

MY LOVELY TEACHER


Tadi tengah sibuk2 kemas, Sha bagitau dia sms cikgu kesayangan kami merangkap warden asrama puteri 1984-85, Cikgu ZABEDAH. Saya pun tak semena-mena rasa teruja pulak nak sms dia. Dalam debar saya cuba hantar salam dulu, takut dia tak bagi respon kan, maklumlah, dah nak raya ni mungkin dia sibuk.

Dengan tak disangka-sangka dia balas...aduhai berderau jugak lah darah. Dia cakap mana boleh lupa kat saya, yg kemetot (sampai hati cikgu cakap saya kemetot) dulu. Syokkknyaaa.... Cikgu Zabedah ingat lagi kat saya rupanya padahal saya ni tak lah seglamor kawan2 yg lain. Saya bagitau dia, saya masih kemetot tapi dah 'lebar', tak keding lagi dan yg pasti cun masih maintain mewarisi cikgunya....hehehe (sempat jugak).

Kawan2, cikgu Bedah cakap dia tak sabar nak jumpa kita, ayuhhh....kita aturkan pertemuan di rumahnya hari raya ni..CIKGU...TUNGGUUUUU!!!!!!!

YEA-YEA CUTI RAYA

Ni I, klu time cuti mmg cantikkk, mcm princess


Hari ni dah start cuti raya. Makin wangi lak rasanya bulan Syawal, ye lah, dah dekat sangat kan. So, hari ni adalah masa utk all out kemas rumah. Kerahan tenaga akan berlaku hari ini. Sekarang bg chance lagi anak2 relax, bagi diorng kumpul tenaga dulu, kejap lagi tenaga diorang bakal diperah.