BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

ALUMNI SMVJ/SMTJ 2009 - PART 1

Tanggal 27.Jun.2009, setelah dirancang begitu lama akhirnya atas persetujuan Puan Pengetua SMTJ, majlis Alumni bekas2 pelajar telah diadakan di sekolah bersejarah - SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL JUASSEH /SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JUASSEH dengan jayanya. Ramai bekas pelajar yg hadir tetapi yg pasti kehadiran bekas pelajar tahun pertama (Batch kitalah) yg paling ramai.

Riuh rendah dgn gelak tawa, cerita suka duka dan sebagainya. Terasa mcm berpusing kembali waktu itu ke alam persekolahan kita. Teringat balik dalam dewan tu lah kita duduk sama tekun menghadapi kertas peperiksaan SPVM. Dalam dewan tu juga sesekali kita berhimpun beramai2.

Paling syahdu, kita berkesempatan bertemu dgn satu2nya guru yg masih kekal menjadi tenaga pengajar di sekolah sejak kita menjadi pelajar di sana (1984/85) hingga sekarang iaitu CIKGU SANI. Kehadiran bekas ketua pelajar tahun pertama, Saudara Azmi juga amat di luar jangkaan.

Banyak sungguh kenangan berlegar2 kat minda. Rasa mcm nak mengalir air mata sbb setelah 25 thn, kita kembali lagi ke sini. Tatkala mata terpandangkan kawasan lapang bertar di sebelah kantin, teringat kembali kat situ lah kita berhimpun di setiap pagi Isnin. Terpandangkan laluan susur gajah yg menghubungkan kantin dan dewan , secara peribadi, ada ceritanya tersendiri pada diri saya.

Aduhai...dah 41 thn umur kita kan. Tua dah. Ada di antara kwn2 yg anak2 mereka bersekolah kat sini pun mcm Arman, Man Beruang, Dean, Amy Lanton (maaf, rasanya lebih mudah dikenali).

Kawan2 yg tak berkesempatan utk turut serta pada majlis bersejarah tu ari, di sini saya sajikan sekitar gambar2 yg sempat dirakamkan oleh sahabat kita -
SHA.



DAN RINDU PUN TERLERAI LAH...

0 comments: